Rafiq hanya angkat bahu sebelum dia menyalakan rokok dan duduk santai di situ. Bagaikan tiada apa-apa yang berlaku.

"Kau nak aku potong yang mana dulu?" Soal  suara itu lagi. Semakin membuatkan Wati merasa takut. Pisau di gesel-gesel ke telinga Wati. Peluh dingin mula mengalir dari benak nya. Ekor mata tak henti-henti menjeling ke arah mata pisau yang sedang menyentuh telinga nya sekarang.

"To...to..tolong... le...lepaskan aku... a...aku merayu..... a...aku minta ma...af...." 

Kriukkkkkk!!!!

Pandangan Wati terus teralih ke arah pintu yang di buka dari luar. 

"Andrean!!! Andreann!! Tolong saya!!! Tolong saya keluar dari sini!!!" Separuh nyawa Wati merayu memohon pertolongan dari Ashraf yang baru saja tiba di situ.

Ashraf mendengus kecil sambil memandang ke arah Wati yang terikat di tiang. 

"Kau nak buat apa dengan dia ni setan?" Soal Ashraf tanpa perasaan. Tangan di seluk ke dalam poket seluar. Ikutkan malas betul dia nak terlibat dengan kes penculikan Wati ni.

"Hahahahaha.. kau rasa?" Soal suara itu lagi. Sinis.

"Lantak kau la nak buat apa. Aku tak nak masuk campur! Aku tengah kusut sekarang ni kau tau tak! Harapan Rhea tu akan jadi milik aku, alih-alih terus jadi milik Eiman" Gigi di ketap rapat. Rahang pula sudah bergerak-gerak menahan rasa marah selepas dia dapat tahu Eiman dan Rhea terus bernikah malam tadi. Bangsat!

"Sebab tu aku nak hapuskan orang yang dah menyebabkan rancangan tu gagal. Aku nak tolong kau jugak kan? Kau jangan nak cengeng sangat la bodoh!" Pekik suara itu kuat.

"Huh! Kau bunuh dia sekali pun, apa kau dapat? Benda dah nak jadi" Bidas Ashraf geram

"Apa aku dapat? Hahahahahahaha!!!!!" Dia ketawa kuat. Berdekah-dekah.

"Aku dapat... K.E.P.U.A.S.A.N! Kepuasan!!! Kau faham?"

Ashraf ukir senyum mengejek. Dia tertawa kecil.

"Kepuasan? Kau mana kenal erti puas" Sindir Ashraf perlahan.

"Aku tak suka nak simpan orang yang dah tak ada guna nya lagi. Yang dah rosakkan rancangan aku" Mata pisau terus di larikan ke dada Wati dan terus terhenti di situ.

"Kau..kau nak bu..buat apa ni?" Soal Wati ketakutan. Sekarang dapat dia rasakan mata pisau itu sudah semakin menusuk ke dalam dada nya. Menjerit dia di situ bila merasa sakit yang teramat.

"Argghhhhh!!! Sakittttt!!!! Tolonggggggggg!!!!!"

"Heiiii!!!! Jangan menjerit boleh tak! Diam-diam laaa.. aku belum lagi nak cabut nyawa kau ni" Kemudian di selangi dengan tawa panjang. 

Dada Wati sudah mula di cemari kesan darah akibat luka torehan dari mata pisau itu. Berombak dada nya menahan rasa sakit bercampur debaran. Airmata sudah basah lencun membasahi pipi. Sungguh dia benar-benar takut sekarang ini. Berkali-kali dia memandang ke arah Ashraf memohon belas dari lelaki itu agar mahu menolong nya. Namun reaksi yang di pamerkan oleh Ashraf hanya kosong. Langsung tiada riak simpati mahupun kasihan.

"Lepaskan aku.. aku merayu pada kau....." Meraung sudah Wati menangis. Dia tidak sanggup mati dalam keadaan begini. Sungguh dia menyesal kerana bersekongkol dengan Andrean hanya kerana rasa sakit hati nya dengan Rhea. Sedangkan Rhea tak pernah pun menganggu hidup nya.

Dia nak minta maaf pada Rhea dan Eiman. Dia benar-benar menyesal. Tangisan nya semakin menjadi-jadi dan semakin kuat.

"Hoi! Kau menangis ni dah kenapa? Takut?"

Wati hanya mengangguk. Ya! Memang dia takut melihat manusia di hadapan nya ini. Nampak sangat kejam dan tidak berperikemanusiaan.

"Hmmm... kesian juga ek... kau takut ye? Tapi masalah nya, aku ni bukan orang baik-baik nak ada rasa kasihan dengan orang ni. Jadi nak buat apa ni ye? Hish...hish...hish...." Hujung mata pisau yang ada sedikit kesan darah di garu-garu di pelipis nya perlahan.

