Bab 57

1.4K 112 8
                                    

"ASTAGHFIRULLAH astaghfirullah, Ya Allah Ya Tuhanku. Allahhh." Terus terduduk Nek Timah mendengarkan setiap bait bicara yang keluar daripada bibir doktor itu.

Cucunya dirogol oleh menantunya sendiri?

Allahuakhbar...

Dada kiri yang terasa mencucuk dipegang erat dengan dahi yang berkerut. Ya Allah, dia tidak kuat menerima khabar ini.

Ya Allah, cucu aku.

"Nekkkk, nekkkk jangan macam ni nek. Doktor tolong nenek saya, doktor." Terus Mustaqim meriba neneknya yang sudah bernafas laju itu. Tangannya menggengam erat tangan tua itu.

"Nek, jangan tutup mata. Mus ada di sini, nek." Pipi itu ditepuk bagi menyedarkan neneknya ketika itu.

Hati berdebar hebat saat Nek Timah disorong masuk ke dalam wad kecemasan. Terasa lemah lutut Mustaqim ketika itu.

Terus dia bertinggung di tepi ruang menunggu. Tangan dibawa ke muka dan ditekup lama. Air mata mula mengalir ke pipi tanpa ada sesiapa pun yang perasan keadaan itu.

"Mus." Terasa bahunya disentuh perlahan. Dia tahu siapa gerangan itu.

"Mus," Panggil Absyar sekali lagi sebelum menarik lelaki itu untuk bangun dan duduk di atas kerusi yang disediakan.

Terus Absyar terlihat wajah itu sudah basah dengan air mata. Buat pertama kali sejak mengenali Mustaqim yang ceria, lelaki itu kelihatan hancur seperti ini.

"Jangan perhati aku macam ni, malulah aku." Jemari Mustaqim laju mengesat pipi yang banjir dengan air matanya sendiri. Badan disandarkan pada kerusi dan kepalanya direhatkan pada dinding hospital.

"Buat apa nak malu? Normal seorang manusia menangis dalam keadaan macam ni, kau bukannya robot Mus. Kau manusia yang Allah cipta dengan bermacam perasaan." Kata Absyar sebelum dia pun turut bersandar, sama seperti Mustaqim.

Hospital itu sunyi. Jam sudah menunjukkan pukul 2.00 pagi dan mereka masih berkampung di sini.

"Apa akan jadi pada keluarga aku, Cad. Mama dan baba kena tangkap. Nenek dalam red zone. Zinnirah kena ro-" Liur sendiri ditelan mahupun terasa kelat. Diri itu sekali lagi dihurung rasa sebak yang menggila.

"-aku tak sangka, mama aku boleh butakan mata dengan apa yang baba aku buat pada Zinnirah, Cad. Bukan sekali, tapi banyak kali dia tanggung dan pendam hal ni sendirian. Dia kena dera, Cad. Dia... Dia kena rogol dengan baba sendiri. Cad...macam mana aku nak tenangkan dia kalau dia bangun nanti sedangkan aku pun hancur, Cad?" Sekali lagi air mata jantannya meleleh jatuh ke pipinya. Rasa malu sudah terhapus, dia hanya meluahkan rasa sedihnya ketika ini.

Absyar hanya diam dan cuba berlagak tenang walaupun setiap kali mengingati kejadian di rumah temannya itu, darahnya menggelegak hebat. Keadaan Zinnirah yang nyawa-nyawa ikan tadi benar-benar bagai mahu merenggut nyawanya keluar daripada tubuh badannya sendiri.

Darah yang keluar daripada kepala gadis yang selama ini dia kagumi dari jauh...benar-benar menghancurkan hatinya. Dalam hati, dia hanya mampu berharap dan berdoa agar gadis itu mampu bertahan hidup. Hanya itu yang dia pinta.

"Mus..."

"Hm."

"Kau dah buat keputusan yang terbaik sebagai seorang abang, sebagai seorang cucu dan sebagai seorang anak. Walau apa pun yang terjadi, jangan salahkan diri sendiri."

Terus lelaki itu berpaling menghadap Absyar yang masih beriak tenang.

"Kenapa?" Dahi itu berkerut.

"Untuk menerima takdir itu susah. Untuk menyalahkan diri sendiri itu sangat mudah, Mus. Namun, ia datang dengan pakej yang bakal menghancurkan hidup kita sedikit demi sedikit. Jadi, tolong dengar cakap aku. Redha itu perit namun di belakangnya ada kemanisan yang mungkin mengambil masa yang lama untuk kita rasainya." Absyar terus menepuk berkali-kali bahu Mustaqim yang jatuh itu.

SEMI;KOLON [✔]Where stories live. Discover now