Bab 25

1.2K 122 8
                                    

"MUS, esok kerja tak?" Tanya Zinnirah apabila lelaki itu seronok bersila panggung di hadapan televisyen Nek Timah. Sudah sebulan mereka tamat peperiksaan SPM dan kini telah masuk 2 bulan Zinnirah tinggal bersama neneknya.

Mustaqim hanya ikut suka dia mahu melepak di sini atau di rumah baba dek kerana jarak rumah yang terlalu dekat.

Mungkin ada yang mengatakan Zinnirah seperti tiada otak. Melarikan diri daripada ibu dan ayah ke rumah nenek yang jaraknya hanya dua tiga langkah.

Tapi adakah mereka tahu, buat pertama kalinya dia merasa aman dan tenang di samping nenek? Wanita tua itu memberi layanan yang dia tagih sejak kecil iaitu kasih sayang. Dia tidak kisah apa pun yang bakal berlaku, yang dia tahu Nek Timah akan sentiasa ada dengannya.

"Kenapa tanya?" Mustaqim menyoal tanpa mengalihkan pandangannya pada skrin televisyen.

"Nak pinjam motor, nak pergi hospital."

Terus Mustaqim bangun dari perbaringannya. Wajah selenger Zinnirah diperhati seketika.

"Appointment?"

"Haah."

"Nak pergi sorang?"

"Ya."

"Amboi, baru dapat lesen dah nak merempit jauh sampai ke hospital. Tak boleh, esok Mus nak ikut." Kata Mustaqim dengan penuh perasaan.

"Aduh, tak kerja ke esok?"

"Mus ambil cuti."

"Sibuklah mamat ni." Zinnirah berdecit perlahan. Baru nak acah-acah healing seorang diri sambil merempit.

"Hey, sibuk tak sibuk. Awak tu bukannya sihat sangat, asyik on off demam ja. Dahlah badan panas macam baru kena sangai." Balas Mustaqim sambil mengepik kepala Zinnirah dibawah ketiaknya.

Abang-abang memang selalu buat macam ni eh? Geram betul!

"Mustaqim! Janganlah kepit kepala Ji!" Lengan lelaki itu ditampar berkali-kali sebagai cara untuk melepaskan diri.

Masih tidak jalan.

Dia mencubit kuat pinggang Mustaqim sehingga terjerit kuat lelaki itu. Pinggang terus digosok laju dan kepala Zinnirah dilepaskan.

Sakitnya, hanya Tuhan yang tahu. Berkerut dahi itu menahan sakit.

"Padan muka, dah suruh lepas tapi degil. Jadi, itu makan dia wahai Mustaqim." Zinnirah menjelir lidah sebelum terhambur ketawa besarnya melihat riak muka yang berkerut hebat.

Kena sikit ja, acah lebih.

"Sakit kau tahu tak, tengok ni ha dah lebam!" Peha Zinnirah ditampar perlahan sebelum menunjukkan pinggangnya yang sudah membiru kerana penangan Zinnirah.

"Maaf Mus, lain kali jangan cari pasal." Selamba dia berkata sebelum menghilangkan diri ke dalam bilik. Selepas beberapa saat, Zinnirah muncul dengan sebotol minyak gamat di tangannya.

"Nah, sapu."

"Tolong..." Suara dimanjakan sebelum Mustaqim kembali berbaring dan menghadapkan pinggangnya ke arah Zinnirah.

"Sapulah sendiri Mustaqim, dah 18 tahun kan?"

"Belum cukup 18 tahun, tolonglah sapu." Rengeknya buat sekali lagi.

"Ishlah dia ni." Zinnirah mengalah. Dia mengambil duduk di sebelah Mustaqim lalu membuka penutup botol minyak gamat. Dituang sedikit ke hujung jari sebelum disapu ke lebam yang berbekas di pinggang Mustaqim.

"Sikit ja lebamnya, tapi manja macam anak panda." Bebel Zinnirah. Mustaqim hanya membuat muka.

"Sikit benda kalau dah sampai biru pinggang Mus." Balasnya geram.

"Mus tahu tak, Ji ni kalau tak buat apa-apa pun lengan tiba-tiba ja muncul lebam. Ji—"

"Okay, okay I'm lost." Potong Mustaqim laju apabila Zinnirah mula membuka cerita tentang sakitnya. Dia tak sanggup nak dengar.

