Bab 30 (TW)

1.3K 99 14
                                    

TW: self harm (not so)

KELIBAT Zinnirah yang termenung sambil memeluk lutut di tepi tingkap bilik itu mendapat perhatian Mustaqim. Pintu yang terbuka sedikit diketuk namun tiada reaksi balas daripada Zinnirah.

Kening terus terjungkit sebagai tindak balas sebelum Mustaqim masuk dan duduk bersebelahan gadis itu.

"Jauh mengelamun." Tegur Mustaqim apabila kehadirannya di situ masih tidak disedari adiknya.

"Sorry. Ada apa?" Zinnirah yang sedar daripada lamunannya terus mengalihkan pandangannya ke arah Mustaqim. Lelaki itu tersengih, cuba untuk menceriakan wajah muram itu.

"Tak ada apa, saja kacau Ji. Asyik pandang langit hitam tu macam nak tembus lapisan ozon." Seloroh Mustaqim lagi.

"Saja pandang langit malam. Walaupun gelap tetap ada bulan dan bintang setia menemani. Untungnya si langit ada sahabat setia." Mata itu kembali menghadap langit malam yang bertaburan bintang. Mustaqim turut mengikut jejak mata itu sebelum dia mempersetujui kata adiknya.

"Ini stargazing versi bajet ke, Ji?" Polos suara itu memasuki koklea telinga Zinnirah. Terus dia ketawa kecil sebelum menyiku pinggang lelaki itu.

"Bolehlah versi bajet, daripada tak ada langsung." Senyuman kecil mula terukir di bibir yang kering itu. Kesan ubat dan dia tiada kerajinan untuk kerap memakai lip balm.

"Lagi 2 minggu Mus nak pergi, kan?" Suara itu memenuhi suasana yang hening sekian lama. Pandangan dihalakan ke arah Mustaqim yang masih menatap langit.

Sunyi.

Mata mereka bertembung sebelum Mustaqim mengangguk sebagai jawapan kepada adiknya.

"Ji... Ji tak nak fikir balik keputusan Ji?"

"Keputusan apa? Tolak tawaran universiti?" Soalan dibalas dengan soalan, Zinnirah berwajah toya. Cuba berlagak biasa.

"Ya, ini tentang masa depan. Sekali lagi Mus tanya, Ji betul-betul serius dengan kata-kata Ji?"

"Ji serius."

"Tiada penyesalan?"

Jeda.

Zinnirah termenung mendengarkan soalan Mustaqim. Bijak dia provoke adiknya.

"Tipu kalau Ji cakap, Ji tak menyesal. Tapi, ini pilihan Ji. Antara kita berdua, seorang kena beralah. Mama dan baba tak mampu nak tampung pembelajaran kita berdua." Alasan itu menusuk masuk ke telinga lelaki itu.

"Ji, kita boleh buat pinjaman. Kita boleh cuba cari biasiswa. Mama dan baba mungkin tak mampu tapi itu bukan penghalang untuk Ji tolak tawaran universiti." Tangan adiknya digenggam, cuba memujuk hati yang keras itu.

"Cakap memang senang, Mus. Ji dengar sendiri apa yang mama dan baba cakap, sakit. Jadi, Mus ambil peluang ni dan capai impian Mus. Ji nak Mus jadi doktor yang berjaya. Jadilah doktor yang professional, carilah asbab sakit Ji ni, Mus." Senyuman kecil diberikan, cubaan untuk menutup rasa sedih di jiwanya.

"Jangan buat Mus rasa bersalah. Jangan buat Mus rasa macam watak jahat dalam hidup kita, Ji. Takkan Mus sanggup tengok Ji berkorban untuk Mus sedangkan Mus bahagia dapat sambung belajar?" Ralat. Jiwa Mustaqim berkecamuk mendengar jawapan Zinnirah.

