SUASANA yang riuh di dalam bilik itu menyebabkan Zinnirah terus membuka matanya dalam keadaan yang terpisat-pisat. Katil sebelah dipandang, kelihatan keluarga abangnya, mama dan juga...baba.
Suara mereka sangat bahagia dengan gelak tawa bagai tiada pergaduhan besar yang terjadi. Zinnirah hairan, mamanya dapat menerima apa yang baba buat dengan begitu mudah namun dirinya tetap dibenci sehingga dirinya mati.
Salah apa dirinya.
Kepala ditoleh sebelum kembali menatap siling putih. Tangan dibiarkan berehat di sisi badannya. Fikiran cuba dikosongkan walaupun suara mereka masih terdengar di kokleanya.
"Assalamualaikum." Ucapan salam itu menghentikan perbualan mereka. Zinnirah hanya mengendahkan situasi itu. Tatapan kosong masih pada siling putih itu.
"Waalaikumsalam doktor, nak check isteri saya ke?" Tanya Encik Alwie ramah.
"Eh tak, saya nak check pesakit katil sebelah ni. Maaf ya ganggu." Kata Doktor Liza sebelum menarik langsir untuk menutup pandangan mereka daripada memerhati tindakan mereka.
"Zinnirah." Bahu gadis itu ditepuk perlahan untuk menyedarkannya daripada lamunan panjang yang mengganggu Zinnirah.
"Eh, doktor." Senyuman kecil diberikan pada Doktor Liza sebelum Zinnirah bangun dan duduk bersandar di kepala katil.
"Kenapa jadi macam ni, Zinnirah?" Doktor Liza menjeling pada wajah yang lebam sebelum melibat tangan yang berbalut itu. Mujur saja ada rakan sekerja yang memberitahu situasi Zinnirah kepadanya, kalau tidak sampai sekarang dia tidak tahu kondisi gadis itu.
"Biasalah doktor, jiwa remaja." Hujung bibir tersungging senyuman kecil dengan jawapannya.
"Jangan bergurau Zinnirah, awak kena dera ke?" Matanya mencerlung tajam memandang pesakitnya selama 3 tahun itu.
"Doktor, slow down. Family saya situ." Kot putih doktor itu dipegang sebelun bercakap dalam nada berbisik.
Doktor Liza mengeluh perlahan sebelum melabuhkan punggungnya dihujung katil.
"Zinnirah...ignore them, okay? Focus on yourself."
"Mana boleh doktor, saya anak perempuan. Tanggungjawab saya menjaga parents saya, you know that right?"
"Walaupun keadaan awak teruk macam ni? Don't forget Zinnirah, SLE awak dah makin aktif dari sebelumnya. Dan sekarang, you're warded not because SLE tapi sebab kena pukul. Mind to share, Cik Zinnirah." Tangan dilipat rapat ke dada. Kening terjungkit sebelah sambil memandang remaja perempuan itu.
"Kan doktor dah bagi ubat, my SLE will get better soon doctor. Janganlah risau, saya okay. Saya masih sado." Zinnirah tersengih-sengih memandang wajah Doktor Liza.
"Siapa yang doktor sekarang ni?"
"Doktorlah, doktor."
"Dahtu? Memandai je awak nak diagnosed keadaan SLE awak ya." Perli Doktor Liza sebelum tergelak kecil lalu diikuti oleh Zinnirah.
"Maafkan saya yang comel ini." Kepala Zinnirah terus diusap oleh Doktor Liza.
"Tak nak cerita pada saya? About your condition right now. Doktor yang bertugas bagitahu tangan awak melecur dan it's second-degree burns. Dan syukur juga, awak tak ada apa-apa pendarahan dalaman walaupun badan awak penuh lebam. Mind to explain, Zinnirah?" Keprihatinan Doktor Liza itu menyesakkan dada Zinnirah.
"Doktor...saya tak ada apa-apa sebab untuk terangkan pada doktor sedangkan doktor dah dengan semuanya daripada doktor yang merawat saya. Dan tentang daripada saya dapat lebam dan lecuran itu, biarlah saya saja yang tahu. Ini melibatkan aib." Jawab Zinnirah dengan tenang.
