Bab 39

1.3K 127 27
                                    

"MUS tak balik minggu pertama cuti semester tau. Mus nak pergi bercuti dengan kawan Mus." Kata Mustaqim sambil memasukkan pakaiannya ke dalam beg pakaiannya.

Pakaian yang lain sudah dimasukkan ke dalam luggage dan barangan kolej yang lain sudah diasingkan. Barangan itu akan diletakkan di rumah sewa seniornya yang mengambil upah penyimpanan barang bagi pelajar kolej.

Jadi untuk tidak memenatkan diri, Mustaqim menggunakan servis itu walaupun agak sedikit mahal. Tak apa, janji servis itu memudahkan hidupnya yang bakal menyambung ijazah sarjana mudanya pada sem hadapan kerana masa asasinya sudah tamat.

Tangan yang melipat pakaian itu terhenti apabila mendengar rengekan Zinnirah.

"Kenapa ni, Ji? Mana boleh ikut, semuanya lelaki lah. Awak tu perempuan." Larang Mustaqim apabila gadis itu meyuarakan cadangan untuk membawa dirinya sekali.

Absyar yang seronok bermain telefon terus mengalihkan pandangan kepada Mustaqim yang sudah berkerut dahinya.

Apa sudah jadi pada gadis itu ya? Terdetik hatinya apabila teringatkan rahsia yang diketahuinya secara tidak sengaja.

"Ji...janganlah macam ni. Macam mana Mus nak bagitahu kawan Mus kalau macam ni." Mustaqim terus memandang wajah Absyar dengan pandangan yang sukar ditafsirkan.

Absyar terus menjongketkan keningnya apabila dipandang sebegitu rupa.

"Boleh tak, nanti Mus telefon? Biar Mus bincang dengan kawan Mus dulu." Putus Mustaqim apabila gadis itu tidak henti-henti memujuknya.

Panggilan dimatikan sebelum kepalanya digaru. Keluhan panjang dihela.

"Kau kenapa Mus?" Tanya Absyar apabila melihat wajah kusut itu.

"Adik aku Acad, dia nak ikut trip kita ke Pulau Perhentian nanti." Kata Mustaqim sambil memandang sayu wajah Absyar yang tua dua tahun daripadanya.

Lelaki itu rakan sekelasnya walaupun mempunyai umur yang berbeza dek kerana dia lambat sambung belajar.

"Jadi? Bawa je lah dia sekali. Tak ada masalah pun." Absyar memberi jawapan mudah.

"Adik aku perempuan, Cad. Bukan lelaki."

"Aku tahu adik kau perempuan, Mus. Tapi apa salahnya kalau dia ikut? Lagipun kita pergi 9 orang saja, cukuplah dia lagi seorang untuk penuhkan kereta kita ke sana nanti." Jawab Absyar tenang.

"Tapi nanti tempat tidur?"

"Kita book single bedroom lah untuk dia, kau ni apa akal pendek sangat." Terus tergelak kecil mendengarkan soalan Mustaqim.

"Tapi nanti aktiviti kita macam mana? Tak terganggu ke?" Soal Mustaqim sekali lagi.

"Tadi adik kau cakap nak ikut kita sebab apa?" Soalan dibalas soalan.

"Dia cakap, dia nak tenangkan diri. Nak lari jauh daripada masalah."

"So, that's the main point. Dia hanya mahukan ketenangan, bukan mahu menganggu aktiviti yang dah kita rancang. Jadi, relaks okay. She will not disturb our holiday, just let her enjoy by her own bila dah sampai di sana nanti." Kata Absyar sebelum menepuk bahu lelaki itu.

"Kau call dia cepat, bagitahu dia boleh ikut kita." Arah Absyar apabila melihat Mustaqim yang masih mengelamun.

"Tapi...macam mana dengan member kita yang lain? Mereka akan setuju ke?"

"Jangan difikirkan hal itu, aku akan selesaikannya. Sekarang, kau call Zinnirah. Maklumkan pada dia dan lepas tu kau terus book bilik untuk dia, okay?"

SEMI;KOLON [✔]Where stories live. Discover now