"You will never win Mr. Mustaqim." Bahagian lebam Mustaqim ditekan kuat oleh Zinnirah demi membalas kegeraman yang dia rasa.

"Adoi, sakitlah jebon!" Jerit Mustaqim kuat sebelum menarik rambut Zinnirah.

"Argh, nenekkkk! Mus buli Ji ni, nek!" Kini giliran suara Zinnirah pula memetir ke seluruh rumah itu.

"Ji pukul Mus, nek!" Mustaqim turut mengacum pada Nek Timah yang tidak tahu di mana duduknya.

"Lepaskan rambut Ji!"

"Lepaskan dulu jari Ji daripada lebam Mus!"

"Astaghfirullahaladzim! Mustaqim! Zinnirah! Kamu berdua berhenti sekarang sebelum aku baling besen ni ke kamu berdua!" Nek Timah yang baru saja selesai mengutip telur itik di reban tidak mampu menahan sabar melihat telatah dua beradik itu.

Apa masalah pula kali ini?

Masing-masing ego, tiada siapa pun yang beralah. Biar sakit daripada tercalar ego masing-masing.

"Kamu berdua nak berhenti ke nak mandi telur itik sekarang ni?" Telur di dalam besen dipegang dan diangkat gaya untuk dilontarkan kepada dua makhluk degil itu. Mata tua itu terpaksa dijegilkan.

Akhirnya, masing-masing beralah. Biar lentur ego daripada mandi telur itik.

"Ha boleh pun, saja nak naikkan darah aku. Hantuk kepala tu baru tahu." Bebel Nek Timah sebelum turun ke dapur. Malas mahu melayan dua orang itu.

"Ni semua Mus punya pasal." Kata Zinnirah sebelum menjeling tajam abangnya.

"Tch, apahal Mus pula?"

"Mus yang mula dulu!"

"Ji yang dera Mus dulu!"

"Oi orang kat atas, sebelum aku pelengkung kamu berdua baik kamu diam. Dah lama rasanya tangan ni tak naik kat orang." Kuat suara itu melarang mereka yang masih bising bergaduh mulut.

"Okay nek!" Serentak mereka menjawab lalu tergelak kuat.

Tadi gaduh, sekarang gelak.

Apa masalah sebenarnya?

Zinnirah menggelengkan kepala sambil mengusap ubun yang terasa sengal. Kuat juga Mustaqim tarik rambutnya tadi, dasar tak berperikemanusiaan.

"Ji..." Panggil Mustaqim perlahan.

"Apa?" Dahi dikerutkan.

"Ni..." Tangan diangkah separas mata Zinnirah. Rambut gadis itu yang gugur dek tarikannya tadi. Mustaqim menggigit bibir bawahnya.

"Sorry." Sambungnya lagi.

"It's okay, maybe effect ubat. Janganlah rasa bersalah sangat." Zinnirah cuba menenangkan hati lelaki itu yang sudah menunjukkan ciri-ciri gelabah.

"Macam mana tak bersalah, Mus yang tarik sampai segenggam ni ha." Nafas dihela panjang.

Sumpah, selepas ini dia tak akan buat lagi!

"Simpan ja lah, bolehlah Mus buat rambut palsu nanti." Dengan selamba gadis itu berkata.

Mustaqim terus menjegilkan matanya ke arah Zinnirah. Tak pernah nak serius!

"Esok Mus teman Ji pergi hospital lepas tu kita pergi lepak nak?" Topik diubah apabila suasana menjadi sunyi.

"Lepak mana?"

"Rahsia." Tersengih lebar Mustaqim dengan jawapannya.

"Ish, apa benda nak rahsia dengan Ji."

"Suka hatilah!" Mustaqim terus menjelirkan lidah dan berlari ke arah dapur meninggalkan Zinnirah keseorangan di ruang tamu.

Zinnirah hanya mampu membuat muka sebelum rambutnya yang gugur tadi diambil untuk disimpan.

Sebenarnya, itu bukan pertama kali rambutnya gugur. Tapi dia hanya mendiamkan diri.

Tiada apa yang perlu dirisaukan. Hanya itu kata hatinya.

SEMI;KOLON [✔]Where stories live. Discover now