MS 29

2.6K 150 29
                                    

"Eiman!! Enough!!" Haq terus saja menarik tubuh Eiman yang masih galak mahu menumbuk Ashraf di situ.

Max juga turut berlari ke situ tadi bila dia juga melihat Eiman dan Ashraf bergaduh. Max terus menarik tubuh Ashraf untuk meleraikan pergaduhan itu. Habis basah lencun sudah tubuh kedua-dua lelaki ini.

"Apahal korang bergaduh ni?" Soal Haq selepas Eiman sudah tidak seagresif tadi.

Eiman tidak menjawab. Hanya wajah tegang yang terpeta pada muka nya sekarang. Begitu juga dengan Ashraf. Masing-masing hanya melayan rasa lelah sekarang ini dengan nafas yang tercungap-cungap.

Ashraf terus saja berlalu dari situ sebelum dia menoleh sekilas ke arah Rhea.

"I'm sorry pretty. Nanti I jumpa dengan you"

Rhea hanya mengangguk. Kasihan pula melihat muka Ashraf yang sudah lebam-lebam. Rhea memandang ke arah Eiman. Muka nya juga habis lebam-lebam namun tidak pula dia mahu merasa kasihan. Semakin sakit hati dengan tindakan lelaki itu tadi lagi ada.

"Rhea balik dulu daddy" Lantas Rhea mengatur langkah perlahan kerana tapak kaki nya sudah mula terasa berdenyut-denyut.

Haq kerut dahi bila melihat langkah Rhea yang agak perlahan dan terhincut-hincut itu.

"Rhea!"

Rhea menoleh. "Ya daddy"

"Kenapa dengan kaki tu?"

"Errr luka.. tercucuk kulit kerang tadi"

"Lah yeke. Boleh jalan tak tu?" Soal Haq sedikit risau.

"Boleh daddy. Jangan risau" Rhea sekadar tersenyum sebelum dia berpaling dan mahu meneruskan langkah nya. Sekarang dia terasa letih pula. Nak berehat dan baring saja sekarang ni.

"Daddy, I'm sorry cause trouble tadi. But please let me help Rhea"

Haq mengeluh kecil sebelum dia mengangguk perlahan. Adakah budak-budak ni bergaduh tadi disebabkan Rhea? Melihat Eiman yang sudah melangkah, Haq memanggil anak nya perlahan.

"Son, if you really want Rhea, make every effort until the end to get her, no matter what it takes."

Eiman mengangguk seraya melirik senyuman kecil ke arah daddy nya sebelum dia berpaling semula mahu mendapatkan Rhea yang sudah menjauh di hadapan sana.

Rhea yang mengheret tapak kaki kanan nya, terjerit kecil bila dia merasakan tubuhnya tiba-tiba saja melayang ke udara. Bagaikan terkena renjatan elektrik tubuhnya bila dia melihat dirinya sudah berada dalam dukungan Eiman.

"Turunkan Rhea! Abang Eiman buat apa ni? Malu la orang tengok! Nanti mama dengan papa tengok!! Turunkan Rhea!"

"Just stay still sweetheart. Nanti jatuh siapa susah? Daddy dah bagi kebenaran. So papa automatik pun akan bagi kebenaran jugak"

Terasa gayat pula Rhea bila merasakan tubuh nya seakan-akan hendak terjatuh ke bawah. Lantas automatik tangan nya naik memeluk leher Eiman kemas.

"Good girl and stop talking. Let me help you sweetheart" Eiman terus saja melangkah menghala ke arah chalet.

Carlo dan Najwa pula sudah jatuh rahang melihat adegan yang sangat daring itu tadi. Berkali-kali mereka menggosok mata dan kemudian mereka berdua berpandangan sesama sendiri.

"Eh, Honey, Bie tak salah tengok ke tadi? Tu... tu tadi anak kita ke tu? Ba..bakal menantu saya dukung anak kita ke tadi tu?" Soal Carlo terkebil-kebil.

"Agak nya la kot. Eeiii malu ah! Main dukung-dukung... eeiii!!" Najwa tersipu-sipu di situ.

"Eh awak ni kenapa?"

My Sweetheart (Complete)Where stories live. Discover now