NASI berlauk itu disuap perlahan-lahan. Bukan apa, tawar. Mahu menangis dia makan makanan hospital selama hampir dua minggu.
Apa yang dia belajar apabila berada di sini ialah syukur. Dia mula belajar bersyukur dengan nikmat yang Allah pernah beri kepadanya dulu. Sekarang, Allah telah tarik satu per satu nikmatnya.
Dia cuba untuk terima takdir Allah walaupun pada awalnya menangis sehingga lembik di dakapan Mustaqim. Manusia mana yang mampu berhadapan dengan penyakit sendiri pada mulanya?
Memberontak itu pasti. Menangis itu selalu.
Tapi dia sedar, berapa banyak lagi air mata yang dia perlu pertaruhkan untuk menangisi sakit yang tiada peluang sembuh? Dia perlu bangkit dan lawan untuk teruskan hidup. Kalau bukan dia, siapa lagi.
Nak cakap soal sedih, bukan setakat sedih, jiwanya terasa seperti hancur lebur. Sekolah diponteng selama seminggu, dikeluarkan daripada pasukan kawad atas sebab kesihatan dan komitmen. Dia tidak dapat melakukan perkara yang dia suka seperti biasa.
Ngilu hati itu terasa.
Harapan seperti malap.
Zinnirah sudah tidak mahu meletakkan harapan yang terlampau tinggi terhadap dirinya dalam apa-apa bidang kokurikulum. Kerana dia tahu, dia tidak mampu. Fokusnya selepas ini hanyalah akademik dan kesihatan. Itu saja.
"Assalamualaikum adik abang." Teguran itu menyebabkan Zinnirah yang khusyuk menguis nasi di pinggannya terus menoleh ke arah suara itu. Mata yang awalnya malap kini bersinar apabila melihat wajah yang dirinduinya.
"Abang!" Zinnirah terjerit kecil dek kerana teruja. Senyuman tidak bisa dimatikan di bibirnya. Terus kedua-dua tangan didepakan, dia mahu pelukan hangat abangnya.
"Alololo, meh sini abang peluk." Pelukannya berbalas. Ubun-ubun adiknya dicium seketika sebelum belakang gadis itu diusap perlahan. Sayangnya adikku ini.
"Abang, Ji rindu sangat." Kata Zinnirah sambil mengetatkan pelukannya. Benar, dia sangat rindukan Zhafran. Selama dia di hospital, ini baru kali kedua Zhafran melawatnya. Dia faham, abangnya sibuk dengan kerja dan persiapan nikahnya.
"Abang pun rindu, maaf abang baru sempat jenguk Ji. Ni pun abang baru sampai dari KL, terus abang ke sini." Rambut itu dilurut perlahan. Sudah keras seperti dawai besi kerana sudah lama tidak disyampu.
Jeda.
Suasana menjadi sunyi buat seketika, yang kedengaran pada ketika itu hanya bunyi kipas yang berpusing. Pelukan masih tiada tanda untuk Zinnirah lepaskan.
"Kenapa ni?"
"Ji takut."
"Takut apa? Abang ada ni, jangan takut."
"Ji takut, Ji tak dapat hadir akad nikah abang. Ji nak ikut." Katanya perlahan tapi masih boleh didengari oleh Zhafran. Wajah itu kini melekap pada dada bidangnya.
Alahai adikku, manja betul ni.
"Ji perlu ada dalam majlis abang, no excuse!"
"Kalau Ji masih tak boleh keluar lagi, macam mana?"
"Tak apa, abang kan dah balik sini. Nanti abang kawtim dengan Doktor Liza, okay? Lagipun, adik dah makin sihat. Dah tak demam." Pelukan dileraikan sebelum dahi Zinnirah dirasa dengan kura tangan. Kepala diangguk-angguk perlahan.
"Terima kasih, abang." Wajah itu kembali ceria mendengarkan ayat abangnya.
"Mus tak datang?" Tanya Zhafran sambil tangannya membuka bungkus makanan yang dibelinya di kafe bawah tadi.
"Dia datang lambat, ada latihan hoki."
"Dah mula cuti penggal pun latihan lagi?"
Zinnirah menjongketkan bahunya tanda tidak tahu. Liurnya ditelan apabila terbau aroma nasi goreng tomyum abangnya. Sedapnya. Kemudian pandangan dikembalikan ke pinggannya tadi, terus mati selera.
Bibir dijilat melihat kuantiti nasi yang banyak dan warnanya yang menarik. Bibir bawah digigit, menahan rasa.
"Abang... abang beli nasi tu satu je ke?" Tanya Zinnirah setelah sekian lama memerhati perilaku abangnya.
"Haah, kenapa?"
"Tak ada apa."
"Betul ni?" Tanya Zhafran buat sekali lagi. Zinnirah hanya mengangguk.
Tangannya kembali memegang sudu dan kembali menyuap makanan hospital yang tawar itu ke dalam mulut.
Sabar Zinnirah, jangan sesekali mencela makanan. Allah tak suka.
Daripada Abu Hurairah RA, Nabi SAW bersabda: Nabi SAW tidak pernah mencela makanan sekali pun. Apabila beliau berselera (suka), beliau memakannya. Apabila beliau tidak suka, beliau pun meninggalkannya (tidak memakannya). (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)
"Ji, buka mulut." Kepalanya diangkat untuk memandang wajah Zhafran sebelum pandangannya dipenuhi dengan sesudu nasi goreng.
"Abang tahu, Ji teringin. So, meh abang suap." Zinnirah terus tersenyum lebar lalu membuka mulutnya yang bakal dengan disuap dengan nasi goreng itu.
Hmm, sedapnya!
Satu suap, dua suap, kini hampir habis sebungkus nasi goreng itu dimakan oleh Zinnirah seorang.
"Abang, nasi abang dah nak habis Ji makan. Abang tak suap diri sendiri pun." Kata Zinnirah sambil mengunyah.
Zhafran tergelak kecil dengan kelakuan adik bongsunya itu, comel.
"Jangan risau, nanti abang beli yang baru. Ji makan je apa yang abang suap, okay?"
"Okay." Dia tidak mahu membantah kerana dia sudah tidak tahan dengan makanan hospital. Zhafran hanya tersenyum kecil melihat Zinnirah yang makan dengan berselera. Lega hatinya melihatkan hal itu.
Burppp!
Sendawa kuat daripada Zinnirah itu menyebabkan mereka tertawa kuat. Kurang sopan punya adik.
"Alhamdulillah, sedap nasi tadi. Bertambah sedap sebab abang yang suapkan Ji." Sengihan lebar mula ditarik memenuhi ruang muka.
"Ji happy, abang pun happy."
Rambut adiknya diusap dengan penuh kasih sayang.
Semoga kekal bahagia because you deserve it, Zinnirah.
Short update
YOU ARE READING
SEMI;KOLON [✔]
General Fiction2023. Zinnirah, gadis yang penuh dugaan dan ujian dalam hidupnya, tak seperti abang kembarnya, Mustaqim yang agak bahagia berbanding dirinya. "Apa hadiah birthday yang Ji nak untuk tahun ni?" - Mustaqim "A forehead kiss from baba and a warm hug fro...