AKHTAR - BAB 20✨

19.9K 585 26
                                    



ANGIN malam melanggar permukaan wajahnya. Tidak dihiraukan lagi rambutnya yang berterbangan. Aira memejam mata rapat. Dia berada di balkoni bilik hotelnya.

Sejak tadi lagi mood dia menurun. Selepas sahaja habis resepsi tadi, dia terus menjauh dari suaminya. Dia masuk ke bilik Wani tetapi dihalau oleh Wani. Dan disinilah dia. Berada di balkoni biliknya.

Suaminya sedang mandi. Sewaktu dia masuk ke bilik tadi, Akhtar sudah berada dalam bilik air. Terbit rasa bersalah kerana meninggalkan suaminya seorang diri.

Tapi dia harus menjauh seketika untuk menenangkan hatinya yang gusar. Aira menghela nafas seketika.

Sedang asyik dia melayan perasaan, terasa ada satu tangan kekar yang memeluknya dari belakang. Bauan sabun mandi menerpa ke dalam rongga hidungnya.

Terpejam mata Aira sambil menyentuh perlahan lengan yang melilit pinggangnya. Dia menyentuh sekejap tangan kasar yang menyentuh perutnya. Dia hanya memakai baju tidur yang nipis. Jadi dia dapat merasai tangan itu mnyentuh lembut kulit perutnya.

Akhtar membenamkan kepala ke ceruk leher isterinya. Aira menggeliat halus apabila terasa lembap bibir suaminya yang melekap di bahagian lehernya. Terasa sedikit kumis tajam suaminya. Geli! Tapi.. suka..

"A-abang.." Aira menepuk perlahan tangan Akhtar yang makin mengelus halus di perutnya.

"Baby abang pergi mana tadi? Dari tadi abang tunggu.. Abang call tapi telefon sayang ada dalam bilik. Abang baru je nak ajak mandi bersama tadi." Aira snyum nipis. Samar-samar sahaja kedengaran suara suaminya.

"Maaf, Aira ada dalam bilik Wani tadi. Nak bercakap sikit dengan dia.." Akhtar menggoyangkan badannya dan badan Aira. Terletus ketawa Aira dengan perangai suaminya.

"Yeke? Bukan sebab nak lari dari Abang?" Aira terus mengemam bibirnya. Taktahu nak jawab apa sebab tekaan suaminya itu sangat tepat.

Akhtar memusingkan badan Aira supaya menghadapnya. Terbeliak mata Aira apabila dihidangkan badan sasa suaminya yang tidak berbaju. Hanya tuala sahaja dililit dipinggangnya. Gulp. Sixpack dia...

Akhtar medongakkan wajah Aira menggunakan jari telunjuk dan menolak dagu Aira keatas. Aira kemam bibir. Seksinya suaminya.. Rambut masih basah..

Akhtar senyum. Dia tahu kemana mata Aira tadi. Dia suka Aira tilik dia dari atas ke bawah tapi sekarang bukan masa yang ssuai. Dia nak bincang pasal hal tadi. Kena selesaikan! Malas nak tangguh.

"Look. Abang tak suka sayang buat perangai macam ni. Sayang selalu lari dari masalah. Sebelum kita kahwin dah dua kali sayang lari dari abang. Dua kali sayang block whatsapp abang tanpa penjelasan." Aira menunduk. Air mata dah bergenang.

Akhtar memegang tepi kepala Aira dan dongakkan kepala Aira. Dia nampak mata berkaca isterinya. Diusap perlahan wajah itu.

"Kita berbincang lepasni ok? Kalau ada masalah kita bincang. Jangan lari dari abang. Kalau abang ada salah atau menyakiti sayang, bagitahu abang terus. Jangan nangis sorang diri. Jangan pendam. Abang taknak sayang sakit.." Akhtar mengesat perlahan airmata Aira.

"Tapi.. apa yang makngah cakap tu betul. Saya bukan siapa-siapa. Saya tak sesuai dengan abang. Saya takde apa-apa untuk dibanggakan. Sa--"

Akhtar terus melekapkan bibirnya ke bibir Aira. Aira memejam mata dengan linangan air mata. Akhtar melepaskan ciuman. Dia mengesat lagi airmata Aira.

"Abang yang pilih Aira. Abang yang nak Aira berdiri disamping abang. Abang yang berhak tentukan hidup abang. Makngah tak berhak. Sedangkan umi dan abi pun tak pernah masuk campur hal abang, makngah siapa nak sibuk dalam hal abang?"

AKHTAR [C]Where stories live. Discover now