AKHTAR - BAB 43✨

12.5K 476 4
                                    




PUAN Ariana mengelus perlahan kepala anaknya. Manjaaa. Dari tadi lagi memeluk dirinya. Mereka berdua sedang duduk diatas sofa sambil berpelukan. Tengah menunggu papanya untuk bercerita.

Aira bercadang untuk tidur dirumah mama dan papanya malam ni. Akhtar hanya setuju kerana dia tahu isterinya ingin melepaskan rindu.

Jadi Akhtar sudah masuk ke dalam bilik tidur dirumah mertuanya. Ingin memberi ruang kepada Aira yang ingin bermanja dengan ibubapanya.

Puan Ariana senyum tipis. "Maafkan mama sayang. Selama ni mama tak pernah endahkan Manda. Mama tak bagi kasih sayang yang cukup pada anak mama ni. Tapi mama janji lepas nimama akan luahkan semua kasih dan sayang mama pada Manda.. Manda nak mama berhenti kerja?"

Terus Aira menjarakkan kepala dari riba mamanya. Wajahnya sebik. "Mama.. jangan la berhenti kerja. Manda taknak sebab Manda, mama kehilangan sesuatu yang bermakna bagi mama. Manda taknak macam tu.."

Puan Ariana mengelap airmata anaknya yang bercucuran. Alahai sayang. Kenapa airmata awak murah sangat harini?

"Tapi Manda lagi bermakna dari pekerjaan mama. Mama nk tebus segalanya untuk Manda.." Aira menggeleng.

"Taknak.. Kalau mama nak tebus, mama bagitau je Manda bila mama free. Manda akan datang rumah mama. Mama janganlah berhenti kerja semata-mata kerana Manda. Kalau mama tak sayang Manda, mama buat la.." Perlahan sahaja ayat terakhirnya.

Puan Ariana gelak perlahan. Lucu pula ayat terakhir anaknya itu. "Ya baiklahh. Mama mengikut perintah Manda. Okay?" Aira senyum dan mengangguk laju.

"Amboi sakan bercakap.. Dah lupa papa?" Aira terus panggung kepala kearah papanya yanh membawa air untuk mereka. Ehekk patutlah lama smacam. Tengah berperang kat dapur rupanya.

"Papa.." Aira langsung kearah papanya dan memeluk erat. Tuan Arman tergelak. Tak sangka anaknya manja terlebih had..

Selama ini hanya riak biasa sahaja yg dipaparkan oleh Aira.. Harini dah terbongkar manja overdose dia..

"Yaa sayang.." Tuan Arman mengelus rambut anaknya.

"Papa ceritalah semua.. Manda nak dengar.."

Tuan Arman mengangguk. Manakala Puan Ariana mengelus perlahan rambut anaknya. Entah mengapa dia merasakan Aira seumpama anak kecil yang ingin mendengar cerita dari ibubapanya sebelum masuk tidur. Tersengih Puan Ariana memikirkan itu.

"Paklong Manda ada berjumpa papa.. Dia berbincang nak nikahkan Manda dan Raiqal.. Tapi papa menolak. Papa cakap tak boleh kerana Manda ada hak sendiri. Kemudian paklong Manda terus mengamuk.."

Aira setia mndengar.. Papa.. rupa-rupanya papa memikirkan hal dia dari awal..

"Kemudian paklong ugut papa untuk musnahkan syarikat papa. Dia ingin menarik balik kesemua aset papa. Papa tak boleh fikir panjang sebab itulah papa nak Manda kahwin dengan Raiqal.. Papa taknak hidup miskin kerana papa nak Manda hidup dalam kemewahan.."

Aira menangis. Ya Allah. Papanya mendahuluinya. Fikirnya papa dia selfish dan inginkan kekayaan untuk diri sndiri.. Tapi tanggapannya salah.

"Selepas sahaja paklong tahu yang Manda kahwin dengan Akhtar, dia terus naik hangin. Dia tarik semua aset syarikat. Sebab itulah papa selalu sibuk.. Papa balik lambat.. Mama pun terabai kerana papa. Kami bergaduh teruk. Dan papa rasa ini balasan kerana papa tak menjaga Manda dengan baik."

