Bab 46

1.2K 127 9
                                    

"THANK YOU semua, sorry tak dapat teman korang kembalikan kereta sewa." Kata Mustaqim sambil tersengih di halaman rumahnya itu. Zinnirah turut tersenyum kecil kepada mereka sebagai tanda berterima kasihnya.

"Tak apa bro, kami dah satu jalan ke sana. Takkan kau nak patah balik pula nanti?" Kata Umar yang sudah mengambil tempat pemandu.

"Hati-hati drive, jangan lupa baca doa." Pesan Mustaqim sekali lagi.

"Baik ustaz." Mereka semua terus ketawa besar dengan jawapan Umar.

"By the way, terima kasih bagi kami tumpang makan dan berehat di rumah kau tadi." Sampuk Hanif yang berada di kereta sebelah.

"Tak ada hal lah bro, nanti bila-bila singgahlah sini." Jawab Mustaqim dengan senyuman manis.

Mereka hanya mengangguk.

Kaki Mustaqim didekati kepada kereta yang bakal dipandu oleh Umar sebelum tingkap penumpang bahagian belakang diketuk. Kepala yang bersandar pada tingkap itu terus terkejut dan memandang wajah Mustaqim dengan kerutan di dahi.

Cermin tingkap diturunkan. "Kenapa?"

Seraya itu, tangan Mustaqim melekap pada dahi Absyar yang masih suam-suam kuku.

"Jangan lupa makan ubat." Nasihat Mustaqim dengan wajah selambanya.

"Ya, aku tahulah." Absyar berdecit perlahan sebelum menjeling Mustaqim yang mengejeknya. Mata itu terus terhenti pada gadis yang ayu di pangkin rumah itu, tersenyum kecil melihatnya.

Absyar terus melarik senyuman tanpa mengendahkan Mustaqim yang ada di depannya.

"Kau pandang apa, hah?" Pipi itu terasa kebas dengan tamparan mengejut Mustaqim.

"Sakitlah, Mus!" Absyar menahan geram sebelum tangannya naik mengusap pipi yang terasa sedikit kebas. Rakan mereka yang lain hanya tergelak kecil dengan situasi itu.

"Lain kali mata tu jaga, ingat aku tak perasan ke kau usyar adik aku?" Kata Mustaqim lalu tersenyum senget.

"Mana ada..." Balas Absyar perlahan. Matanya dilarikan daripada pandang Mustaqim yang seperti mahu menerkamnya itu.

Belakang kepala digaru. Segan dengan rakan-rakannya yang lain apabila Mustaqim menyergahnya seperti itu. Mamat ni memang suka jatuhkan air mukanya!

"Tak perlu nak shy shyton sangat. Nah, Zinnirah bagi kat kau." Seraya itu Mustaqim meletakkan beg kecil itu ke atas riba Absyar yang masih terpinga-pinga.

"Apa ni?" Soalnya dengan dahi berkerut. Padahal, dalam hati sudah bersorak gembira.

"Mana aku tahu, dia yang beri pada kau." Mustaqim terus mengjongketkan bahunya. Secara tiba-tiba, Mustaqim mendekatkan mukanya ke hadapan wajah Absyar.

Serentak itu juga, Absyar bergerak ke belakang sehingga berlanggar badan dengan rakannya yang ada di tengah.

"Kau ni kenapa?!"

"Kau ada apa-apa dengan adik aku ke?" Soal Mustaqim dengan nada berbisik. Matanya menikam tepat pada anak mata Absyar.

"Tak ada apa-apalah. Kau tu yang terlebih fikir." Jawab Absyar dengan nada geram. "Kau ni boleh jauh sikit tak? Geli lah." Seraya itu, Absyar menolak muka Absyar jauh darinya.

Meremang bulu romanya berada sedekat itu dengan makhluk sama jantina. Lengannya digosok laju, seram sejuk!

"Betul kau dengan Zinnirah tak ada apa-apa?" Soalnya lagi dek kerana rasa tidak puas hati.

"Ya. Kalau tak percaya pergilah tanya Zinnirah sendiri." Absyar cuba bersabar.

Sesekali mata itu menjeling Zinnirah yang masih terpacak seperti tiang lampu di situ sejak tadi. Polos dan...comel?

SEMI;KOLON [✔]Where stories live. Discover now