[30] Everything About Him

ابدأ من البداية
                                    

"Semuanya." Jawab Kaisara. Kimi menggaru lehernya yang tidak gatal. Dari riaksi Kaisara saja Kimi sudah tahu bahawa Kaisara sedang dilamun cinta.

"Sebelum ni Damian memang macam tu dengan Kai?" Sepertinya Kimi masih ada banyak soalan yang ingin dia tanyakan pada Kaisara membuatkan Kaisara merasa seperti seorang artis terkenal yang sedang ditemubual oleh wartawan.

"Maksud Kimi? Kai tak faham."

"Maksud Kimi, sikap Ian yang macam tu, dia berubah bila dengan Kai." Jelas Kimi.

"Oh, tak lah.. Dulu Damian kasar dengan Kai. Lepastu dulu Kai pernah tampar muka dia sebab dia cakap kasar.. Kai tak suka.." Jawab Kaisara jujur.

Kimi mengelip-ngelipkan matanya. Yaa itulah Damian yang mereka semua kenali. Tapi mendengar perkataan tampar itu membuatkan Kimi terdiam.

Sebelum ini tiada seorang pun yang berani menampar wajah Damian kecuali dirinya. Dia sudah banyak kali bertumbuk dengan Damian kerana tidak sehaluan.

Kisah cinta Kaisara dan Damian tidak seperti yang Kimi sangkakan. Ternyata Kaisara juga pernah melihat sisi kasar dan biadap Damian. Kimi sudah mencuba untuk berdamai dengan Damian sebelum ini, tapi sikap biadap Damian membuatkan Kimi merasa seperti ingin memberi pengajaran lebih pada Damian.

"Jom naik skuter nak?" Tanya Kimi sengaja menukar topic. Dia bosan duduk diam di rumah agam Puan Aishah, dan dia juga bosan berada di luar. Kimi pun tidak tahu ingin berbuat apa.

Saat Damian sudah balik ke rumah agam Puan Aishah, dia jarang dapat berbual dengan Kaisara seperti sebelum ini kerana Damian tidak suka Kimi mendekati Kaisara walaupun Kimi tidak berniat apa-apa.

Damian betul-betul membuatkan Kimi curiga dengan sikapnya.

"Tapi Kai nak tanya Damian dulu boleh?" Tanya Kaisara. Kimi mengangguk.

Kaisara mengambil handphonenya yang berada di poket seluar lalu menghantar pesanan ringkas pada Damian menggunakan aplikasi whatapp.

Kaisara:
Assalamualaikum.. Boleh tak kalau Kai nak naik skuter dengan Kimi dekat perkarangan rumah?

Tidak lama selepas itu Damian membalas pesanan ringkas Kaisara.

Damian:
Waalaikumsalam. No.

Kaisara:
Kenapa.. Tapi bukannya selalu..

Selepas itu Damian sudah tidak membalas lagi.

"Damian kata no." Kaisara tersenyum kelat ke arah Kimi. Kimi sudah dapat meneka jawapan dari Damian. Sudah pasti dia tidak mengizinkan Kaisara bersama dengan Kimi.

~°~

"Thanks Mr Adward." Damian berdiri dari duduknya lalu berjabat tangan dengan Encik Adward. Clientnya yang datang jauh dari United States.

Selepas selesai berbual sekejap dengan Damian, Encik Edward pun terus berlalu pergi bersama beberapa pengawal peribadinya.

Damian melihat ke arah screen handphonenya. Dari pagi tadi dia memikirkan pesanan ringkas dari Kaisara dan itu sangat menganggu fikirannya.

Patutkah dia membawa saja Kaisara jika dia ada meeting selepas ini?

Tok tok tok!

Pintu ruang meeting di ketuk dari luar sebelum pintu itu terbuka dengan sendirinya. Kelihatan seorang lelaki berpakaian serbah hitam mendekati Damian.

"Encik Damian, kereta dah tersedia di bawah." Kata lelaki itu.

Damian berdiri dari duduknya lalu pergi meninggalkan ruang meeting tersebut.

Beberapa perkerja tahu bahawa Damian tidak berada di mood yang baik saat dia keluar dari ruang meeting tersebut. Pandangan dingin Damian membuatkan mereka gementar. Mereka hanya tertunduk, tidak berani melihat ke arah Damian.

Langkah Damian terhenti saat seorang gadis terlanggar bahunya. Gadis itu jatuh terduduk bersama beberapa kertas yang berada di tangannya.

"Dah empat mata masih buta?" Tanya Damian. Gadis itu membetulkan kaca matanya lalu mengambil beberapa kertas yang jatuh di atas lantai.

"Awak ni memang tak pandai minta maaf ke?" Tanya gadis itu kerana kesal dengan sikap Damian.

Damian seperti tidak percaya dengan kata-kata yang baru saja diucap oleh gadis itu.

"Tadi awak yang langgar saya, awak yang tak nampak saya.." Jelas gadis itu lalu berdiri.

"Lyana! Tu boss lah!" Seorang gadis menarik tangan gadis yang bernama Lyana itu. Lyana kelihatan terkejut.

"Maaf Boss.. Lyana baru bekerja selama 3 hari, jadi dia masih belum kenal dengan Boss.." Jelas gadis itu. Lyana yang masih terkejut hanya mampu mendiamkan diri.

Damian kelihatan sangat segak sekali, tidak seperti yang dia fikirkan. Dia sudah mendengar beberapa cerita tentang Damian sebelum ini, tapi dia tidak menyangka Boss mereka masih muda dan segak.

Damian mengambil satu kertas yang berada di kakinya lalu menyerahkan kertas itu pada Lyana. Semua perkerja yang berada di sana melihat ke arah Damian.

"Sorry." Satu kata yang keluar dari mulut Damian membuatkan semua perkerja terkejut. Mereka tidak pernah mendengar Damian mengucapkan kata itu sebelum ini.

Lyana menatap lama wajah Damian, tatapan mata Damian membuatkan jantungnya berdegup kencang. Lyana pun terus mengambil kertas itu dari tangan Damian.

"Te.. Terima kasih.." Ucap Lyana. Damian tidak lah seteruk dari cerita yang dia dengar sebelum ini.

𝓗𝓮𝓵𝓹 𝓶𝓮 𝓽𝓸 𝓶𝓪𝓴𝓮 𝓲𝓽 𝓼𝓱𝓲𝓷𝓮 ⭐
|🌹THANK YOU🌹|

🅲 𝗗𝗘𝗔𝗥 𝗗𝗔𝗠𝗜𝗔𝗡حيث تعيش القصص. اكتشف الآن