"Betul kata Akhtar. Papa tak bersyukur dan tak menjaga seeloknya malaikat kecil papa ni. Sehinggalah anak papa ni makan hati sehingga dewasa. Benarlah kata dia bahawa Manda tak pernah bahagia.. Papa khilaf."

Aira memeluk erat papanya. Betul apa yang papa cakap namun dia sudah tidak kisah. Dia hanya mahukan keluarganya sahaja sekarang. Dia dah lupakan yg silam..

"Selepas papa cerita pada mama tentang ni, mama terus marah. Dia nak jumpa abangnya itu. Namun papa tak izinkan selepas papa tahu paklong penagih dadah.. Papa taknak dia sakiti mama sepertimana dia sakiti arwah isterinya.."

Puan Ariana rasa pilu. Sehingga skarang dia tak mampu menatap abangnya. Sakit sangat hatinya melihat perilaku abangnya yang tamak haloba..

"Papa pun terus mengekori Manda kemana sahaja Manda pergi. Papa nak lindungi Manda selepas paklong aim Manda.. Setiap masa papa akan ekori Manda. Papa dah tak kisah pasal syarikat. Hanya Manda je yang ada dalam fikiran papa.."

"Papa.." Aira menggogoi. Kerana itulah dia rasa selalu diperhati? Betapa besarnya pengorbanan papanya.

Tapi dia tak nampak akan hal itu. Dia cuma nampak papanya yang panas baran. Tapi dia tak nampak kasih sayang yang dicurah oleh bapanya dalam diam..

"Sekarang mereka dah ke lokap. Papa lega. Lega sangat. Papa rasa beban papa dah ringan. Papa tak pernah benci Akhtar. Lepas sahaja papa tengok dia pertahankan Manda, papa terus rasa lega.. Ada yang bleh jaga Manda.."

"Kalau Manda nak tahu, papa dan mama ada datang ke majlis perkahwinan Manda.."

Terbeliak mata Aira. "Tapi kenapa Manda tak nampak pun?" Tuan Arman senyum tipis. Sempat dia menyisir rambut anaknya.

"Kami pandai menyorok la Manda.. Apa Manda ingat mama dan papa jahat sangat ke smpai tak pergi ke perkahwinan anak sndiri?" Aira mncebik. Dia terus berpaling kearah mamanya dan memeluk erat..

Puan Ariana menggeleng. Manjanya.. Inilah yang dia nak selama ni.. Puan Ariana melihat jam sekilas.

"Manda.. Dah pukul 11 malam. Pergi masuk bilik. Tak baik tinggal suami lama-lama ni.." Aira terus memuncung. Dia terus duduk menegak sambil berpeluk tubuh.

"Taknak.. Abang jahat. Dia tak suka Manda berkepit dengan dia. Rimas katanya.." Puan Ariana berkerut.

Sempat dia mengerling kearah suaminya sekilas. Tuan Arman juga berkerut. Takkan lah Akhtar buat macam tu pada anaknya?

"Akhtar bagitau dia rimas dengan Manda ye?" Lembut sahaja pertanyaan dari Puan Ariana. Taknak anaknya terguris hati..

Aira mencebik. "Abang tak cakap macam tu..Haritu Manda peluk dia. Lepastu dia tertanya kenapa Manda peluk dia tak lepas. Dia cakap Farhan dan Paklong dah masuk lokap. Jadi tak perlu risau. Nampak sangat dia tak nak Manda peluk dia kan?"

Tuan Arman dan Puan Ariana tercengang. Lah? Sebab tu je? Dia masih tak nmpak dimana kesalahan menantunya itu. Takkan sebab perkataan tu Aira terus terasa?

Tuan Arman berdehem. "Ya.. Akhtar salah. Nanti papa rotan dia okay? Dahh.. Manda masuk bilik cakap pada dia papa rotan dia nnti.."

TERPAKSA. Terpaksa menangkan walaupun dia tak nampak dimana kesalahan Akhtar! Kalau tak buat macam ni nanti Aira merajuk pula dngan dia..

Aira menggeleng. "Tak boleh rotan.. Nanti sakit la abang.." Mereka berdua menyimpan keluh. Hmm nak marah tapi sayang eh?

TBC🤍
Amboi la dia ni. Cepat sngat terasa hati sekarang. Dah kenapa?

Vote and comment❤️

AKHTAR [C]Where stories live. Discover now