MS 25

2.8K 149 30
                                    

Hai sayang - Eiman

Rhea yang sedang melihat akaun instagram nya, kerut dahi bila melihat notifikasi yang naik di atas skrin iphone nya. Malas mahu melayan, dia terus saja scroll skrin iphone nya sambil-sambil melihat gambar-gambar Ashraf di situ. Rindu pula la dengan mamat tu. Lambat lagi nak tunggu malam ni. Sekarang dah hampir pukul 1 petang. Mata nya melirik ke arah Eishal yang sedang menunaikan solat Zohor di ruang solat.

Dia hanya santai-santai berbaring di atas katil sambil bermain telefon. Dia akui, dia masih gagal untuk menjadi seorang muslimah yang baik kerana dia masih meremehkan tentang ibadat solat. Rambut pula berwarna macam ni. Cuma dia berharap semoga nanti dia boleh berubah menjadi sorang perempuan yang lebih baik dari sekarang.

Hmm.. bluetick, tapi tak reply -Eiman

Naik lagi notifikasi dari lelaki di bilik sebelah itu. Rhea pusing bebola mata nya ke atas.

Abang Eiman nak apa? - Rhea

Nak Rhea, boleh? - Eiman

Jangan main-main lah! - Rhea

Eh, mana ada main-main ni. Serius -  Eiman

😏- Rhea

😘 - Eiman

Eiiii!!! Miang!!! Rhea terus menutup skrin iphone nya. Meremang pula bulu tengkuk nya dengan perangai Eiman sekarang ni. Dah serupa ulat bulu saja.

Eishal membuka telekung sebelum dia melipat sejadah. Pandangan mata nya teralih ke arah Rhea di sana, dan kemudian ke arah Wardah yang sedang santai-santai di atas katil single nya. Tak nampak pun tanda-tanda Wardah ni nak menunaikan solat Zohor.

"Wardah, kau tak solat ke? Aku sudah ni. Nah sejadah ni kalau kau nak guna" Soal Eishal dan dia melabuhkan duduk di birai katil.

"Aku abc, heee..." 

"Abc? Bukan baru minggu lepas ke kau cakap kau abc? Ni datang lagi?" Soal Eishal pelik.

Wardah berdehem kecil. Dia mengatur duduk.

"Aa ye.. minggu lepas tu tak keluar habis. Sikit-sikit je keluar nya... tu yang balik-balik jadi macam ni" Balas Wardah tanpa mahu melihat ke arah Eishal yang sedang memandang nya.

"Errmm tak pe lah kalau macam tu. Bersiap lah. Boleh kita turun makan. Tadi daddy aku dah pesan terus turun kalau dah siap solat"

Sejurus kemudian terdengar ketukan di luar pintu bilik mereka. Eishal segara menghampiri pintu. Daun pintu di kuak sedikit sebelum dia menjengok ke luar.

"Along?"

"Dah siap ke dik? Kalau dah jom lah turun makan. Daddy dah call along tadi. Dorang dah tunggu kat cafe bawah tu"

"Oh, kejap along. Eishal bagitau Wardah dengan kak Rhea dulu. Kami bersiap kejap"

Eiman sekadar mengangguk dan dia hanya berdiri menunggu di situ sambil tangan di seluk ke dalam poket seluar. Max yang baru keluar dari bilik terus menghampiri Eiman. Topi di tangan terus saja di pakai ke atas kepala nya.

"Dorang tak siap lagi ke? Aku dah lapar tahap nak makan orang dah ni Eiman. Kau tau tak dari pagi aku tak makan lagi ni" Max membebel. Sampai berdangdut sudah bunyi perut nya sekarang.

"Alah, sabar lah. Siapa suruh kau tak makan pagi tadi?"

"Tak ada bini nak tolong masak kan untuk aku"

"Eh kau ni. Macam la sebelum ni kau pernah berbini. Habis tu selama ni kalau kau lapar mana kau cari makan?" Soal Eiman geram.

Max tayang sengih menampakkan gigi nya yang putih cantik tersusun.

My Sweetheart (Complete)Nơi câu chuyện tồn tại. Hãy khám phá bây giờ