"Aku merayu pada kau, tolong lepaskan aku. Aku janji aku akan tutup mulut pasal ni. Aku takkan ceritakan pada sesiapa" Wati terus-terusan merayu.

"Aku tak percayakan janji sesiapa"

"Kau boleh percayakan aku. Tolong.... "

Suara itu ketawa lagi. Malah semakin nyaring dan berdekah-dekah. Geli hati mendengar kata-kata Wati.

"Aku tak boleh. Memang tak boleh. Lagi pun kau dah gagalkan rancangan aku. Itu yang paling aku tak boleh nak terima sekarang. Dan kau pun memang dah tak berguna lagi untuk aku sekarang ni. Hidup pun tahu nak cari pasal saja kau ni. Jadi lebih baik kau mampus!"

Wati menggeleng laju kepala nya. Takut usah di kata sekarang ini.

"Andrean... tolong saya Andrean... tolong... saya merayu Andrean...." Hanya tangisan Wati yang kedengaran di situ. Memecah kesunyian dalam hutan.

Ashraf sekadar mendengar bagai angin lalu saja rayuan Wati sebelum dia bergerak ke muka pintu. Malas hendak melihat apa yang bakal syaitan ni buat dengan perempuan tu nanti. Dia membuang pandang ke luar. Melihat kawasan sekeliling yang hanya ada pokok-pokok berkayu tebal dan merimbun.

"Jangan menangis. Shhhhhhh!!!!!" Pipi Wati di cengkam kuat dengan tangan kiri. Manakala tangan kanan nya pula sudah menekan mata pisau perlahan-lahan sehingga menusuk ke dalam rongga dada Wati dan tepat mengena ke jantung.

"Arggggggggggggghhhhhhhhhhhhhhh!!!!!" Sekali jeritan, mata Wati sudah terbeliak luas dengan mulut nya ternganga. Darah sudah membuak-buak keluar dari dada nya yang terkoyak sehingga menampakkan jantung nya yang sudah berhenti berdenyut di dalam sana.

"Ewwwwww!!!" Rafiq kerut dahi. Dia geleng kepala perlahan. Kasihan sungguh mati macam tu. 

"Rafiq! Uruskan bangkai dia!" Arah suara itu sebelum dia mengelap kesan darah pada pisau nya pada pakaian Wati.

Rafiq angguk dan dia terus saja mengheret mayat Wati keluar dari situ untuk di buang di pinggir hutan. Susuk tubuh itu kemudian berhenti di sebelah Ashraf yang masih berdiri di muka pintu.

"Lepas ni, jangan gagal lagi Andrean. Dan kali ni, aku akan pastikan mereka tak akan selamat dekat tangan aku. Antara Eiman dan Rhea, salah seorang mesti mati. Dan kalau kau beri aku pilih, Rhea yang harus mati dulu, kemudian Eishal!!!!! Hahahahaha!!!!!!!" Bersama ketawa itu, dia terus saja berlalu pergi dari situ meninggalkan Ashraf yang sudah terkejut mendengar kata-kata nya.

"Jahanam kau setan!!!!!! Aku takkan benarkan kau sentuh Rhea walau seinci pun!!!!!"

Selepas membuang mayat Wati tadi, Rafiq terus saja meninggalkan tempat itu. Rasa nak termuntah pun ada dia tadi. Tergesa-gesa dia memandu keluar dari kawasan hutan menghala ke jalan besar. Dia mahu balik ke rumah, nak mandi, nak wangi-wangi. Nak buang bau hanyir mayat itu tadi.

Dia terus memandu laju menghala ke kawasan perumahan nya. Ketika dia mahu membelok untuk memasuki persimpangan jalan ke rumahnya, terasa kereta telah tiba-tiba saja di langgar dari belakang dengan agak kuat sehingga menyebabkannya terdorong ke depan dan hampir terhantuk dahi nya ke arah stereng kereta. Serta merta dia memberhentikan kereta nya dan dia terus keluar menuju ke belakang. Jahanam! Siapa yang langgar kereta aku ni. 

Damn! Bahagian belakang kereta nya sudah remuk teruk. Lampu kiri kanan pula sudah habis pecah berderai. Bumper bahagian belakang pula sudah tertanggal dari badan kereta. Sudah la kereta bapak mahal dia beli ni. Baru dia hendak menoleh dengan niat hendak memarahi orang yang telah melanggar kereta nya tadi, terasa belakang tengkuk nya telah di pukul dengan kuat sebelum dia terus rebah tidak sedarkan diri di situ.

*

*

Bersambung

My Sweetheart (Complete)Where stories live. Discover now