Bab 26

1.2K 117 13
                                    

"AWAK makan tak ubat yang saya kasi?" Soal Dr. Liza setelah melakukan beberapa pemeriksaan ke atas diri Zinnirah.

"Makan." Pendek dia menjawab sambil memandang wajah doktor itu.

"Betul ni?" Soal Dr. Liza sekali lagi. Zinnirah mengangguk dengan wajah yang tidak dapat digambarkan. Dah kenapa pula dirinya disoal sebegini?

Jeda.

Keadaan menjadi senyap. Zinnirah diam dan doktor wanita itu turut mengunci mulutnya sambil jemari itu laju menaip di atas papan kekunci.

Seraya itu, Zinnirah menyandarkan badannya pada kerusi sebelum mata itu melilau memandang bilik Dr. Liza yang telah beberapa kali dia masuk asbab penyakit ini.

Hospital dan bilik Dr. Liza seperti rumah kedua dalam hidupnya. Mahu katakan sudah lali, memang tidaklah. Satu tahun menghidap SLE itu sudah mencabar, dia tidak tahu apa takdirnya bagi tahun-tahun yang bakal mendatang.

"Radang awak tengah aktif sekarang ni, Zinnirah. Kalau awak perasan, badan awak sekarang ni sentiasa panas, kan?" Jemari dihentikan daripada terus mengetik papan kekunci. Matanya difokuskan kepada Zinnirah yang semakin comel kerana kesan ubat steroid.

"Teruk ke doktor?" Tanya Zinnirah dengan mata bundarnya yang terkelip-kelip menantikan jawapan.

"Akan jadi teruk kalau awak tak kawal diri awak. Bahaya tau, jadi you should listen to what I have said before. Awak ni puteri lilin, awak tak sepatutnya terlalu berlamaan di bawah cahaya matahari dan ya, awak perlu tengok pemakanan awak. Elakkan daripada makan makanan yang saya dah senaraikan dulu dan perbanyakkan pengambilan kalsium ya sebab saya akan naikkan sedikit dos steroid awak." Terang Dr. Liza.

"Oh."

"Saya akan sertakan krim pada awak juga. Look at your hands and legs, habis luka sebab awak garu sekuat hati. Jadi, lepas ni sapu krim ni ya? Kalau gatal, tahan sikit ja, okay?"

"Saya cuba doktor." Senyuman kecil diberikan kepada Dr. Liza.

Tambah dos? Ubat baru?

Oh Tuhan, hidupku hanya dengan ubat?

"Kalau tak ada apa-apa, saya keluar dulu ya, doktor?" Permisi Zinnirah apabila suasana kembali sunyi.

"Ya dah tak ada apa-apa. Take care and stay healthy, Zinnirah. Jangan lupa ambil ubat di farmasi ya?"

"Baik, terima kasih doktor."

Bilik itu ditinggalkan sebelum dia melangkah ke ruang menunggu. Zinnirah melabuhkan punggung di sebelah Mustaqim yang ralit bermain game. Kepala dijengukkan ke skrin telefon abangnya, Temple Run.

Main sampai berkerut dahi ya, Encik Mustaqim? Risau jatuh sungai atau ditelan monster?

Badan direhatkan di kerusi sementara menunggu semangat untuk bergerak ke arah farmasi. Menunjukkan preskripsi ubat yang telah diberikan oleh Dr. Liza tadi.

Zinnirah tersenyum kecil apabila terlihat sebuah keluarga kecil di situ, sepasang mak dan ayah yang gembira melayan anak perempuan mereka yang sakit. Gadis itu mungkin seusia dengannya, tersenyum ceria di atas kerusi roda yang ditolak oleh ayahnya. Wajahnya yang pucat tetap memancarkan seri kebahagiaan. Senyuman Zinnirah yang kecil tadi semakin memudar apabila gerangan keluarga tadi hilang di sebalik dinding hospital.

Mata itu masih tertancap pada tempat tadi, cuba membayangkan situasi itu. Namun kini dia yang berada di atas kerusi roda itu, mama dan baba bergelak ketawa bahagia dengannya.

Bibir mula tersungging senyuman. Betapa indahnya dunia seorang Zinnirah jika hal itu terjadi.

Masih belum terlambat untuk dia angan-angankan hal itu? Jika situasi itu hanya berlaku ketika dia tenat, dia sanggup. Asalkan mama dan baba mahu curahkan senyuman mereka kepadanya.

Dia sanggup.

"Oi!" Bahu yang digegar kuat mengejutkan lamunan Zinnirah. Mustaqim di sebelah dipandang dengan dahi berkerut.

