MS 16

2.9K 155 12
                                    

"Rhea, boleh mama masuk?" Najwa menolak sedikit pintu bilik anak nya.

Sejak balik petang tadi, Rhea tidak banyak bercakap. Muram saja wajahnya. Di suruh makan pun dia tak mahu. Dan inilah pertama kali dia melihat Rhea seperti ini. Keluhan kecil di lepaskan sebelum dia menghampiri Rhea yang hanya duduk termenung di atas katil.

"Rhea okay sayang?" Tangan anak nya di capai dan di genggam erat.

Rhea hanya mengangguk lemah. Dia menekur pandangan ke atas tilam yang berlapik cadar bewarna hijau epal, warna kegemaran nya. Nafas di hela panjang. Dia sudah puas menangis siang tadi. Sampai bengkak sudah mata nya sekarang ini. Bising juga papa tadi masa melihat dia balik ke rumah dengan wajah sembab begitu. 

Nak marahkan abang Eiman, papa nya tak sampai hati sebab mengenangkan abang Eiman tu anak daddy Haq. Sudah nya papa hanya mampu menasihati nya saja. Mungkin sudah tertulis bukan jodoh dia dengan abang Eiman agak nya. Dan mungkin dia perlu belajar untuk menerima nya bermula dari sekarang.

"Jodoh, pertemuan, ajal dan maut di tangan Allah, Rhea. Kita manusia hanya mampu merancang. Dan kita tidak akan selalu mendapat apa yang kita harapkan. Kita kena redha pada qada dan qadar Allah" Najwa mengusap lembut kepala anak nya. 

Hanya ini lah satu-satu nya anak yang dia ada. Yang dia tatang bagai minyak yang penuh. Sedikit pun dia tidak pernah menjentik tubuh Rhea. Kalau Rhea nakal sekali pun, dia dan suaminya akan menegur dan memberi nasihat sebaik nya.

"Mungkin Rhea terlalu sayangkan abang Eiman, mama. Sampaikan Rhea lupa yang jodoh itu adalah ketentuan Allah" 

Najwa angguk perlahan. Dia berharap semoga Rhea boleh menerima kenyataan selepas ini.

"Cinta tak boleh di paksa. Kalau seseorang itu tak boleh terima kita, just biarkan. Dan kalau kita sayangkan orang tu jugak, kita pasti nakkan yang terbaik untuk dia"

"Rhea faham mama. Rhea dah cukup faham sekarang selepas mendengar apa yang abang Eiman cakap siang tadi. Dan Rhea takkan kejar atau harapkan abang Eiman lagi lepas ni. Kalau abang Eiman bahagia dengan sesiapa juga yang menjadi teman hidup nya selepas ni, Rhea akan tumpang bahagia"

Airmata yang cuba di tahan sejak tadi, kini tumpah jua. Dan dia sendiri tidak menduga penantian nya selama ini akan berakhir di sini, ternoktah di sini. Dan dia akan tutup pintu hati nya untuk mengharap lagi pada lelaki yang bernama Eiman Firas sebab dia sudah terlalu penat untuk mengejar lelaki itu berpuluh tahun lamanya.

Najwa turut merasa sebak. Lantas tubuh Rhea di tarik ke dalam pelukan nya. Dan mereka turut sama-sama menghambur tangis di situ.

*****

"What have you done, son?" Soal Haq memanah tepat ke wajah Eiman.

Puspa hanya diam tidak menyampuk. Kalau suaminya sudah bernada serius seperti itu, tiada sesiapa akan berani hendak menyampuk. Eishal juga hanya duduk diam di situ. Melihat ke arah along nya. Dia pun marah juga dengan apa yang along nya dah buat dengan kakak Rhea tadi.

 Puspa menukar balutan di tangan Eiman kerana agak teruk juga luka di situ. Betapa terkejut nya dia dan suami nya tadi bila mendengar Eiman bergaduh di hadapan kedai kereta mereka. 

"I just can't control myself daddy" Eiman menunduk.

Sesekali berkerut wajah nya menahan rasa pedih bila ibu nya menyapu ubat pada luka di tangan nya.

"Kenapa buat Rhea macam tu? Kalau tak suka sekali pun, jangan mengeluarkan kata-kata yang boleh menghiris hati dia sampai macam tu sekali. Macam mana daddy nak berdepan dengan papa Rhea nanti?" Haq merasa geram pula sekarang ini.

My Sweetheart (Complete)Where stories live. Discover now