MS 27

3.1K 163 18
                                    

Selepas mengambil lauk pauk, Rhea terus labuhkan duduk di sebelah mama nya. Sekarang baru dia benar-benar terasa lapar. Sekilas dia melirik ke arah Eiman yang sudah melabuhkan duduk di hadapan nya. Huh! Perlu ke nak duduk dekat sini jugak. Eeii geram betul lah. Sakit hati pasal hal tadi memang tak habis lagi. Betul-betul buat muka dia rasa kebas.

Eiman tersenyum-senyum di situ. Mata pula tak lepas dari memandang ke arah Rhea yang menunduk di hadapan nya. Tangan pula lambat-lambat menyuap nasi ke dalam mulut. 

"Eiman..... tu nak makan ke, nak tenung muka Rhea?"

Uhuk! Uhuk! Uhuk!

Terus tersedak Eiman bila mendengar suara daddy nya tiba-tiba menegur. Lantas gelas di capai dan air di teguk sedikit rakus. Max pula sudah hambur gelak kecil di situ. Cepat-cepat dia habiskan nasi dan asam pedas kepala ikan di dalam pinggan nya. Takut arahan apa pulak yang akan keluar dari mulut ayah Eiman lepas ni nanti. Tak pasal-pasal tinggal kenangan lagi asam pedas dia nanti tak sempat nak habiskan.

"Selepas makan ni, kita boleh pergi pantai. Kita buat aktiviti sukaneka sikit petang ini" Haq bersuara.

"Yeayy!!! Tak sabar nya Eishal nak pergi pantai ni daddy!" Eishal sedikit teruja di situ.

Wardah pula hanya diam dan tidak banyak bersuara sejak dia turun tadi. Namun dia cuba maniskan muka sebaik mungkin bila berada di hadapan keluarga Eiman. Tidak mahu terlalu menunjukkan riak wajah yang tegang di hadapan semua orang.

"Wardah okay ke ni?" Soal Haq bila dia perasan dengan riak muka Wardah yang nampak lain selepas dia turun tadi.

Ada apa-apa ke yang dah berlaku yang dia tak tahu ni?

"Saya okay uncle" Balas Wardah perlahan.

Haq mengangguk kecil namun dia dapat rasa ada benda yang tak kena sekarang ni. Sesekali matanya mengerling ke arah Eiman yang tak lepas-lepas dari merenung Rhea di situ. 

Selepas semua selesai makan, mereka terus saja bergerak menuju ke pantai. Namun langkah kaki Eiman dan Max terhenti bila kolar baju mereka berdua di tarik dengan kuat dari belakang menyebabkan mereka berdua berpandangan sesama sendiri. Kaum-kaum wanita sudah jauh berjalan di hadapan sana.

"Duduk!" Arah Haq tegas.

Eiman dan Max telan liur. Carlo sedari tadi hanya memerhati saja tingkah laku budak-budak ni yang nampak mencurigakan.

"Err kenapa ni daddy?" Soal Eiman perlahan.

"Apa yang berlaku kat atas tadi?" Soal Haq dengan riak serius.

"Eh, mana ada apa-apa yang berlaku kat atas tadi daddy. Ke.. kenapa daddy tanya macam tu?" Eiman menjawab. Cuba berlagak tenang. Lain macam betul daddy ni.

"Betul?"

"Ye betul lah. Kan Max?" Eiman terus menepuk kuat bahu Max menyebabkan Max terkejut.

"Ha...aa...ye...ye... betul uncle" Max terangguk-angguk di situ. 

Aduh! Dah kenapa nak libatkan dia dalam hal ni? Dia dah tak sabar-sabar nak pergi pantai tu. Nak buat aksi kuak lentang kat laut tu.

"Max?" Haq memandang ke arah Max yang nampak sedikit gelisah di situ.

"Ye uncle"

"Betul apa yang Eiman cakap tu?" Soal Haq perlahan.

"Be......"

Pap!!

"Eh tak betul.. aa tak betul!" Terkejut Max bila Haq tiba-tiba saja menepuk meja dengan agak kuat tadi. Kan dah terlepas cakap sekarang ni. Eiman pula sudah picing mata ke arah Max.

My Sweetheart (Complete)Where stories live. Discover now