Bab 3

1.6K 154 4
                                    

PERUT yang berkeriuk menyebabkan Zinnirah terpaksa membuka mata. Jam dimeja dijenguk dengan mata yang belum terbuka sepenuhnya.

3.47 pagi.

Lapar.

Getah rambut ditepi jam berwarna kuning itu dicapai sebelum Zinnirah menocangkan rambutnya dalam keadaan duduk.

Dengan langkah perlahan, dia bergerak keluar dari bilik dan menuju ke dapur yang gelap. Suis lampu dipetik, sup dipanaskan. Air milo panas dibancuh sebelum dia teringatkan sesuatu.

Aku lupa basuh muka. Aduh, Zinnirah!

Pantas, dia terus mencuci muka dan menggosok gigi. Sebaik saja dia membuka pintu bilik air, jantungnya terasa mahu tercabut.

"Mama!" jeritan kecil terkeluar dari bibirnya.

"Mus, terkejutlah!" terus laju tangan Zinnirah naik memukul lengan Mustaqim yang masih mamai.

"Aduh, sakitlah. Mus tak buat apa-apa pun." balas Mustaqim perlahan sambil menenyeh mata yang susah betul mahu terbuka. Dia hanya bangun untuk melepaskan hajat, tapi tak sangka pula akan mendapat pukulan padu di pagi hari.

"Tak buat apa? Mus berdiri macam pocong depan toilet ni buat jantung Ji macam nak melompat keluar tahu tak." 

"Diam kejap, Mus nak terkencing." Zinnirah ditolak ke tepi sebelum pintu ditutup rapat. Gadis itu hanya mendengus kecil dan terus menapak ke arah supnya yang sudah menggelegak di atas dapur gas.

Segala kelengkapan bihun sup dimasukkan ke dalam mangkuk dan dengan lafaz basmallah, Zinnirah menjamu selera pada jam 4.00 pagi. 

Ya Allah sedapnya, Zinnirah dah boleh kahwin!

"Mus nak makan juga, tolong buatkan Ji." Mustaqim yang tiba-tiba duduk berhadapan Zinnirah terus menayangkan sengihnya. Kalau nak minta tolong, memang sampai ke telinga senyumannya itu. 

"Semua bahan dah cukup lengkap, Mus. Mus cuma perlukan kerajinan untuk bangun dan buat sendiri ya." Kata Zinnirah sebelum meneruskan aktiviti makan yang terbantut dek Mustaqim sebentar tadi.

"Mus bukannya tak rajin tapi kalau Ji yang buat, bihun sup tu jadi dua kali ganda lebih sedap." Sengih.

"Kaki bodek."

"Alaaa, tolonglah buatkan untuk Mus kejap. Besar pahala tolong orang dalam kelaparan ni." Wajah cuba dicomelkan. Lengan Zinnirah digoyang dengan penuh syahdu.

"Ish ya lah, tunggu kejap. Fizikal sihat elok tapi pemalas memang tak boleh buat apa kalau macam ni." Bebelan mula keluar daripada bibir mungil itu. Mustaqim hanya mampu memekakkan telinganya lalu air Milo Zinnirah dihirup. 

Seteguk. 

Dua teguk. 

Habis.

"Nah, hati-hati kuah panas tu." Mangkuk yang diletakkan dihadapannya membawa sinar pada mata Mustaqim.

"Mus ni tak makan ke malam tadi? Kenapa lapar semacam je?" Tanya Zinnirah setelah melihat lelaki itu tidak memanggungkan kepala daripada mangkuk bihun sup itu.

"Mus makan sikit je, tak ada selera sebab Ji tak makan sekali." 

"Eh gediklah Mus ni."

"Betullah, Mus memang makan sikit je malam tadi." Zinnirah dihadapannya dijeling tajam. Dah cakap benda betul tak nak percaya pula.

Zinnirah tergelak kecil sebelum mengambil gelas Milonya diambil. Habis licin. Ni memang kerja Mustaqim, aku baru minum dua teguk!