"Dekat 3 kali Mus panggil tapi Ji tak dengar. Ji berangan apa sampai suara gemersik kalbu ni pun tak mampu pecahkan lamunan Ji dengan sekali jalan?" Soal Mustaqim sambil memasukkan telefonnya ke dalam poket seluar. Rambut yang jatuh ke dahi ditolak ke belakang.

"Tak ada apa, jom pergi ambil ubat." Terus lengan lelaki itu dipeluk dan bergerak ke arah farmasi.

"Eh, belum ambil ubat ke?"

"Belumlah, kalau tak buat apa kita nak pergi farmasi."

"Manalah tau Ji nak minta kerja kat situ ke."

"Merepeklah dia ni. Tunggu sini, Ji nak pergi situ." Lengan lelaki itu dilepaskan dan kaunter farmasi ditujui. Surat ubat diberikan kepada ahli farmasi di situ. Senyuman manis turut diberikan.

"Bang, bagi ubat yang boleh sihatkan adik saya. Dia asyik sakit ja sekarang." Mustaqim secara tiba-tiba menegur ahli farmasi yang mengambil preskripsinya tadi. Sengihan lebar diberi tanpa rasa malu.

Zinnirah cepat-cepat menyiku perut Mustaqim. Mata dijegilkan pada lelaki tak tahu malu itu.

'Apa?!' Kata Mustaqim tidak mengeluarkan suara.

'Memalukan!' Zinnirah turut melakukan hal yang sama.

'Apa nak malu?' Mustaqim turut membulatkan matanya dengan bonus, tangan di pinggang.

Zinnirah hanya membuat muka sebelum mengalihkan perhatian kembali ke dalam farmasi itu. Mustaqim diabaikan.

"Okay ni ubat awak, makan seperti yang dah diarahkan ya. Jangan skip, semoga cepat sihat." Kata lelaki itu sambil tersenyum hingga menghilangkan matanya.

'Comel!' Detak hati Zinnirah

"Terima kasih."

"Terima kasih, bang. Kalau dia tak sihat juga, saya cari abang ya." Potong Mustaqim. Lelaki itu hanya tergelak kecil sebelum menganggukkan kepalanya.

Akhirnya, mereka muka bergerak ke arah lif untuk menuju ke destinasi yang dirahsiakan oleh Mustaqim sejak semalam.

"Mus, janganlah buat macam tadi. Malu, Ji." Tegur Zinnirah apabila hanya mereka berdua yang ada di dalam lif itu.

"Mus yang cakap, Ji yang malu kenapa?" Kening dijongketkan seraya melihat wajah itu.

"Second-hand embarrassment, you know?" Lengan Mustaqim dicubit perlahan. Kalau kuat, kang menjerit pula lelaki itu.

"Okay, I know. Lepas ni Mus buat lagi." Mustaqim mengusik adiknya sebelum melangkah keluar daripada lif. Senyuman terbit di hujung bibir apabila melihat wajah cemberut itu.

"Eleh, tak perlu nak muncung sangat. Cuba happy sikit, lupa ke yang Mus nak bawa Ji ke satu tempat?" Omong Mustaqim setelah mereka sampai di tempat parkir motosikal.

"Nak pergi mana? Dari semalam Mus berahsia dengan Ji!" Kuat suara gadis itu menyoal dengan wajah cemberutnya.

"Tempat yang paling Ji suka." Topi keledar dipakaikan ke kepala Zinnirah yang masih berkerut dahinya memikirkan butir bicara Mustaqim.

"Ji suka apa?"

"Eh, dia tanya kita pula? Takkan diri sendiri tak tahu?"

"Tak boleh nak fikirlah, Mus."

Mustaqim terus tergelak mendengar jawapan selenger Zinnirah. Penatlah dia dengan gadis itu. Terlampau, selamba!

"Kita nak pegi arcade, lepaskan stress." Tersenyum lebar Mustaqim apabila melihat wajah teruja Zinnirah sehingga terlompat kecil di sisi motornya.

"Seriuslah, Mus?"

"Serius."

"Ya Allah, bestnya! Jom gerak sekarang!"

Dengan itu, terus gadis itu melompat naik ke bahagian pembonceng tanpa Mustaqim sempat untuk bersedia.

"Ya Allah, perlahanlah sikit wahai anak dara. Kalau jatuh tadi, kita dua malu tau." Tegur Mustaqim sambik menggelengkan kepalanya. Gear ditekan dan dengan lafaz basmallah, mereka meluncur di atas jalan raya.

Zinnirah sudah tidak mampu menahan senyuman disebalik cermin helmetnya.

Dia gembira.

Mustaqim selalu tahu apa yang dia suka.

Sayang Mustaqim ketat-ketat!

SEMI;KOLON [✔]Where stories live. Discover now