"Cik muda." Kelihatan seorang pembantu rumah mendekati Kaisara dan Kimi. Wanita itu tersenyum.

"Yaa." Kaisara terus berdiri dari duduknya, senyuman manis terbit di bibirnya.

"Skuter cik muda dah ada di halaman rumah." Kata wanita itu, mata Kaisara membulat kerana terkejut. Tanpa berfikir panjang Kaisara terus pergi ke halaman rumah.

"Chibi!" Kaisara terus memeluk skuter tersebut. Semua pembantu rumah melihat ke arah Kaisara sebelum meneruskan kerja masing-masing. Kimi mendekati Kaisara sambil tergelak kecil.

"Chibi?" Tanya Kimi.

"Yaa ni Chibi.. Ni lah harta yang saya ada dalam dunia ni." Kaisara kelihatan sangat gembira saat melihat Chibi, skuter kesayangannya. Air mata kegembiraan mengalir di pipinya.

Tiba-tiba Kaisara terlihat satu kad yang berwarna kuning di skuternya. Kaisara membuka kad tersebut lalu membaca isinya.

For my beloved wife Kaisara. Sayang, i love you so much. Maaf sebab dah lama pisahkan sayang dari skuter sayang ni. From your beloved husband.. - Ian

Kaisara rasa terharu saat membaca isi kandungan kad tersebut.

"Tak sangka Ian sweet macam ni." Ternyata Kimi sudah berdiri di belakang Kaisara sambil membaca isi kandungan kad tersebut. Kaisara terkejut kerana tidak sedar dengan kehadiran Kimi.

~°~

Maya menyilangkan kakinya saat dia duduk di sofa yang berada tidak jauh dari meja kerjanya.

"So, macam mana dengan Natali?" Tanya Maya pada orang bawahannya.

"Natali dah ikut dengan Dato Sopian ke luar negara." Jelas lelaki yang berpakaian serbah hitam itu. Maya mengetap bibirnya.

Lelaki itu menyerahkan sampul surat pada Maya. Saat Maya membuka sampul surat tersebut, kelihatan beberapa keping gambar Puan Natali dan Dato Sopian yang sedang bermesraan.

"Kenapa kau tak bunuh je perempuan ni?" Tanya Maya, wajahnya kelihatan merah menahan marah. Wajah gembira Puan Natali membuatkan Maya merasa muak.

"Natali dikawal rapat oleh beberapa bodyguard yang disediahkan oleh Dato Sopian." Jelas lelaki itu lagi.

~°~

"Wohoooo!" Kimi menaikkan kedua tangannya ke atas, rambutnya kelihatan tidak terurus kerana tiupan angin yang kuat. Saat itu Kaisara menungang skuternya dan Kimi pula duduk di belakang sebagai penumpang.

Kaisara berniat ingin bersiar-siar di sekitar halaman rumah bersama skuter kesayangannya. Alangkah gembiranya dia saat diberi keizinan dari Puan Aishah.

"Janganlah gerak nanti kita jatuh." Kata Kaisara risau kerana mereka berdua tidak memakai helmet saat itu.

"Okay." Kimi tergelak kecil lalu menurunkan tangannya.

Mata Kaisara membulat saat dia melihat kereta Damian yang terparking di halaman rumah, Kaisara terus mematikan enjin skuternya.

"Kenapa?" Tanya Kimi pelik. Kaisara hanya mendiamkan diri sambil melihat ke arah kereta Damian. Kaisara ingin memastikan adakah Damian ada di dalam kereta tersebut atau tidak. 

Sebenarnya sudah 10 minit kereta Damian terparking di halaman rumah, namun dia hanya duduk diam di dalam kereta sambil melihat ke arah Kaisara dan Kimi. Dia sangat merindui Kaisara, melihat wajah gembira Kaisara saat tidak bersamanya itu membuatkan dia terfikir bahawa Kaisara tidak merasa hal yang sama dengannya.

Tapi hal itu tidak akan membuatkan Damian putus asa. Dia terima apa sahaja jawapan yang akan Kaisara katakan padanya.

Damian keluar dari perut kereta. Jantung Kaisara tiba-tiba berdegup kencang saat mata coklat jernih milik Damian melihat tepat ke arahnya. Kulit putih pucat Damian kelihatan sangat menawan di bawah sinaran cahaya matahari.

Kaisara tiba-tiba terasa sebak saat melihat Damian pergi ke arahnya, dia sangat merindui Damian.

Langkah Damian terhenti saat melihat air mata Kaisara mengalir di pipi, Kaisara turun dari skuternya lalu pergi ke arah Damian.

Damian meneruskan langkahnya untuk mendekati Kaisara.

"Kai.." Panggil Damian. Tanpa berkata apa-apa Kaisara terus memeluk tubuh Damian dengan erat. Kaisara menangis teresak-esak di dada Damian.

"Kenapa nangis?" Damian membalas pelukan Kaisara. Dia tidak tahu apa yang membuatkan Kaisara menangis namun hal itu membuatkan hatinya terluka.

Kimi yang masih duduk di skuter hanya diam sambil menyaksikan adegan tersebut.

Kaisara mendongakkan wajahnya kerana ingin melihat wajah Damian, pandangan mereka bertemu.

"Kenapa ni?" Damian mengesat air mata Kaisara menggunakan tangan kanannya, sedangkan tangan kirinya pula masih kemas memeluk Kaisara.

"Kai.. Rin.. Rindu Damian." Kaisara berkata dengan tersekat-sekat. Damian kelihatan terkejut saat mendengar kata-kata Kaisara. Namun hal itu membuatkannya sangat gembira.

Damian tersenyum, bibir merah jambunya kelihatan lebih menawan dari sebelum ini. Damian mengeratkan pelukannya, dia tidak menyangka Kaisara merasakan hal yang sama dengannya.

"Ehem.." Kimi berdeham membuatkan Damian dan Kaisara melihat ke arah Kimi dengan serentak.

𝓗𝓮𝓵𝓹 𝓶𝓮 𝓽𝓸 𝓶𝓪𝓴𝓮 𝓲𝓽 𝓼𝓱𝓲𝓷𝓮 ⭐
|🌹THANK YOU🌹|

🅲 𝗗𝗘𝗔𝗥 𝗗𝗔𝗠𝗜𝗔𝗡Where stories live. Discover now