MS 5

2.3K 114 24
                                    

"Encik Eiman, ada orang nak jumpa" Terjengol wajah setiausaha Eiman di muka pintu bilik nya.

Eiman yang sedang ralit melihat dokumen di atas meja, mendongak memandang ke arah Kak Siti. Dia kerut dahi seketika. Dia ada temujanji dengan sesiapa ke hari ini?

"Siapa kak Siti?" Soal Eiman lantas menutup fail dokumen di hadapan nya.

"Err nama nya Ashraf Andrean. Dia kata dia ada urusan dengan Encik Eiman hari ini"

Terus terangkat kening Eiman bila dia baru teringat dengan lelaki bernama Ashraf semalam. Macam mana la dia boleh lupa.

"Okay thank you kak Siti. Nanti saya pergi jumpa dia"

Kak Siti angguk sebelum dia menutup semula daun pintu. Eiman mengemas fail di atas meja nya. Kot yang tersarung di tubuh di kemaskan sebelum dia melangkah keluar dari bilik pejabat. Kaki menghala ke arah sofa yang tersusun kemas khas untuk pelanggan duduk menunggu. Dari jauh dia melihat Ashraf sedang duduk membelek-belek majalah kereta di situ. Eiman hentikan langkah.

"Morning Encik Ashraf" Eiman menghampiri dan tangan di hulurkan kepada lelaki itu.

"Morning Encik Eiman. Glad to see you again" Ashraf ukir senyum. Kaca mata hitam yang tersangkut di hidung nya di tanggalkan.

"Just call me Eiman, Encik Ashraf. Tak perlu formal sangat" Eiman tergelak halus sebelum dia labuhkan duduk.

"Have a seat Encik Ashraf" Eiman mempelawa senang.

"So you pun tak perlu panggil I encik. Just Ashraf"

Eiman mengangguk sambil tersenyum. Terasa senang bila berbicara dengan lelaki yang nampak hebat aura nya ini. Siapa sebenarnya Ashraf ini? Kalau di lihat dari segi penampilan, memang nampak bukan calang-calang orang lelaki ini.

"So Ashraf, jenis kereta macam mana yang awak berminat?" Eiman terus ke tujuan utama perjumpaan mereka pagi ini.

"Oh ya.. I nak the latest Mc Laren. Which one is the best?" Soal Ashraf santai.

"Mc Laren? Okay sekejap ya"

Eiman kemudian terus memanggil salah seorang pekerja nya di situ untuk mengambil brochure terkini berkenaan dengan senarai kereta Mc Laren. Kemudian brochure itu terus di serahkan kepada Ashraf.

"The latest is Mc Laren Artura. The price is around RM1,135,250.00" Eiman terus saja menerangkan kepada Ashraf tanpa menunggu Ashraf bertanya.

Ashraf terangguk-angguk. Bagi nya berapa harga sekalipun, tiada masalah untuk nya. Yang penting kalau dia dah berminat, dia akan dapatkan apa yang dia nak.

"So, macam mana?" Soal Eiman lagi yang menanti bicara dari Ashraf.

"Okay, deal. You urus lah apa yang patut. I akan bayar"

Eiman angguk. Dia kemudian terus saja menaip maklumat berkenaan dengan Ashraf dalam tab yang sudah tersedia di tangan nya. Ashraf Andrean Bin Andika? Wait.. kenapa dia macam kenal saja nama lelaki ini.

"Err maaf kalau saya bertanya"

Ashraf angguk.

"Bukan awak supermodel yang terkenal tu ke?" Soal Eiman inginkan kepastian.

Ashraf tergelak kecil. What a small world. Mudah saja orang mengecam dia.

"Yeah, betul" Jawab Ashraf ringkas.

"Oh patut la macam familiar saja muka awak ni Ashraf. Super model rupa nya" Eiman angguk-angguk sambil tersenyum.

"Model pun tetap orang biasa juga. Kadang-kadang rimas juga I dengan kehidupan sebagai model ni. Tak ada privacy. Selalu kena buru dengan wartawan" Jelas Ashraf tergelak kecil.

My Sweetheart (Complete)Nơi câu chuyện tồn tại. Hãy khám phá bây giờ