MS 24

2.8K 156 36
                                    

Hampir jam 10.30 pagi mereka tiba di Chalet Pantai Teluk Belanga, Melaka. Masing-masing terus saja mengeluarkan barang-barang dari bonet kereta untuk di bawa masuk ke chalet nanti. Haq terus saja menghala ke arah kaunter pendaftaran untuk menguruskan tempahan bilik yang sudah di tempah nya siap-siap minggu lepas.

Max pula sudah sedia menunggu di situ bila dia melihat kereta keluarga Eiman dan Rhea sudah sampai tadi.

"Whats up bro! Lama dah tunggu?" Eiman mengampiri Max sebelum dia menepuk bahu lelaki yang berbangsa Iban berasal dari Sarawak itu yang merangkap sahabat baik nya yang sama-sama meminati bidang lumba kereta.

"Adalah dalam setengah jam aku dah sampai sini. Banyak lagi ke barang nak bawa ni? Kalau masih banyak aku boleh tolong bawakan"

"Ada lagi kat dalam bonet kereta tu. Kau tolong ambil jap" Pinta Eiman sebelum dia berjalan menghala ke pintu masuk chalet dan meletakkan sementara beg-beg di tepi pintu masuk sebelum dia keluar semula dari situ.

Max mengangguk sebelum menghampiri kereta keluarga Eiman untuk membantu membawa barang-barang yang lain.

"Hai Rhea. Comel nya Rhea hari ni" Puji Max sambil tersengih. Boleh tak kalau dia ngorat si Rhea ni? Sama-sama single kan? Haha... Agak-agak Eiman naik hantu tak nanti kalau terpampang dekat berita hiburan, 'Cinta Terhangat Di Pasaran pelumba negara Maxwell dengan pasangan nya Rhea The Diva'.

Rhea yang kebetulan lalu di sebelah Max, tersenyum mendengar teguran itu.

"Thank you Maxwell. Eh jom la selfie jap. Berita panas ni ada racer F1 dengan Rhea ni" Rhea pantas saja mengeluarkan iphone di dalam beg tangan nya.

"Oh boleh saja. Boleh jugak tumpang glamour dalam insta Rhea tu nanti" Max tersengih-sengih.

"Okay..jom... jom..." Mereka terus saja membuat pelbagai gaya dan aksi di situ. Max pun layankan saja si diva cantik ni.

Eiman yang melihat terus saja menghampiri ke situ. Geram betul dengan si Max ni. Boleh pulak dia ambik kesempatan pergi bergambar dengan Rhea. Bukan dia suruh si Max ni ambilkan barang ke tadi. Nak kena agak nya dia ni. Lengan Max terus di tarik menjauh dari situ.

"Eh apa main tarik-tarik ni. Aku tengah syok-syok selfie dengan Rhea lah" Max terkejut. Nasib baik dia tak jatuh terlentang tadi.

"Kau ada tengok ni?" Lantas Eiman menunjukkan penumbuk nya ke arah Max.

"Eleh! Kedekut! Takat nak bergambar aje dengan Rhea tu, tak luak lah!" Max mencebik.

"Tetap tak boleh!"

Max jegil mata dan dia terus saja membawa barang-barang keluarga Eiman menuju ke chalet. Malas nak melayan Eiman yang dah tak betul tu. Eleh! Tak boleh kacau sikit si diva cantik dia tu. Seketika dia membebel dalam bahasa Iban.

"Sot mai laki nyak. Apuuuu..." (Gila betul lelaki tu. Adeh....)

"Tak payah nak seronok sangat bergambar dengan Max tu sayang"

Rhea yang masih leka membelek-belek iphone nya, di hampiri. Bukan main ya klik sana, klik sini bergambar dengan si Maxwell tu.

Rhea menoleh sekilas sebelum dia mencebik.

"Sukahati Rhea lah. Pelumba F1 kot. Mesti jadi berita sensasi ni" Tangan terus saja memuat naik gambar nya bersama dengan Max tadi dengan aksi-aksi comel yang mereka buat tadi.

Eiman terus jegil mata. Tangan naik bercekak pinggang. Memang suka nak naikkan darah dia la si diva ni. Nasib baik la dia sayang tau.

"Habis tu, abang ni bukan F1 racer ke? Daripada bergambar dengan Max tu, baik bergambar dengan abang"

My Sweetheart (Complete)Where stories live. Discover now