[35] Love Confession

Começar do início
                                    

"Sama-sama.." Kata wanita itu sebelum berlalu pergi. Noah pun terus pergi ke kolam renang yang dimaksudkan oleh pembantu rumah tadi.

Dari kejauhan Noah dapat melihat Maya yang sedang duduk di kerusi yang berada tidak jauh dari kolam renang. Riak wajah Maya kelihatan sangat gembira.

Tanpa sedar bibir Noah mengukir senyuman manis. Maya kelihatan sangat cantik hari ini.

Noah melambaikan tangannya ke arah Maya saat pandangan mereka bertemu. Sudah tiga hari dia tidak bertemu dengan Maya kerana dia terpaksa ikut papanya ke luar negara.

"Good morning." Noah duduk di kerusi yang berada di hadapan Maya, hanya meja yang memisahkan mereka berdua.

"Good morning." Senyuman indah masih mekar di bibir Maya.

Noah ternyata-tanya apakah ada perkara baik yang yang telah terjadi waktu dia tidak berada di malaysia.

"Nah." Noah meletakkan kotak kecil di atas meja. Maya tidak perasan Noah membawa kotak itu bersamanya tadi.

"Apa ni?" Tanya Maya sedikit hairan.

"Oh hadiah untuk Maya??" Tanya Maya dengan wajah terkejut lalu mengambil kotak tersebut.

"Yaa." Noah tergelak kecil saat melihat riaksi Maya yang kelihatan sangat comel baginya.

Maya terus membuka kotak kecil tersebut, ternyata isi kotak tersebut adalah seutas rantai yang terukir nama Maya disitu.

"Waa! Terima kasih Noah!" Maya tersenyum gembira.

"Sama-sama.." Noah merasa sangat tenang saat melihat wajah gembira Maya.

Maya cuba untuk memakai rantai itu tapi gagal. Noah terus berdiri dari duduknya lalu membantu Maya.

"It suits you well." Puji Noah membuatkan Maya tersenyum malu. Noah kembali duduk di kerusinya.

"Tadi Maya kata nak cakap something dengan Noah."

Maya hampir terlupa dengan niat sebenarnya menjemput Noah datang ke rumahnya hari ini.

"Maya rasa Maya.." Maya tersenyum seperti sedang memikirkan sesuatu yang indah.

"Maya dah jatuh cinta dengan seseorang." Maya meneruskan katanya.

Senyuman Noah terus mati saat mendengar kata-kata yang diucapkan oleh Maya.

"Jatuh cinta?" Ulang Noah inginkan kepastian. Maya mengangguk.

"Dengan.. Siapa.." Suara Noah terdengar pelan.

"Danian." Kelihatan rona merah di pipi Maya. Sejujurnya dia malu untuk mengatakan hal itu pada Noah, tapi dia tidak mahu berahsia dengan sahabat baiknya sendiri.

Noah tertunduk, Danian adalah lelaki yang berada di kelas yang sama dengan mereka. Hatinya rasa kecewa yang teramat saat Maya menyebut nama lelaki lain.

"Noah?" Panggil Maya. Noah mengangkat wajahnya untuk menatap sepasang mata indah milik Maya.

"Oh.." Noah tidak tahu ingin berkata apa.

"Danian tu..

Maya kelihatan sangat gembira saat bercerita tentang Danian, ternyata itulah hal yang membuatkan Maya kelihatan ceria pagi itu.

"Noah dengar tak?" Tanya Maya. Membuatkan Noah tersedar dari lamunannya.

"Hah? Ya.." Noah tersenyum kelat.

"Tapi Maya tak tahulah kenapa Maya tiba-tiba jatuh cinta dengan Danian.. Tapi Maya suka sangat dengan dia." Jelas Maya.

"Noah faham.."

"Noah pernah jatuh cinta?" Tanya Maya dengan wajah yang penuh tanda tanya.

Keadaan sunyi buat seketika. Noah tidak menyangka bahawa Maya akan menanyakan soalan itu kepadanya.

"Pernah.." Jawab Noah singkat. Maya terkejut lalu berdiri dari duduknya, Maya terus duduk di kerusi yang berada di sebelah Noah.

"Mesti dia cantik kan?" Maya menyiku lengan Noah sambil tersenyum penuh makna. Noah menatap lama wajah Maya.

"She's the most beautiful girl I've ever seen." Jawab Noah setelah lama mendiamkan diri.

"Noah dah bagi tau dia yang Noah sukakan dia?" Tanya Maya.

"Tak.."

"Kenapa? Mungkin dia suka Noah juga."

"Dia suka orang lain." Noah tersenyum kelat.

Keadaan sunyi buat seketika. Maya rasa bersalah kerana tidak tahu tentang hal itu, padahal dia adalah sahabat baik Noah. Pasti selama ini Noah sedih dan kecewa.

"Janganlah putus asa.. Dia belum kahwin lagi kan, maksudnya Noah masih ada peluang." Maya ingin memberi kata-kata semangat untuk Noah kerana dia tidak mahu melihat sahabat baiknya bersedih.

"Masih ada peluang?" Tanya Noah. Maya mengangguk.

"Mestilah! Noah tak boleh putus asa tau." Maya kelihatan sangat bersemangat membuatkan Noah tergelak kecil.

"Okay.. Noah takkan putus asa." Noah tersenyum tipis.

"Siapa nama perempuan tu?" Suara Maya kedengaran pelan seakan-akan berbisik.

"Rahsia."

"Bagi tau lah! Maya dah cakap nama lelaki yang Maya suka." Dahi Maya berkerut membuatkan Noah tergelak kecil.

"Tak boleh." Noah menyandarkan belakangnya di kerusi.

"Maya tak nak lah kawan dengan Noah." Maya terus berdiri dari duduknya.

"Lipas!" Noah menunjuk ke arah kaki Maya membuatkan Maya terus naik ke arah meja.

Noah tergelak saat melihat riaksi Maya. Ternyata Noah sengaja ingin menyakatnya.

"Noah.." Maya terus melihat ke arah Noah dengan pandangan maut.

𝓗𝓮𝓵𝓹 𝓶𝓮 𝓽𝓸 𝓶𝓪𝓴𝓮 𝓲𝓽 𝓼𝓱𝓲𝓷𝓮 ⭐
|🌹THANK YOU🌹|

🅲 𝗗𝗘𝗔𝗥 𝗗𝗔𝗠𝗜𝗔𝗡Onde as histórias ganham vida. Descobre agora