MS 30

2.9K 109 12
                                    

Usai solat Maghrib, semua ahli keluarga berkumpul semula di kawasan pondok berdekatan pantai untuk aktiviti barbeque malam ini. Yang lelaki sibuk menyediakan tempat untuk membakar manakala yang perempuan sibuk menyediakan tempat untuk duduk makan nanti. Hanya Ashraf sahaja yang masih belum kelihatan.

Rhea mengangkat botol minuman dan di susun di atas meja. Biar pun langkah nya sedikit perlahan kerana tapak kaki yang masih terasa sakit, dia tidak mahu terkecuali untuk turut serta malam ini. Tadi pun Eishal menemani dia turun ke sini. Naik segan dia bila Eiman tak habis-habis nak tawarkan diri nak dukung dia turun ke bawah tadi. Sudah nya dia tarik Eishal supaya tolong papah dia berjalan. Baru lah Eiman berhenti mendesak.

"Mana Ashraf?" Soal Haq bila dia perasan dengan ketiadaan Ashraf di situ.

Semua hanya mendiamkan diri kerana tidak tahu di mana Ashraf berada. Lagi pun Ashraf menempah bilik lain kerana dia tidak mahu tinggal sebilik dengan Eiman. Sekarang mereka seolah-olah sudah menjadi musuh dalam diam.

"Tak pe, biar Rhea call dia" Rhea bersuara sebelum tangan nya menekan butang dialing.

Eiman sekadar menjeling bila dia mendengar Rhea mahu menghubungi Ashraf. Tangan lincah menyusun sayap ayam di atas grill besi.  

"Kau jaga jap" Wajah Max di pandang sebelum dia menghampiri Rhea.

Sudah 3 kali Rhea cuba untuk menghubungi Ashraf, tapi panggilan tak berjawab. Ke mana Ashraf pergi? Takkan dah balik? Kereta nya masih ada terparkir elok di kawasan parkir depan chalet.

"Tak payah nak cari dia. Pandai lah dia datang sendiri nanti. Dia bukan nya budak-budak nak kena di jemput bagai" Seketika mata nya melirik ke arah kaki Rhea yang sedang duduk bersimpuh di atas kerusi.

"Kaki macam mana? Dah okay?" 

"Dah okay sikit" Rhea memberi botol minuman kepada Eiman.

"Thank you sayang"

Serentak Rhea berdehem kecil. Mata nya melihat sekeliling. Apa abang Eiman ni tak beragak-agak nak panggil dia macam tu. Nanti habis semua orang dengar, mana dia nak sorok muka.

Eiman tertawa kecil melihat riak Rhea yangnampak menggelabah. 

"Kenapa? Malu?" Bisik Eiman perlahan.

Wardah yang duduk tidak jauh dari situ, memasang telinga. Bukan dia tidak mendengar cara panggilan Eiman kepada Rhea itu tadi. Rasa sakit hati yang di tahan sejak siang tadi, cuba di simpan sedaya upaya. Tidak mahu sesiapa mengesan perubahan riak muka nya nanti.

"Eiman! Ni tolong ambil ayam yang dah masak ni" Eiman terus mengalih pandangan.

"Okay dy. Kejap" Eiman bingkas bangun dan terus menghampiri daddy nya yang sibuk menyimpan sayap ayam ke dalam dulang.

Seketika Eiman melihat ke arah Max dan uncle Carlo yang sedang enak menggigit sayap ayam di situ. Dia geleng kepala perlahan.

"Weiii Maxwell, dah berapa ketul ayam kau lahap ni?" Soal Eiman sambil tergelak kecil.

Max mendongak. Kemudian dia mengira jari nya.

"Ada lah dalam 5 ketul dah" Balas nya selamba.

"What?" Terkejut Eiman mendengar.

"Tu baru Max. Belum lagi uncle kamu tu" Haq menyampuk. Carlo tu dari muda sampai ke tua memang pantang tengok ayam. Memang laju je tangan dan mulut dia nak makan.

"Eh? Uncle pun sama?" Soal Eiman gelihati.

Carlo menaikkan 8 jari nya ke arah Eiman.

"Ha? 8 ketul?" Huish lagi dahsyat dari Max ni.

My Sweetheart (Complete)Where stories live. Discover now