Entah apa yang merasuk fikiran Ashraf sekarang ini, dia mula mendekatkan wajah. Rhea yang tadi nya tergamam, semakin tergamam dan semakin kaku di situ. Entah kenapa dia tidak mampu hendak menolak mahupun mengelak, dia seakan terpaku dan terpukau di situ dengan pandangan mata Ashraf. Hampir saja bibir Ashraf mahu menyentuh bibir nya..

Bukkkk!!!!!!

Rhea terus tersentak dan tersedar dari pukauan itu tadi sebelum dia menoleh ke sisi. Melihat Ashraf yang sudah terbaring di situ, dia menekup mulut dengan kedua tapak tangan nya. Kemudian pandangan mata di alihkan ke belakang. Rhea semakin terkejut bila melihat wajah bengang Eiman di situ.

Tetamu yang tadi nya senyap, kini mula hingar bingar bila melihat adegan romantis tadi sudah bertukar menjadi adegan pergaduhan. 

Eiman menghampiri Ashraf yang masih terduduk di situ sambil mengesat hujung bibir nya yang berdarah. Kolar baju lelaki itu di cengkam kemas. Dia memanah tajam ke mata Ashraf bersama pandangan yang penuh amaran.

"How dare you want to touch her!! You bastard!!! Stay A W A Y from her! Dan kau jangan nak terus-terusan mencabar aku Ashraf!!! Aku dah bagi amaran pada kau sebelum ni! You will never be able to have her! She's MINE! ONLY MINE!" Tubuh Ashraf di tolak kasar sebelum dia bangkit berdiri dan berpaling menghadap Rhea.

Seketika, telinga nya dapat menangkap gelak halus yang terluah dari bibir Ashraf. Eiman ketap rahang.

"Aku bukan jenis yang nak mengalah secepat itu Eiman. Selagi Rhea belum menjadi milik sesiapa, selagi itu akan berusaha untuk memiliki dia" Ashraf masih tertawa kecil di situ. Sengaja hendak membakar hati Eiman yang memang tengah panas sekarang ini.

Eiman berpaling dan meluru semula ke arah Ashraf dan melayangkan penumbuk sekali lagi ke muka lelaki itu. Kali ketiga dia mahu menghayun penumbuk, tangan nya di cengkam kemas oleh Ashraf.

Ashraf sungging senyum sinis. Dia meludah kasar ke tepi kerana dalam mulut nya sudah bercampur dengan darah. Sungguh memalukan apa yang terjadi dengan dia hari ini. Satu Malaysia melihat. Eiman benar-benar telah menjatuhkan air muka nya hari ini. 

"Kalau kau anak jantan, jumpa aku dekat gelanggang malam ni!" Ashraf mencabar. Mencerlung mata nya memandang ke arah Eiman sekarang. Dada nya berombak kencang, menahan amarah yang sudah sampai ke tahap kemuncak saat ini. Namun dia masih memikirkan keadaan sekarang yang sangat tidak sesuai untuk dia bertindak kerana dia harus menjaga reputasi dan populariti nya.

Dia tidak mahu kejadian sekarang akan merosakkan nama dan kerjaya nya kelak hanya kerana hendak melayan tindakan tidak matang lelaki yang berada di hadapan nya sekarang ini. Dia kena bijak mengawal keadaan dan emosinya. Lelaki ini benar-benar telah mengusik sifat hitam yang sudah lama dia simpan dalam diri nya selama ini. 

Dia tidak akan sesekali mengalah untuk dapat kan Rhea. Rhea adalah miliknya, dan akan tetap menjadi milik nya. 

"Fine! Aku sahut cabaran kau! Jumpa kau malam nanti!" Eiman bingkas berdiri. Sesungguh nya dia sudah tidak mampu hendak mengawal diri lagi saat ini. Sebelum dia menjadi pembunuh, baik saja dia blah dulu dari sini. Sudah tidak di pedulikan lagi ribuan mata yang memandang ke arah mereka sekarang ini. 

Eiman berpaling. Wajah terkejut Rhea di pandang sebelum dia mencapai pergelangan tangan Rhea dan di genggam kemas sebelum dia terus menarik Rhea pergi dari situ. Sempat dia mencapai iphone Rhea yang masih tersadai bersama tripod di bawah pentas sebelum dia menamatkan siaran langsung di akaun instagram Rhea.