"Mus, kenapa habiskan Milo Ji!"

"Sorry." Lagi sekali dia tersengih.

Zinnirah hanya mengeluh perlahan. Dah masak dengan perangai Mustaqim.

"Ji, semalam Mus dah bincang dengan mama baba tentang plan Ji tu and they said okay. Jadi, kita dah boleh proceed dengan rancangan tu. Tapi, apa-apa pun nanti Ji maklumkan mereka semula." 

Mustaqim tahu, dia seperti dah overstep Zinnirah. Tapi niatnya hanya satu, dia nak bantu satu-satunya adik perempuan di rumah itu.

"Terima kasih Mus sebab bantu Ji. Apalah yang akan jadi pada Ji kalau Mus tak ada, kan?" Zinnirah benar-benar ikhlas mengatakan perasaannya pada ketika itu.

"Tak ada apalah Ji, benda easy-peasy je. Don't thank me."

Zinnirah tersenyum kecil sebelum bangun menuju ke sinki. Mangkuk ni perlu dicuci segera, kang melekat segala lemak beku memang jenuh dia menonyohnya.

"Ji, nak tambah."

"Bangunlah tambah sendiri!" Zinnirah mula berasa geram dengan perangai manja Mustaqim.

"Tak nak, kalau Ji yang tambahkan, makanan ni jadi lagi sedap." Sengih.

Nak saja Zinnirah hempuk kepala Mustaqim menggunakan mangkuk yang dipegangnya sekarang. Ya Allah, kurniakan kesabaran yang tinggi kepada Zinnirah.

"Nah, ni last dah eh. Kalau minta lagi, Ji curah terus sup tu ke badan Mus."

"Ikhlas ke tak tolong ni?"

"Jangan soal keihklasan Ji." Ucapnya sebelum menjelirkan lidah pada Mustaqim. Amboi, suka nampak?

Mustaqim hanya berdecit kecil.

"Ji, baba ajak bercuti ke Langkawi minggu depan."

"Seriuslah Mus?" Tanya Zinnirah dengan nada yang tinggi sebelum lengan gadis itu ditampar Mustaqim. Suaranya itu mampu mengejutkan mama dan babanya yang sedang tidur ketika itu.

"Betul lagi benar wahai adindaku. Lagipun, abang balik minggu depan." Tambah Mustaqim.

"Abang balik? Yeay, Ji rindu sangat dia. Jadi percutian ni dah macam our first family trip lah kan?" Zinnirah bertanya dengan perasaan teruja. Dia sangat excited, selama 15 tahun dia tak pernah pergi bercuti di mana-mana. Hatinya meronta-ronta kegembiraan.

"Ya Ji."

"Ji excited sangat ni Mus! Ji tak sabar nak borong coklat kat sana. Ji nak mandi laut pastu Ji pergi muzium 3D tu Mus. Kawan sekelas Ji selalu cakap Langkawi best, excitednya Mus." Lengan Mustaqim digoyangkan kerana dia tak mampu menutup langsung perasaan terujanya itu.

"Boleh Ji, nanti Ji buatlah semua aktiviti di sana. Sedut terus segala air laut di sana. Bolehlah nanti buat kenang-kenangan." Kata Mustaqim lalu tergelak kecil melihat wajah cemberut gadis itu.

"Malaslah cakap dengan Mustaqim. Dahla Ji nak tidur, basuhlah sendiri mangkuk tu ya. Bye!"

"Ji, temanlah!"

"Tak nak!"

Pintu bilik ditutup rapat, badan dibaringkan di atas tilam nipis yang masih empuk itu. Bibirnya tidak henti tersenyum.

Tak sabarnya nak pergi Langkawi.

Mindanya mula merangka segala aktiviti yang dia mahu lakukan di sana.

Arh, excitednya!









Maaf lambat update.

SEMI;KOLON [✔]Where stories live. Discover now