Bab 11

1.3K 131 8
                                    

"OI Zinnirah!" Panggilan yang agak kuat di koridor hadapan kelasnya menyebabkan Zinnirah memberhentikan langkah. Badan dipusingkan menghadap si pemanggil. Dahinya berkerut, dia tidak kenal gadis itu.

Tapi firasatnya mengatakan gadis itu merupakan seniornya. Senior tingkatan enam kerana mereka saja yang boleh berpakaian biasa seperti budak universiti.

"Ya, ada apa?" Tanya Zinnirah sopan sebaik saja gadis itu berdiri tegak dihadapannya. Dahi tetap berkerut.

"Kau adik Mustaqim, kan?" Soalan yang terbit daripada bibir gadis itu menyebabkan Zinnirah dapat meneka tentang keberadaanya ketika itu. Sejak Mustaqim membocorkan rahsia tentang pertalian mereka 6 bulan yang lalu, berpusu-pusu gadis di sekolah itu tiba-tiba mencarinya untuk mendapatkan nombor telefon Mustaqim.

Kadang-kadang dia rasa nak marah melihat kegatalan mereka. Masih bersekolah, buatlah kelakuan seperti pelajar. Bukannya bergedik mencari lelaki. 

"Boleh aku dapatkan nombor telefon Mustaqim?" Tanya gadis itu sekali lagi apabila tidak mendapat jawapan daripada Zinnirah.

"Maaf, tak boleh." Pendek dan padat. Dia harap gadis itu faham tentang makna privasi seseorang yang tidak boleh dibongkarkan sesuka hati walaupun lelaki itu abangnya.

"Eh kereklah kau ni. Bagi je lah nombor Mustaqim, bukannya luak pun kalau aku dapatkan nombor dia." Gadis itu berdecit menyampah apabila mendengarkan jawapan Zinnirah. Berlagak pula dia, mentang-mentanglah jadi adik jejaka panas di sekolah.

"Maaf, itu privasi Mus. Kalau awak nak, awak boleh minta sendiri dengan dia. Saya masuk kelas dulu ya." Sudah habis sopan dia menasihati gadis yang terkinja-kinja di depan kelasnya. Selagi dia boleh bersabar, dia akan bersabar.

Penat juga apabila diri yang dahulunya tidak dikenali kini menjadi perhatian dek kerana statusnya sebagai adik Mustaqim Alwie. Pelbagai persoalan dan gosip yang dia dengar sepanjang 6 bulan ini, dia hanya mampu menadah telinga tanpa berbuat apa-apa. Dia tidak mahu berbuat musuh, dia hanya mahu belajar.

Kadang-kadang terluah juga nafas berat apabila menghadapi situasi itu. Kenapa ya, manusia sekarang suka mengejar cinta di alam persekolahan? 

Kaki dilangkah longlai menuju ke mejanya. Badannya terasa sengal-sengal sejak semalam, sendi terasa sakit dan ngilu. Suhu badan turut naik, pipi juga sudah semakin merah. Dia menjangka dirinya akan demam. 

"Kipas susah mati abang kau lagi ke?" Tegur Anis setelah Zinnirah selamat melabuhkan punggung.

"Hm."

"Sabarlah Ji, aku pun penat tengok kau ni." Ayat Anis itu hanya dibalas dengan senyuman kecil.

"Tapi Ji, aku tak pernah terfikir yang kau ni sebenarnya adik Mustaqim. Lebih 3 tahun kita sekelas, pandai eh kau rahsiakan?" Kata Atikah yang tiba-tiba mencelah perbualan mereka.

"Kenapa tak pernah terfikir? Tak sama ke muka aku dengan Mus?" Zinnirah menyoal Atikah kembali.

Soalan Zinnirah itu menyebabkan Atikah dan Anis sama-sama menilik lama wajah gadis itu. Berkerut-kerut dahi mereka cuba membuat perbandingan antara Mustaqim dan Zinnirah.

