AKHTAR - BAB 39✨

11.9K 426 5
                                    




"YEKE dik? Akak tak tahu pula pasal tu.." Kata Aira sambil telefon dilekapkan di telinga. Dia sedang menyapu lantai. Padahal habuk dah takde kerana dah memang ada orang bersihkan rumah mereka 3 kali seminggu.

Tapi Aira dah bosan tahap gaban dah. Ape salahnya tunjuk rajin sikit..

"Bekas awek dia ke?" Aira dan Akira sedang bergosip ye kawan-kawan. Alahh bukan pasal orang lain pun.. Dia duk gosip pasal perempuan yang Akira jumpa di mall haritu..

"Nama dia Lydia? Akhtar tak pernah pula sebut pada akak.." Aira berkerut. Tapi setelah difikir balik, itu mungkin boleh jadi penyebab Akhtar dan Farhan bergaduh kerana Zarif ada bagitahu mereka bergaduh kerana seorang gadis..

Aira terus mengalihkan kepalanya apabila mendengar bunyi kereta diluar rumahnya. Aira tersenyum. Hehe mesti suaminya tuu.

"Dik, akak off dulu tau. Akak rasa abang Akhtar dah balik.." Terus Aira memegang telefonnya tanpa menutup. Dia memang macam tu. Dah excited nak jumpe encik suami..

'Akak? alaa adik baru nak gosipp..' Terus Akira melihat skrin telefonnya. Aira tak tutup? Hehe dia pun tak nak tutup la.. Mana la tahu dapat dengar suara mengada abangnya bermanja dengan Aira ye dak?

Aira mengambil tudung. Kebiasaannya macam tulah. Pernah Akhtar bertanya kenapa pakai tudung padahal nak buka pintu saja.. Aira jawab..

'Rambut Aira terlalu cantik dan sempurna untuk dtunjukkan kepada orang. Hanya lelaki yang sempurna macam abang je yang layak tengok..'

Ceit. Macam tak kena sahaja ayat tapi takpe, Akhtar terima.

Aira membuka pintu dan tersenyum namun senyumannya memudar apabila melihat figura dihadapannya..

"Farhan.."

Farhan senyum senget. "Gotcha. Miss me already hm?" Baru sahaja Aira ingin menutup pintu namun Farhan sudah menarik tangannya dan meletakkan sapu tangan dihidung Aira.

Aira bergelut namun beberapa saat kemudian dia pengsan terkulai di pangkulan Farhan.

Farhan tersengih dan mengangkat Aira untuk ke keretanya. "Well, aku takkan buat jahat pada Akira sebab dia sepupu aku. Tapi kau.. tch. Bukan sesiapa bagi aku.."

*:・゚*:・゚


AKIRA sudah seumpama cacing kepanasan! Dia mencari ahli keluarganya didalam rumah. "Abi!!Umi!! Tolong!!" Abi, umi dan Cikdah terus meluru kearah Akira.

Abi memegang bahu Akira. "Kenapa ni? Kenapa jerit?" Akira sukar bernafas sekarang!

"Tadi adik call akak Aira. Kami bersembang macam biasa tapi lepas tu adik terdengar akak sebut nama Farhan. Lepas pada tu talian terus tertutup. Please abi... buat sesuatu. Adik.. adik takut.."

Tuan Akhram sudah risau.. Sedikit sebanyak dia sudah tahu perangai anak saudaranya itu apabila Puan Farhanah menyuruh mereka agar berhati-hati..

Awalnya mereka tidak mengambil cakna sangat tetapi setelah Puan Farhanah merakam video keadaan Farhan yang mabuk dan mengamuk, kini mereka sudah tergugat akan itu..

"Takpe. Abi call Akhtar sekarang.."

*:・゚*:・゚


AKHTAR mengigit isi pipinya. Agak seriau ye apabila Zarif, Raqif dan Akhmal menunggu bicaranya..

Akhmal mengeluh. "Like really? Along nak ajak kita orang main merenung mata eh? Berpeluh ketiak angah tunggu kau bercakap long.."

AKHTAR [C]Where stories live. Discover now