Jujur dia katakan, dia turut mendengar apa yang dibualkan oleh mama dan baba demikian hari. Jiwanya turut sakit dengan kata 'anak perempuan akhirnya akan masuk dapur, tak perlu nak hantar Zinnirah tu belajar tinggi. Biar je dia di rumah, tunggu orang masuk meminang. Tak perlu kita nak bela anak malang tu lagi.'

Mustaqim rasa seperti loser, tak mampu berbuat apa untuk mempertahankan adiknya.

"Mus ni... Janganlah cakap macam tu. It's my decision, my choice. Even mama and baba pun tak kata apa, Ji yang pilih jalan ni. Tolong come to your sense dan jangan salahkan diri. It was my choice." Tangannya dalam genggaman Mustaqim terasa ketat. Lelaki itu sedang melawan rasa bersalah dalam jiwanya.

"But still-"

"Okay. Kalau Mus rasa bersalah, janji dengan Ji yang Mus tak akan sia-siakan peluang yang ada. Belajar sungguh-sungguh untuk banggakan Ji. Okay? Janji dengan Ji." Jari kelingking disuakan di hadapan muka Mustaqim.

Zinnirah terus mengaitkan jari kelingkingnya pada jari Mustaqim dengan senyuman lebar di bibir.

Pinky promise.

Muka Mustaqim masih beriak bersalah. Zinnirah hanya tersengih melihat air muka itu. Ya Tuhan, kelakar betul rupa dia.

Zinnirah terus menampar perlahan pipi lelaki itu. Saja, memang niat untuk mengusik.

"Untuk kurangkan lagi rasa bersalah Mus, esok hantar Ji ke sekolah. Esok dah start orientasi pra-universiti. Jangan buat teruk sangat okay, I'm still studying but with school surrounding."

"Tapi form 6 bukan universiti."

"Hello Encik Mustaqim, awak ingat budak STPM semua cokia-cokia ke? Ji janji akan dapatkan result lagi padu daripada Mus nanti." Lidah dijelirkan.

Akhirnya, Mustaqim tergelak kecil jua. Rambut Zinnirah dikusutkan dek kerana geram. Gadis ini, suka bermain dengan jiwanya!

"Sepanjang Mus masih ada di rumah, Mus akan hantar dan ambil Ji." Kata Mustaqim sebelum melajukan usapan di kepala Zinnirah sehingga berserabai rambut itu.

"Mus, aduh! Rosak rambut Ji." Kedua-dua tangannya cuba untuk menghentikan tingkah lelaki itu. Boleh berpusing kepalanya kalau begini gaya.

"Eh, darah!" Jeritan kecil Mustaqim mengejutkan Zinnirah.

Dengan pantas lengan Zinnirah ditarik ke arahnya sebelum kedua-dua belah baju lengan panjang diselak ke atas.

"Apa ni Ji?" Matanya terhenti pada darah yang sudah mengering di lengan gadis itu.

"Sorry, gatal sangat. Ji garu guna gunting." Tersengih gadis itu menjawab persoalan yang bermain di minda lelaki itu.

"Astaghfirullah, bahayalah! Jangan buat macam ni lagi. Kalau terkena mana-mana urat, macam mana?"

"Mati je lah, apa susah."

"What?"

"Gurau ja lah, jangan serius sangat."

"Nyawa dia nak buat main. Lempang kang." Kata Mustaqim sebelum bangun mendekati meja solek gadis itu. Alcohol pad dan ubat sapunya diambil.

"Sini, nak ubatkan."

Keadaan menjadi senyap sunyi dengan tingkah Mustaqim yang khusyuk membersihkan lukanya. Baru saja Zinnirah membuka mulut untuk bersembang, dia sudah didiamkan oleh Mustaqim. Tidak boleh fokus katanya.

"Okay done!"

"Thank you, Mus."

"Lain kali jangan buat macam ni, Ji. Bahaya."

"Ya, baik doktor."

SEMI;KOLON [✔]Unde poveștirile trăiesc. Descoperă acum