"Abang Eiman nak bawa Rhea pergi mana ni? Abang Eiman! Rhea masih kerja lagi ni!" Terhuyung hayang Rhea mengikut langkah Eiman yang agak laju sekarang ini.

"Shut up Rhea!" Keras suara Eiman ketika ini. Dia sudah tidak boleh hendak berkompromi lagi sekarang ini. Dia benar-benar bengang dan marah sekarang.

Mujurlah dia sampai cepat tadi. Kalau tidak ,apa yang si Ashraf tu cuba nak buat pada Rhea tadi? Berani dia hendak mencium Rhea di khalayak ramai macam ni? Dia fikir dia tu model terkenal, dia boleh berbuat sesukahati macam tu? 

"Abang Eiman! Lepas lah tangan Rhea! Rhea boleh jalan sendiri" Rhea cuba menarik pergelangan tangan nya namun tidak berjaya. Eiman langsung tidak melepaskan. Dan dia terus terpaksa mengikuti langkah Eiman sehingga mereka keluar dari kawasan ballroom.

Tangan Rhea terus di tarik sebelum dia membawa Rhea ke kawasan yang sedikit sunyi sebelum tubuh Rhea terus di tekan kuat ke dinding. Tubuh Rhea di kepung di situ. Rhea yang terhenyak dengan kelakuan Eiman, terbuntang mata dan terkejut.

Turun naik nafas Eiman sekarang. Hanya riak tegang yang terpamer di wajah nya. Pergelangan tangan Rhea masih di cengkam kemas. Dia memanah tepat ke dasar mata Rhea yang penuh dengan tanda tanya itu.

"Ab...abang Eiman ke..kenapa ni?" Soal Rhea sedikit gugup. Dia telan liur yang terasa kesat di kerongkong. 

Kecut perut nya melihat wajah Eiman sekarang. Tak pernah dia tengok riak wajah Eiman yang sebegini tegang seperti sekarang ini. Terasa nafas hangat lelaki itu menampar kasar ke kulit wajah nya.

"Kahwin dengan abang"

"Hah!!!?" Serentak itu Rhea menjerit akibat terkejut. 

Kenapa hari ini asyik hal kahwin je yang menganggu hidup dia ni. Tadi Ashraf, sekarang abang Eiman pulak? Naik pening kepala nya sekarang. Boleh tak kalau dia nak menghilangkan diri dari sini? Tapi bagaimana? Dia bukan nya ada magic.

"Ta..tapi..."

"Abang tak akan bagi Rhea untuk membuat apa-apa pilihan! Suka atau tak, Rhea tetap kena kahwin dengan abang" Eiman berkeras. Wajah Rhea di tentang penuh amaran.

Lantas Iphone di dalam poket seluar di keluarkan sebelum dia membuat panggilan video serta merta di situ. Tangan kiri nya masih mengenggam kemas pergelangan tangan Rhea yang berada di hadapan nya. 

Haq dan Puspa yang sedang duduk santai-santai di gazebo laman rumah, mengerling sekilas ke arah iphone Haq yang tiba-tiba berkelip-kelip. 

"Eiman tu abang" Tegur Puspa bila melihat panggilan video dari anak nya itu.

Haq kerut dahi. Kenapa tiba-tiba budak ni buat panggilan video ni. Jarinya terus saja menekan butang menjawab panggilan video itu. Haq kerut dahi bila melihat wajah Eiman yang terlayar di situ. Kenapa nampak tegang saja wajah anak nya sekarang ini. Tak sempat dia nak bercakap, dia terkejut mendengar suara Eiman di situ yang terus menerjah dengan agak kuat.

"Daddyy!! Ibuuu!!! Tolong pinangkan Rhea untuk Eiman sekarang jugak!"

Tersentak dan terkejut Haq mendengar jeritan Eiman. 

"Hah!?? Sekarang!!???" Soal nya lagi. Takut sedang bermimpi.

"Ye daddy, sekarang! Tak nak terlambat 1 saat pun. Pastikan uncle terima nanti. Kalau uncle tak terima, daddy tolong ugut dia nanti!" Sambung Eiman lagi sebelum dia menamatkan panggilan video itu. Rhea di kerling sekilas sebelum dia ukir senyum sinis di situ.

Haq dan Puspa terus berpandangan sesama sendiri di situ sebelum mereka mengurut dada perlahan-lahan. Nasib baik lah tiada penyakit jantung.

Memang sebegini daring ke budak-budak zaman sekarang ni?

*

*

Bersambung

My Sweetheart (Complete)Where stories live. Discover now