MS 44

2.6K 127 15
                                    

Sekarang sudah pukul 9.30 malam. Eiman bersandar tenang di hadapan Ferrari SF90 Stradale berwarna putih di belakang nya. Dia sedia menunggu kedatangan Ashraf di litar lumba malam ini. Langit yang gelap namun mendamaikan di atas sana di pandang sepi. Dia berpeluk tubuh. Terus-terusan merenung ke atas langit yang gelap yang di taburi beribu bintang yang berkerlipan. Cuaca pun nampak baik malam ini.

Eiman melingas ke sekeliling. Litar lumba lengang dan sunyi sepi malam ini. Suasana sunyi tapi sangat mendamaikan. Kawasan dalam litar pula terang benderang di simbahi cahaya lampu yang mengelilingi di seluruh kawasan litar. Di sini lah perjuangan nya bermula 6 tahun yang lalu. Mula menjinakkan diri dalam sukan lumba kereta seawal usia 20 tahun. Dan kini, sukan ini sudah menjadi pelengkap dan sebahagian dari hidup nya.

Selepas 4 hari bergelar tunangan Rhea, dia benar-benar berlapang dada. Dan dia tidak sabar menghitung detik menjelangnya hari pernikahan mereka yang bakal berlangsung dalam masa seminggu saja lagi. Tidak sabar mahu menghalalkan Rhea menjadi milik nya yang sah. 

Dan malam ini, dia tidak akan memberikan sedikit pun ruang kepada Ashraf untuk memenangi perlumbaan ini nanti. Biar lelaki itu sedar yang Rhea adalah takdir yang memang sudah termaktub untuk menjadi milik nya.

Hampir 30 minit menunggu, dia melihat cahaya lampu terang yang menyuluh ke arah nya. Eiman ukir senyum simpul. Orang yang di tunggu nya sejak tadi sudah sampai. Dia tetap santai bersandar di hadapan Ferrari nya sambil berpeluk tubuh. Kaki kanan di silang di hadapan kaki kiri. Mata tetap memerhati ke arah Mc Laren Artura yang berwarna jingga itu sehingga lah kereta itu berhenti betul-betul di hadapan nya sekarang.

Kelihatan Ashraf keluar dari pintu kereta sebelum dia tayang senyum sinis kepada Eiman yang tenang berdiri di situ sambil memandang ke arah nya. Dia kemudian bersandar di tepi pintu kereta yang sudah di tutup rapat sambil berlaga pandangan dengan Eiman. Masing-masing diam hanya seketika. 

"Ingatkan kau tak datang"

Ashraf menyalakan rokok di tangan nya sebelum dia mula menyedut rokok itu perlahan. Dia mendongak memandang ke atas langit yang gelap. Asap di hembus kasar ke udara.

"I'm a man with a word, bro"

"Kalau aku menang malam ni, aku nak kau batalkan kontrak Rhea serta merta. Cukup sudah aku bagi masa beberapa hari ini untuk Rhea masih bekerja dengan kau"

"Cececece..... tak semudah itu bro...."

"Hahah! So funny! Deal is a deal Ashraf"

"Itu kalau kau menang, kalau aku menang....."

Jeda. Ashraf hisap lagi rokok yang masih bersisa di jari nya. Berkepul-kepul asap rokok di hembus ke arah Eiman.

"......... Rhea mesti menjadi milik aku"

"In you dream!" Eiman sudah berdiri tegak. Nafas mula turun naik. Berani lelaki ini meminta Rhea menjadi milik nya?

Ashraf hambur gelak kuat. Melihat wajah tegang Eiman, dia geli hati. 

"Okay, kita boleh mulakan sekarang"

"Kalau kau kalah, kau batalkan kontrak Rhea serta merta dan aku takkan sesekali benarkan lagi kau melihat Rhea waima bayang-bayang nya sekali pun!" Keras amaran yang di berikan oleh Eiman sebelum dia meloloskan diri ke dalam perut Ferrari nya. Bersedia untuk beradu kelajuan di atas litar malam ini.

Ashraf jungkit hujung bibir sambil tertawa sinis. Puntung rokok di kuis kasar sebelum dia juga turut meloloskan diri ke dalam perut Mc Laren Artura nya. Bersedia untuk bersaing dengan Eiman malam ini.

Eiman menekan-nekan pedal minyak di kaki nya. Tangan kuat mengenggam stereng. Wajah yang jelas tegang bersama rahang yang di ketap kuat semakin membuatkan nya tidak sabar mahu memulakan perlumbaan ini. Garang bunyi yang terhasil dari lubang ekzos kenderaan itu setiap kali dia menekan pedal minyak.

My Sweetheart (Complete)Where stories live. Discover now