MS 7

2K 104 7
                                    

"Abang Eiman nak pergi mana tu?" Soal Rhea tak puas hati. Dia berpeluk tubuh dengan wajah yang masam bila melihat Eiman sudah berdiri di muka pintu.

Wardah yang melihat Eiman sudah berdiri di hadapan nya, terus tundukkan pandangan. Dia malu dan segan bila Eiman melihat nya begitu. Eishal pula terus saja menarik tangan Wardah masuk ke dalam bersama dengan ibu saudara nya.

Eiman masih lagi tidak kalih dari memandang belakang tubuh Wardah yang sudah mengikut Eishal ke dapur. Ayu betul la Wardah tu. Tenang je hati dia tengok. Memang stok perempuan melayu terakhir sungguh la. Eiman mahu melangkah ke dapur, namun langkah nya terhenti bila lengan baju nya di tarik kuat dari belakang.

"Abang Eiman nak pergi mana?"

"Aduh!! Budak gedik ni! Duduk la sana diam-diam Rhea. Jangan kacau aku lah!" Geram pula Eiman sekarang ni dengan perangai Rhea ni.

"Kenapa? Abang Eiman nak pergi jumpa stok perempuan melayu terakhir tu ke? Habis Rhea ni? Tak cukup melayu terakhir lagi ke ni?" Soal Rhea tak puas hati.

Biar Eman marah sekali pun, dia tidak akan biarkan Eiman pergi dekat perempuan tu. Dah kenapa nak kacau bakal suami dia? Ramai lagi lelaki kat luar sana tu boleh kacau. Abang Eiman jugak yang nak di kacau nya.

"Eeei lepas lah! Apa ni tarik-tarik baju. Pergi duduk sana!" Arah Eiman lagi sebelum dia terus saja berlalu menghala ke dapur.

Rhea yang tidak puas hati turut mengekori Eiman dari belakang. Kaki di hentak kuat tanda protes. Sampai hati abang Eiman kan? Eeeiii geram laaa....

"Errr auntie, ni nak letak kat mana?" Soal Wardah bila dia melihat pinggan dan gelas masih berada dalam bakul di tepi sinki.

"Oh yang tu boleh lah susun dekat meja makan. Kejap lagi kita nak makan dah" Balas Puspa perlahan sambil tangan nya mencedok lauk pauk ke dalam mangkuk kaca.

Wardah angguk sebelum dia mengangkat bakul yang berisi pinggan dan gelas kaca itu menghala ke arah ruang meja makan.

"Eh sini, saya tolong awak" Eiman menawarkan diri.

"Eh, tak pe.. tak pe.. saya boleh buat" Balas Wardah lagi. Malu-malu.

"Tak pe. Berat tu. Sini saya tolong" Eiman terus saja mengambil bakul dari tangan Wardah dan terus di bawa ke ruang meja makan.

Wardah tersipu-sipu malu sebelum dia mengekori Eiman dari belakang.

Rhea sudah menahan rasa sekarang ini. Turun naik bahu nya menahan rasa geram. Najwa yang memerhati tingkah anak nya, sekadar menggeleng perlahan. Berkali-kali sudah dia menasihati Rhea, cinta tak boleh di paksa. Dah kalau orang tak suka, berundur saja. Tapi Rhea tetap juga berdegil. Masih lagi tidak berputus asa mahu mengejar Eiman. Tak tahu macam mana lagi dia nak menasihati Rhea tu supaya faham.

"Lama dah tak nampak Wardah. Wardah sihat ke?" Eiman memulakan bicara bila Wardah sudah mula menyusun pinggan-pinggan ke atas meja makan. Dia hanya berdiri di situ memerhati tingkah gadis itu.

"Err sihat alhamdulillah. Sibuk sikit tu yang jarang nak ke mari" Balas Wardah lemah lembut.

Alahai! Cair hati Eiman dengar suara lemah lembut tu.

"Nanti kalau Wardah free, boleh tak kalau saya nak ajak Wardah keluar? Keluar jalan-jalan, makan-makan je..." Eiman tersengih.

"Err inshaallah.. saya tak berani nak berjanji tapi saya cuba.." Wardah menunduk saja sejak tadi. Segan hendak melihat Eiman yang nampak kacak sungguh hari ini.

"Aii Eiman.. rajin betul hari ini nak menempel dengan orang pempuan ni" Tegur Mak Dara yang membawa mangkuk lauk pauk ke meja makan.

Eiman hanya tayang sengih. Nampak sangat ke? Alah tak pe lah. Lagi bagus kalau orang nampak kan?

My Sweetheart (Complete)Tahanan ng mga kuwento. Tumuklas ngayon