MS 15

3.4K 172 30
                                    

Airmata yang di tahan sejak tadi, kini sudah membanjiri kolam matanya. Rhea terduduk di sisi keretanya menghambur tangis semahunya di situ. Selama ini seteruk apa pun layanan Eiman pada dia, dia tidak pernah ambil hati. Dia tetap tebalkan muka mahu mengejar cinta lelaki itu. Cinta nya tetap utuh untuk lelaki itu dan tidak pernah luak sedikit pun biarpun Eiman tidak pernah mahu melayan nya. Dan hari ini, hati nya telah benar-benar rapuh dan hancur berkecai.. dan dia merasakan perjuangan nya selama ini ternyata sia-sia. Dia tetap tidak berjaya untuk menakluki sekeping hati milik Eiman Firas. 

Mungkin dia bukan jodoh aku... dan Rhea terus melepaskan tangis nya sepuas hati di situ.

Ashraf memandu perlahan untuk mencari tempat parkir. Baru sebentar tadi dia mendapat panggilan dari pekerja Eiman yang mengatakan Mc Laren Artura yang di tempah nya sudah pun sampai semalam. Melihat ada petak parkir tidak jauh dari situ, Ashraf segera membelokkan kereta nya di situ.

Ashraf terus saja keluar dari perut kereta dan terus menghala ke arah kedai kereta Eiman. Namun pandangan mata nya terlihat ke arah kereta BMW yang sangat di kenali nya turut berada itu. Kereta Rhea ada kat sini? Dia melilau ke kawasan sekitar.

Ashraf menghampiri ke situ. Telinga nya menangkap bunyi seseorang sedang menangis di sebalik kereta. Lantas dia berlari menjengok ke sebelah. Dan dia benar-benar terkejut bila melihat Rhea yang sedang terduduk memeluk lutut di situ menangis teresak-esak.

"Rhea? Rhea kenapa ni? Oh god.." Pantas Ashraf menghampiri Rhea dan duduk bertinggung di sebelah gadis itu.

Rhea mengangkat wajah nya yang sudah basah lencun dengan airmata. Kali pertama dia menangis seteruk ini. 

"What's wrong pretty? Kenapa menangis kat sini?"  Dia tertanya-tanya juga apa yang Rhea buat kat depan kedai kereta Eiman ni. Kali ke dua dia melihat Rhea datang ke sini.

Rhea hanya menggeleng kepala perlahan. Dia tidak mampu hendak mengeluarkan suara. Kepala nya sudah mula terasa berat.

"Come, let me help you" Ashraf memaut lengan Rhea untuk membantu nya bangun.

Rhea merasa sedikit pening kerana terlalu banyak menangis tadi. Tidak di pedulikan lagi kalau solekan di wajah nya sudah comot ketika ini. 

"Kenapa menangis ni Rhea? Tell me..." Wajah lencun Rhea di pandang. Entah kenapa ringan benar tangan nya naik menyelak anak rambut Rhea yang menutupi wajah  dan di selit ke belakang telinga gadis itu.

"Kalau Rhea perlukan tempat untuk bersandar, bahu ini sedia berkhidmat untuk mu pretty lady" Ashraf berkata perlahan. Cuba memujuk.

Rhea hanya menggeleng perlahan. Habis hilang segala mood nya sekarang. Jiwa nya benar-benar hancur sudah sekarang. Dan Rhea sendiri tidak dapat lagi hendak mengawal perasaan nya sehingga tanpa sedar dia terus memeluk erat tubuh Ashraf menyebabkan Ashraf terkejut dengan tindakan nya.

"Menangislah kalau itu mampu untuk melepaskan apa yang sedang menjadi beban di hati you sekarang ini" Dia membalas pelukan Rhea. Mahu menyalurkan sedikit ketenangan buat Rhea. Tiada niat lain.

Eiman yang kebetulan menolak daun pintu kaca untuk Wardah yang mahu keluar dari situ, terus terpaku melihat apa yang berlaku tidak jauh dari situ. Dia tergamam dan terkedu. Rhea? Ashraf? Berpelukan di situ? Bibir mula di ketap kuat sekarang ini.

"Err Eiman, hantar lah saya sampai ke kereta" Pinta Wardah bila dia perasan di mana mata Eiman berada sekarang ini. Dia hanya ukir senyum sinis tanda gembira melihat apa yang sedang berlaku di sana.

Eiman sekadar mengangguk namun pandangan mata nya tidak lepas dari memandang ke sana. Selepas Wardah berlalu pergi dari situ, Eiman terus mengatur langkah menghampiri Rhea dan Ashraf di situ.

My Sweetheart (Complete)Where stories live. Discover now