MS 31

2.9K 157 16
                                    

Selepas membersihkan diri, Rhea terus berbaring di atas katil. Lega nya rasa bila dapat merebahkan tubuh di atas tilam. Eishal juga sudah berbaring di sebelah. Masing-masing melayan perasaan saja sekarang ini. Sekarang sudah pukul 11 malam. Rhea terus menjengok ke arah katil Wardah yang masih kosong di sebelah. Ke mana minah tu pergi ya? Sejak di pantai tadi dia sudah menghilang entah ke mana. Semua orang tidak tahu ke mana Wardah pergi tadi. Tiba-tiba saja dia menghilang tanpa memaklumkan dengan sesiapa.

"Eishal, Wardah mana? Tak balik bilik lagi? Kan dah lewat ni. Dia ada call Eishal tak?" Rhea risau juga sebenarnya biarpun dia tidak sebulu dengan Wardah. Tapi sebagai seorang manusia yang ada sifat prihatin, dia tidak dapat lari dari rasa risau. 

Dia perasan melihat perubahan Wardah yang hanya mendiamkan diri selepas kejadian dia terkantoi di bilik dengan Eiman pagi tadi. Wardah kurang bercakap dan kurang hendak bergaul dengan ahli keluarga yang lain sepanjang di pantai petang tadi.

Eishal turut menoleh ke arah katil Wardah yang kosong. Dia sendiri pun pelik ke mana Wardah pergi. Dah lewat macam ni tak balik-balik lagi.

"Entah lah kak Rhea. Eishal pun tak tahu dia pergi mana. Eishal ada whatsapp tadi tapi single tick je"

"Hmmmm harap dia tak pergi mana-mana lah. Dah lewat ni"

Eishal turut mengangguk. Dia pun risau juga sebenarnya. Wardah tu kan kawan baik dia.

Seketika perbualan mereka terhenti bila loceng pintu bilik mereka berbunyi. Eishal bingkas bangun mencapai tudung sarung nya sebelum menghala ke arah pintu. Dia mengintai di sebalik ke lubang kecil yang berada di tengah pintu sebelum dia menguak sedikit daun pintu selepas melihat along nya yang berada di luar.

"Kenapa along?" 

Eiman terus menghulurkan plastik berisi nescafe latte kepada Eishal. "Bagi dekat kak Rhea. Dia dah tidur ke?"

"Ermm belum lagi. Kami baru je lepas mandi. Tengah borak-borak kosong je tadi. Along baru naik ke ni?"

Eiman angguk perlahan. 

"Max mana? Tak nampak pun" Eishal hanya melihat along nya seorang berada di sini. Tak nampak pun bayang Max.

"Dia tu tak payah la tanya dik. Spesis burung hantu tak reti nak tidur awal. Dia kata nak healing dulu kat lobi bawah tu. Eishal masuk lah. Rehat, tidur. Dah lewat ni"

"Errmm okay lah. Along pun sama. Err along ada nampak Wardah tak kat bawah tadi?"

Eiman kerut dahi.

"Kenapa dengan Wardah?"

"Dia tak balik lagi. Memang terus menghilang masa kat pantai tadi. Tu la tanya along kot-kot ada ternampak  dia ke. Adik bukan nya apa, risau la sebab dia tu kan perempuan. Kan dah lewat ni" Eishal meluahkan kebimbangan nya.

Pelik juga Eiman rasakan sekarang ni. Ke mana Wardah pergi sampai sekarang tak balik lagi?

"Hmmm tak payah risau lah dik. Ada la tu agak nya dia jalan ke mana-mana tu. Nanti dia balik lah tu. Dah tutup pintu" Arah Eiman lagi.

Eishal mengangguk sebelum tangan nya terus menutup daun pintu rapat.

"Nah, along bagi" Plastik yang berisi minuman nescafe latte itu terus di berikan kepada Rhea yang masih ralit melihat iphone nya.

Rhea kerut dahi. Tiba-tiba pulak abang Eiman bagi nescafe malam-malam ni dah kenapa. Bunyi pesanan whatsapp yang masuk mengalih perhatian nya.

Kau telah tercipta, Bagiku sempurna
Kau adalah penyeri buat hidupku , Andai aku hanyut, Gapailah tanganku, Menuju cinta abadi yang terindah, Kuharap kita selamanya, Setia bersama
Kutahu kau terbaik 'tuk diriku, Aku adalah Adammu, Kudambakan cinta ini.. Kau takdir yang takkan kulepaskan..

My Sweetheart (Complete)Where stories live. Discover now