MS 39

2.8K 146 34
                                    

"Jom!" Tangan Rhea terus di tarik dari situ.

"Nak pergi mana?" Soal Rhea hairan.

"Beli cincin"

"What? Eiii Rhea tak cakap pun nak kawin dengan abang Eiman! Apa ni!" Rhea memprotes.

"Do I look like I care sweetheart? Majlis kahwin tetap akan jadi. Dah, jangan nak banyak cakap"

"Eiii tak nak! Tak nak!!!"

"Nak! Nak!"

Eiman tidak mempedulikan Rhea yang sudah meronta-ronta di situ. Rhea terus saja di tarik menghala ke arah Mustang nya sebelum tubuh Rhea di tolak masuk ke dalam perut kereta.

"Stay! Jangan nak keluar!" Eiman memberi amaran sebelum dia terus saja berlari menghala ke tempat duduk pemandu.

Rhea mendengus kasar sambil berpeluk tubuh. What a bad day! Apahal semua nak paksa-paksa dia kahwin hari ni?

"Marah?" Rhea di kerling sekilas sebelum dia mula menggerakkan kereta nya keluar dari kawasan hotel.

Eiman ukir senyum nipis. Biar lah Rhea nak marah sekalipun. Kali ini dia sudah tekad untuk mengikat Rhea dan tiada sesiapa yang akan dapat untuk menganggu Rhea lagi selepas ini.

"Jangan marah lama-lama ye sayang. Tak cantik nanti" Eiman tergelak kecil.

"Yakin sungguh ye abang Eiman nak kahwin ni?"

"Kenapa pulak tak yakin?"

"Papa belum tentu nak terimalah!" Rhea cuba untuk menyedapkan hati sendiri padahal dia sudah dapat agak apa jawapan papa dia dengan pinangan ini nanti.

Keluhan kecil di lepaskan. Aduh! Dah nak kena kahwin dengan abang Eiman ke macam mana ni? Dia tak ready lagi la kalau terlalu mengejut macam ni. Sekurang-kurang nya bagi lah dia masa untuk membuat persediaan, bagi dia masa nak enjoy puas-puas dulu. Nanti kalau dah kahwin, kan semua dah terbatas. Ini tak boleh, itu tak boleh.

"Of course papa akan terima pinangan abang. Jap lagi daddy dengan ibu masuk meminang. So get ready ye untuk jadi isteri abang lepas ni" Eiman tayang senyum lebar. Berbunga-bunga pula rasa hati nya sekarang ini.

"Huh!" Rhea mencebik. Nak kata apa lagi? Nak bantah? Nak lawan? Memang kalah la dia.

"Suka sangat nk buat mulut macam tu. Tunggu dah kahwin nanti tau lah macam mana abang nak ajar mulut tu" Eiman jungkit hujung bibir.

"Eeiiii!! Abang Eiman cakap apa ni?" Meremang pula bulu tengkuk Rhea mendengar kata-kata yang kedengaran miang saja tu.

"Can you please stop call my name sayang? Just call me abang, can you?"

"Tak biasa. Dari kecik dah biasa panggil macam tu" Rhea menolak. Rasa pelik pulak kalau nak panggil abang.

"Then biasakan lah dari sekarang. Bila lagi nak biasakan?"

"Tak nak" Rhea tetap berkeras. Kepala hanya terteleng ke kiri. Malas nak tengok muka miang abang Eiman tu.

"Hmmmm okay. Abang boleh excuse untuk masa ni. Tapi lepas dah sah nanti, tak ada lagi perkataan tak nak tu."

Rhea diam. Tidak membalas.

"Cukup bulan ni, tolong batalkan kontrak Rhea dengan Ashraf. Abang akan bayar berapa saja ganti rugi nya nanti" Kata-kata Eiman membuatkan Rhea serta merta menoleh.

"No! Mana boleh macam tu abang Eiman! Tu kerjaya Rhea tau tak!" Rhea membantah tidak setuju. Kenapa pulak nak suruh dia batalkan kontrak tu.

"Boleh aje sambung kerja tu kat tempat lain nanti. Tapi bukan dengan Ashraf. Rhea kena jauhkan diri dia. Tak payah nak jadi wartawan lagi pun tak apa. Rhea jadi PA abang je kat pejabat nanti lagi bagus"

My Sweetheart (Complete)Where stories live. Discover now