“ Aalya nak Pak Kassim tunggu di sini ke? “ Tanya Pak Kasim

“ Pak Kasim pergilah mana-mana dulu. Saya mungkin akan ambil masa yang agak lama. “ Kata Aalya dengan senyuman sebelum dia beredar

Ting Ting !

Aalya melilau memandang ke kiri dan ke kanan mencari susuk tubuh seorang Victor Daniel. Matanya kemudian terarah kepada seorang lelaki yang duduk di hujung kafe dengan tangan yang disilangkan di dada dengan mata hitam yang memandang tajam ke arah Aalya.

Fuhhh handsome siot!!

Kaki gadis itu laju menuju ke meja tersebut dan tanpa dipelawa, dia terus melabuhkan punggungnya di atas kerusi.

“ Mana Naz? “ tanya Aalya

Victor tergelak kecil melihat wajah risau Aalya. Nampak sungguh Aalya sayang akan kawannya itu.

“ Dia dah balik 20 minit lepas. “ Kata Victor

“ You lambat. “ Sambungnya

Aalya melepaskan keluhan berat… Dia memang tidak mahu Amsyar ada bersamanya sekarang. Lagipun Amsyar sendiri tidak tahu akan dia pergi berjumpa dengan Victor. Kalau dia tahu, memang Amsyar akan bergegas ke kafe itu sekali lagi…

“ I tak nak buang masa I, apa Naz cakap dekat you? “ Tanya Aalya

Victor menyandarkan badannya di kerusi sebelum tangannya diangkat. Dengan itu, seorang pelayan wanita muncul lalu memberikan senyuman manis kepada Aalya.

“ Ada apa-apa cik nak buat pesanan? “ Tanya wanita itu

Aalya memandang Victor dengan geram. Boleh pula jejaka ini melengah-lengahkan masanya dengan menyuruh dia memesan makanan dan minuman pula.

Orderlah. I belanja. “ Kata Victor

Just plain water, please. “ Kata Aalya dan pelayan itu mengangguk sebelum beredar

Tak ada selera nak makan minum.

Aalya kemudiannya memandang kembali wajah Victor dengan wajah ketatnya.

“ Apa yang Amsyar cakap dekat you? “ Tanya Aalya dengan serious

“ Apa yang akan I dapat bila I bagitahu dekat you apa yang Amsyar buat dekat I? “ Kata Victor

Seriously right now? “ Kata Aalya, matanya tajam memandang wajah victor yang tersengih ibarat kerang busuk

Victor tergelak kecil tatkala wajah Aalya berubah merah. Marah barangkali akibat Victor yang mula bermain-main. Ingat Victor tu akan takut ke…

" Disebabkan you ni Amsyar's, i bagitahulah apa kekasih hati you  tu cakap dekat I. " Kata Victor
















Laju kereta mewah itu dipandu, nafasnya berombak-ombak. Nasib sahaja dia masih lagi mematuhi peraturan di jalan raya. Nasib saja dia masih tidak melanggar mana lampu isyarat merah. Stereng kereta digenggam serat dan mata jejaka itu jelas menunjukkan api kemarahan yang membuak-buak.

Kakinya melangkah keluar dari kereta itu. Sebuah kafe yang jelas berdiri di depannya dipandang dengan pandangan tajam. Matanya kemudian terarah ke cermin kaca yang menjadi penghalang antara dia dan seseorang lelaki yang telah menaikkan amarahnya.

Lelaki yang enak menghirup Americano panas itu dipandang dengan rasa geram. Kakinya laju melangkah masuk ke dalam kafe tersebut. Kafe di mana dia telah menghantar Victor sebentar tadi.

TING! TING!

Muka yang jelas merah padam dengan pandangan yang tajam terarah kepada lelaki tersebut cukup membuatkan aura gerun memenuhi suasana kafe itu. Tangan kekarnya habis timbul urat-urat hijau dan ungu.

nazrin amsyar : his another half ꒰ H ꒱Where stories live. Discover now