"Dan ini juga melibatkan nyawa awak, Zinnirah." Doktor Liza cuba menahan perasaannya. Dia cuba kekal tenang dan profesional. Tipulah jika tidak ada langsung perasaan sayang kepada gadis ini selama 3 tahun dia merawat Zinnirah.
Zinnirah terus menghela nafas berat. Tangan doktor itu digenggam dan mata mereka saling menatap.
"Jangan risaukan saya, pantang maut sebelum ajal. Saya akan kekal hidup selagi Allah tak izinkan saya mati."
Doktor Liza menghela nafas panjang mendengarkan jawapan gadis itu. Susah betul mahu bercakap dengan Zinnirah itu.
"Suka hati awaklah Zinnirah, kalau ada apa-apa cari je lah saya. Saya kerja dulu, jaga diri Zinnirah." Sekali lagi kepala itu diusap penuh kasih.
"Terima kasih doktor." Doktor Liza hanya tersenyum sebelum membuka kembali tirai itu dan keluar daripada bilik itu.
"Mak cu..." Terus terdengar suara Zarif dalam dukungan Zulaikha itu memanggil dirinya.
"Zarif." Semakin lebar senyumannya melihat budak botak yang hanya ada dua batang gigi.
"Mama... Mak cu." Wajah Zulaikha dipegang sebelum tangan kecil itu menunjukkan ke arah Zinnirah yang tersenyum pada dirinya.
"Zarif, meh sini." Terus Zinnirah menggamit budak kecil itu. Zulaikah terus mendekatkan dirinya pada katil Zinnirah dan meletakkan Zarif di riba gadis itu.
Terus tersenyum lebar budak itu sebelum memeluk erat leher Zinnirah. Tersentak badannya ke belakang akibat hempapan daripada tubuh kecil itu. Terus terhambur ketawa kecilnya apabila Zarif mencium seluruh wajahnya.
"Eii apa ni Zarif, habis basah muka mak cu." Pipi itu dicubit perlahan.
"Indu mak cu." Tangan gemuk itu mula menepuk pipi Zinnirah dengan gembiranya. Tidak luntur langsung bibir itu dengan dengan senyuman dan tawa bayi yang menyenangkan hati Zinnirah.
"Mak cu pun winduuuu juga pada Zarif." Terus digomol wajah itu semahunya sehingga terkeluar tawa kuat kanak-kanak itu. Badan Zarif digeletek sehingga dia tergolek di atas katil Zinnirah.
Dunia ketika itu hanya milik mereka berdua. Hanya bahagia cara sederhana.
"Zarif, bila besar nanti Zarif sayang mak cu tak?" Tanya Zinnirah sambil bermain dengan tangan kecil itu. Comelnya! Kalau digigit ni mesti sedap!
"Ayang! Ayang mak cu!" Sekali lagi dia terus memeluk Zinnirah tanpa apa-apa isyarat. Zinnirah terus memegang belakang badan Zarif, risau terjatuh ke belakang.
"Yeay, ada juga orang sayang mak cu. Terima kasih, Zarif!"
Terkekek-kekek ketawa mereka memenuhi bilik hospital itu. Zulaikha yang melihat hanya mampu tersenyum bahagia, Zhafran hanya memandang dengan rasa yang dia tidak dapat gambarkan. Rasa bersalahnya terhadap Zinnirah akan perihal semalam, semakin menggunung. Namun, sekali pun dia masih tidak menegur adiknya itu.
"Bising betul lah!" Puan Khalidah menderam kuat sebelum menggosok telinganya laju. Menyampah mendengar tawa gadis itu.
Zinnirah yang mendengar hanya buat tidak tahu dan memfokuskan dirinya pada Zarif sahaja.
Biarlah dia nak bergembira dengan Zarif, lepas ni anak saudaranya akan pergi jauh daripadanya. Nanti dia akan rindu.
Sekali lagi, pipi itu digomol Zinnirah penuh perasaan.
"Mak cu sayang Zarif sangat-sangat!"
YOU ARE READING
SEMI;KOLON [✔]
General Fiction2023. Zinnirah, gadis yang penuh dugaan dan ujian dalam hidupnya, tak seperti abang kembarnya, Mustaqim yang agak bahagia berbanding dirinya. "Apa hadiah birthday yang Ji nak untuk tahun ni?" - Mustaqim "A forehead kiss from baba and a warm hug fro...