"Kenapa aku baru perasan eh? Muka korang berdua ada iras sikit. Tapi, Mustaqim tu hensem dia tak boleh lawan ya." Kata Atikah sambil tersengih apabila teringatkan wajah kacak lelaki itu. 

"Gatal." Zinnirah dan Anis serentak mengutuk Atikah yang masih melarik senyuman mekar di bibirnya.

"Korang stay back tak petang ni?" Tanya Zinnirah secara tiba-tiba. Sendi dijari yang terasa sakit, dipicit perlahan.

"Stay, kenapa?" Anis terus menjongketkan keningnya.

"Aku nak suruh ajarkan addmath, aku lost sikit apa yang cikgu ajar pagi tadi." 

"Boleh je tapi pukul 3 boleh?"

"Aku okay ja bila-bila."

"Okay, kita set pukul 3 lah ya? Aku dengan Atikah nak makan kat luar, kau nak ikut?" 

Ajakan Anis itu ditolak dengan baik. Zinnirah tak ada duit sekarang, mamanya terlupa bagi duit belanja pagi tadi. Lagipun, duit jualan keknya itu sudah dimasukkan ke dalam bank dan lebihannya ditinggalkan di rumah. Yang paling penting sekali, dia tak suka ke tempat orang ramai. Dia lebih suka bersendirian. Lebih tenang.

"Aku nak lelapkan mata kejap. Kejutkan aku kalau cikgu masuk tau." Hanya tangan yang dibuat seperti simbol okay yang Zinnirah dapat sebagai balasan.

Kepala yang terasa berat diletak di atas meja yang dilapik dengan lengannya. Mata dipejamkan, telinga cuba dipekakkan daripada bunyi bising di kelasnya itu. Dalam masa 10 saat, Zinnirah sudah ke alam mimpi.

"JI!" Jerit Megat yang baru menjejakkan kaki ke dalam kelas. Matanya terhenti pada gerangan gadis yang elok terlentok pada meja. Anis dan Atikah terus menjegilkan mata mereka pada Megat yang sedikit lagi mampu mengejutkan Zinnirah daripada lenanya.

"Kau nak apa?" Tanya Anis dalam nada suara yang perlahan.

"Aku panggil Ji kan? Mestilah aku nak Ji, bukan kau."

"What???"

"Kau gila ke Megat?"

Balasan daripada Anis dan Atikah menggeletek hati Megat. Bibirnya dikemam menahan tawa.

"Aku guraulah, tak perlu nak serius sangat muka tu. Hodoh betul."

"Kau lah, selamba badak cakap nak Ji. Dengar dek si Mustaqim tu, ke hospital lagi sekalilah kau. Main-main." Kata Atikah laju kerana geram dengan Megat yang kuat mengusik.

"Ergh tak nak aku, serik dah." Megat terus menggelengkan kepalanya berkali-kali. Taubat dia tak nak buat macam dulu lagi, karang terkena penangan Mustaqim, 3 hari pula dia bermalam dalam wad.

"Straight to the point je lah, kau apahal cari Ji? Banyak cakap pula." Anis semakin menyampah dengan perangai jengkel Megat itu terus menjelingnya tajam.

"Oh, tadi Cikgu Zawiyah cari Ji nak minta tolong apa entah. Tapi, si Zinnirah ni tidur la pula." 

"Ji tak sihat tu, biarkan saja dia tidur. Sebagai ganti aku je lah yang pergi, okay ke?" Atikah tiba-tiba menyelit di antara perbualan mereka.

"Boleh ja, nanti kau bagitahu cikgu pasal Ji. Kang dia soal aku, aku tak tahu nak cakap apa. Jom kita pergi sekarang." 

Atikah mengangguk sebelum mengikut langkah rakan sekelasnya itu. Anis dilambai sebelum hilang ditelan bayang bangunan.

Anis mencebik tanda malas melayan. Lagipun, dia sangat anti dengan manusia yang bernama Megat itu.

Semoga dijauhkanlah dirinya daripada manusia seperti itu.

Nauzubillah!






Maaf lambat update dan here another boring chapter.

SEMI;KOLON [✔]Where stories live. Discover now