MS 63

2.6K 143 11
                                    

"Abangg!!" Terkejut Rhea melihat kehadiran suami nya di situ. Pantas dia meluru ke arah suaminya.

"Sayang, sayang tak apa-apa ke ni?" Ikatan pada tangan Rhea terus saja di buka.

"Rhea okay. Tolong Eishal abang.." Risau memikirkan keadaan Eishal di luar.

"Daddy dengan papa ada. Sayang pergi selamatkan Eishal" Arah Eiman lagi sebelum dia meluru semula ke arah Ashraf.

Kolar baju Ashraf terus saja di cengkam kuat. Eiman melayangkan tumbukan berkali-kali ke wajah lelaki itu. Panas benar hati nya melihat kelakuan lelaki ini tadi yang begitu berani menyentuh isterinya.

"Berani kau sentuh isteri aku!!"

Kolar baju Ashraf terus di cengkam kuat sebelum dia memaksa tubuh Ashraf berdiri. Eiman menumbuk pula perut Ashraf menyebabkan Ashraf terus membongkok menahan rasa senak di perut nya. Eiman tetap tidak berpuas hati. Dia meluru semula ke arah Ashraf dan tubuh Ashraf terus di terajang kuat sehingga Ashraf jatuh terlentang di situ.

Eiman menghampiri kemudian rahang Ashraf di cengkam kuat. Dia tidak akan berpuas hati dengan manusia jahanam seperti ini. Tidak memikirkan isteri orang, di sentuh sesuka hati. Tumbukan di lepaskan tanpa henti sebelum pergelangan tangan nya di sambar Ashraf dan di cengkam kuat.

Ashraf ketawa perlahan sebelum dia menolak kuat tubuh Eiman. Dia kemudian bangkit berdiri. Darah di tepi bibir di kesat kasar sebelum dia meludah di situ. Dia mengundur sedikit sebelum menaikkan kedua-kedua penumbuk nya ke atas. Bersedia untuk berlawan dengan Eiman.

"Kalau kau mampu, kau try la kalahkan aku!" Cabar Ashraf.

Eiman jungkit hujung bibir. Kali ini walau apa pun yang akan terjadi, dia akan kerjakan lelaki ini habis-habisan dan tidak akan mengalah untuk terus berjuang. Eiman juga terus saja bersedia mengangkat kedua-dua penumbuk nya ke atas. Bersedia untuk berlawan dengan Ashraf.

****

Rhea yang sudah berlari keluar sedikit panik melihat keadaan yang huru hara di situ. Dia nampak daddy sedang membuka ikatan tangan Eishal di situ. Kemudian mata nya melihat ke arah papa nya dan juga Max yang saling berbalas tumbukan dengan orang-orang Wardah di situ. Tidak membuang masa, Rhea terus berlari menghampiri Eishal dan daddy di situ.

"Daddy!! Daddy!!!"

"Rhea! Rhea pergi cari tempat selamat untuk bersembunyi dengan Eishal. Kat sini bahaya!" Pesan Haq selepas dia berjaya membuka ikatan pada tangan Eishal. Eishal sudah semakin lemah kerana dia banyak kehilangan darah.

Rhea mengangguk sebelum dia memapah Eishal dan mencari tempat selamat untuk bersembunyi.

Rafiq yang melihat Haq di situ, pantas meluru dan terus menendang belakang tubuh Haq yang tidak menyedari kehadiran nya di situ. Haq jatuh tersungkur ke depan sebelum dia bingkas bangun dan menoleh ke belakang. Melihat wajah Rafiq di situ, Haq ukir senyum sinis sebelum dia mara dari perlahan dan kemudian terus laju meluru ke arah Rafiq sebelum dia memberikan tendangan padu ke perut lelaki itu. Rafiq terus jatuh terlentang sebelum dia berusaha untuk bangun semula. Masih tidak mahu mengalah. Dia terus meluru ke arah Haq yang setia menantinya di situ.

Tumbukan di lepaskan namun Haq dapat mengelak. Kolar baju Rafiq terus di cengkam kuat sebelum dia menaikkan lutut nya ke perut Rafiq menyebabkan Rafiq terus membongkok menahan perut nya yang terasa seperti hendak terburai saja. Rafiq yang merasa panas hati terus mengeluarkan pisau dari pinggang nya dan di hunus ke arah Haq.

Rafiq hanya tayang wajah mengejek tanpa sebarang suara yang keluar dari mulut nya. Haq sekadar tenang di situ sambil matanya memerhati ke arah Rafiq yang sedang mengacukan pisau ke arah nya. Rafiq terus mara dan mahu menikam Haq, tapi Haq pantas mengelak sebelum dia mencengkam pergelangan tangan Rafiq kuat, kaki nya pula terus menyepak kaki Rafiq menyebabkan Rafiq terus terduduk melutut. Pisau yang berada di tangan Rafiq terus di rampas sebelum sekelip mata pisau itu sudah Haq benamkan tepat ke dada Rafiq. Mata Rafiq pula terus kekal terbeliak dengan mulut ternganga di situ. Haq hela nafas dalam sebelum dia menendang tubuh Rafiq yang sudah tidak bernyawa itu sehingga rebah ke lantai.

My Sweetheart (Complete)Hikayelerin yaşadığı yer. Şimdi keşfedin