MS 46

2.4K 128 10
                                    

Azman menghampiri Rhea yang tekun membuat kerja sedari tadi. Tak join pun mereka yang lain sibuk berbincang pasal nak bawa pasangan esok bagi sesiapa yang masih single.

"Rhea, sibuk sangat ke?" Azman berdiri tegak di tepi meja Rhea sambil sebelah tangan nya di sangkut pada palang divider yang memisahkan meja kerja mereka.

"A'aa ye. Kenapa?" Rhea memandang sekilas ke arah Azman sebelum dia mengalihkan semula fokus nya ke skrin laptop di hadapan nya.

"Kau dah ada pasangan ke nak bawa malam esok?"

Rhea mengeluh kecil. Penting sangat ke nak cakap hal ni masa-masa nak buat kerja ni. Nanti -nanti tak boleh ke?

"Aku tak fikir lagi la Azman. Nanti la aku fikir. Malas nak serabutkan kepala sekarang ni"

Azman ukir senyum. Dia sebenarnya sudah lama meminati Rhea dalam diam. Cuma dia takut hendak memulakan langkah. Maklumlah Rhea ni sangat cantik dan mempunyai ramai peminat di instagram. Dia jadi segan hendak mendekat. Tapi kalau ini adalah satu peluang untuk nya cuba untuk mendekati Rhea dengan lebih rapat, apa salah nya kalau dia mencuba nasib? Mana tahu kalau Rhea masih belum berpunya lagi.

"Errmm, kalau kau tak ada teman, aku jadi teman kau, boleh?"

Terkejut beruk Rhea mendengar tawaran Azman yang tiba-tiba. Terus terhenti jari nya dari terus menari-nari di atas keypad laptop nya.

"Eh, tak pe Azman. A..aku tak fikir lagi pun samada aku dapat pergi atau tak malam esok. Sorry la ye" Rhea menolak cara baik. 

"Lah kenapa pulak tak dapat datang? Rugi la kalau kau tak datang Rhea. Boleh la, please......" Azman memujuk lagi.

Rhea garu kepala yang tidak gatal. Tak boleh jadi ni. Gila nak kena sembelih dengan abang Eiman ke apa Azman ni. Mungkin ini lah masalah nya bila tiada sesiapa yang tahu status nya yang sudah menjadi tunangan abang Eiman sekarang. Ini pun atas permintaan orang tua mereka supaya jangan terlalu di hebohkan untuk mengelakkan orang sakit hati  kerana bertunang ni banyak dugaan nya. Mereka sebagai anak, hanya turutkan saja pesanan orang tua. Hanya keluarga dan orang-orang terdekat saja yang tahu setakat ini.

"Err... nanti lah aku fikir dulu Azman. aku tak boleh nak bagi jawapan sekarang. Tapi aku harap, kau jangan la letak harapan sangat untuk jadi teman aku malam esok. Aku memang tak berani nak janji. Harap kau faham ea"

Azman tersenyum seraya mengangguk perlahan-lahan. Sekurang-kurang nya jawapan Rhea itu masih memberi sedikit harapan pada nya walaupun berkemungkinan hanya 1% saja untuk dia mendengar jawapan 'ya' dari gadis itu nanti.

"Okay, aku tunggu jawapan kau Rhea. Harap kau tak kecewakan aku esok"

********

Abang dah kat depan pejabat Rhea ni - Eiman

Rhea yang masih menyiapkan laporan di meja kerjanya, menoleh ke arah skrin iphone yang menyala. Skrin di buka. Eh! Kat bawah dah ke? Jam tangan di lirik. Patut la. Dah pukul 12.30 tengahari rupanya. Lantas laporan di susun dan di kemas sebelum dia mencapai beg tangan nya dan berlalu keluar dari situ. Hari ini memang agak sibuk kerana banyak laporan yang perlu dia siapkan selepas 2 bulan dia tidak masuk ke pejabat kerana bekerja dengan Ashraf. 

Dah seminggu tak dengar sebarang berita dari Ashraf selepas kali terakhir dia bekerja dengan lelaki itu pada hari lelaki itu melamar nya seminggu yang lalu. Rasa bersalah pula dengan Ashraf bila dia terus menghilangkan diri macam ni. Nak menghubungi Ashraf, takut nanti kalau abang Eiman tahu, lain pulak jadi nya. Nak tak nak, dia terpaksa la berdiam diri saja.

Keluar dari kawasan pejabat, Rhea melihat abang Eiman dia sudah berdiri santai di situ sambil berpeluk tubuh bersandar pada kereta Porche nya sedang menunggu nya di situ. Kaca mata hitam tersangkut pada batang hidung nya yang mancung. Rhea ukir senyum. Alahai, kenapa la handsome sangat macam tu. Tergolek-golek hati Rhea kat dalam ni melihat. Ahakkksss!!!

My Sweetheart (Complete)Where stories live. Discover now