"ADIK, kejap. Akak nak tanya sesuatu." Zinnirah terus menegur pelajar perempuan yang berjalan laju melintasi dirinya.
Gadis itu terus mengalihkan pandangan sebelum tersenyum memandang Zinnirah.
"Ya, ada apa kak?" Tanya si dia dengan penuh sopan. Wajah itu tersenyum manis.
Mata Zinnirah terus meleret pada tag nama yang dijahit di atas lencana sekolah itu. Atiya Badrina.
"Oh sebelum tu, akak Zinnirah. Awak boleh panggil akak, Kak Ji. Boleh akak tahu awak tingkatan berapa?" Zinnirah cuba beramah mesra dengan pelajar itu.
"Okay Kak Ji, saya Atiya. Boleh panggil Ati je dan saya baru tingkatan 3. Kalau akak tak perkenalkan diri pun, saya dah kenal akak sebenarnya." Tersengih Atiya menjawab persoalan Zinnirah. Dia kelihatan gembira seperti tiada masalah.
"Ati kenal akak? How come?" Terus Zinnirah menyoal Atiya. Hatinya berdegup lagi. Janganlah kantoi sebelum dia melaksanakan plan yang bermain dalam minda.
"Akak top student, mestilah semua orang kenal akak. Saya adore akak sangat-sangat. Bila akak tegur saya tadi, saya happy sangat-sangat." Jawab Atiya, panjang. Bibir itu tidak lekang dengan senyuman.
Zinnirah terus menghela nafas lega. Nafas yang bagai tersangkut dikerongkong tadi bagai hilang apabila mendengarkan jawapan Atiya.
"Oh, janganlah macam tu Ati. Akak tak pandai pun lah. Rezeki Allah nak bagi ja tu." Tergelak kecil dia menjawab pujian Atiya. Malu lah!
"Merendah diri pula akak ni."
"Betul lah apa akak cakap, awak jangan macam-macam eh?"
Terhambur gelak tawa dua gerangan itu di tengah-tengah susur gajah sekolah itu. Entah kenapa, Zinnirah berasa selesa dan mudah untuk rapat dengan gadis itu.
"Okaylah akak, saya nak masuk kelas dulu. Tapi sebelum tu, boleh ke saya nak nombor telefon akak?" Sengih.
"Boleh ja, meh sini tapak tangan."
Atiya dengan pantas menghulurkan lengan tangannya ke arah Zinnirah. Zinnirah yang sentiasa membawa pen ke mana-mana terus menulis nombor telefonnya pada telapak tangan gadis itu.
"Okay, dah."
"Terima kasih, akak!"
"Sama-sama, bye." Tersenyum kecil Zinnirah apabila melihat gelagat Atiya yang agak cemerkap itu. Hampir saja dia terlanggar tiang itu apabila berpusing. Zinnirah hanya memerhati sambil menggelengkan kepalanya.
Dengan hati yang terasa sedikit ringan, dia mendaki tangga sekolah untuk ke kelasnya.
Perihal tadi, dia amat berterima kasih kepada Atiya atas respons yang sangat baik. Terima kasih Atiya.
Atiya Badrina binti Alwie, nama itu akan kekal dalam mindanya kerana gadis itu merupakan anak baba dan adik kandungnya.
Selepas hampir beberapa hari dia menjalankan aktiviti penyiasatan versi bajet, akhirnya dia mendapatkan jawapan. Jawapan yang babanya itu curang dan mempunyai keluarga baru selain daripada mereka 3 beradik.
Jujur, hatinya luluh. Jiwanya rabak dan bertambah sakit apabila dia mengetahui bahawa baba berkahwin dengan orang yang dia curang ketika mama mengandungkan dirinya.
Perpisahan yang dikatakan oleh Nek Timah itu cuma seketika.
Apa-apa pun, dia perlu merahsiakan perihal ini daripada pengetahuan keluargnya terutama mama. Dia perlu siasat hal ini dengan lebih mendalam.
Nafas berat dihela.
Adakah semua ini berpunca disebabkan kewujudannya ke dunia?
Allah Tuhan, janganlah Engkau kucar-kacirkan keluargaku.
YOU ARE READING
SEMI;KOLON [✔]
General Fiction2023. Zinnirah, gadis yang penuh dugaan dan ujian dalam hidupnya, tak seperti abang kembarnya, Mustaqim yang agak bahagia berbanding dirinya. "Apa hadiah birthday yang Ji nak untuk tahun ni?" - Mustaqim "A forehead kiss from baba and a warm hug fro...