AKHTAR - BAB 32✨

15.3K 560 4
                                    




AIRA masih diam. Begitu juga Puan Ariana. Situasi kekok sahaja diruang tamu itu. Aira berdehem sedikit.

"Macam mana mama kenal rumah kami?"

Puan Ariana langsung panggung wajahnya yang tertunduk tadi. Tersenyum dia apabila dapat mendengar suara yang dirinduinya.

"Mama dapat location daripada Akhtar.. Lepas je beli-belah haritu Akhtar ada bagi nombornya pada mama. Jadi mama mintalah location dengan Akhtar. Armanda..marah ke mama datang?"

Aira hnya meng'oo' sahaja. Patutlah agak lambat je Akhtar masuk ke kereta haritu. Rupa-rupanya dia bertemu mama.

"Takdelah.. Manda tak marah pun.." Puan Ariana tersenyum lebar. Takpelah kalau anaknya masih janggal dengannya asalkan dia dapat dengar suara anaknya itu.

"Oh ya mama datang sini ada bawak buah strawberi. You suka kan? Kawan mama pergi Cameron Highlands 2 hari lepas. Mama ada minta dia beli sedikit untuk Armanda. You ambil la makan. Dapat sekali coklat dia.."

Mata Aira sedikit berair.. Mama.. masih ingat makanan kegemarannya walaupun mama seperti tak pernah ambik tahu halnya..

Aira snyum nipis. "Terima kasih mama." Puan Ariana mengangguk sambil menghulurkan strawberi itu.

Aira memang seperti itu. Kebiasaannya dia bercakap banyak. Tapi apabila dia bertutur sedikit sahaja dari biasa itu maknanya...

Dia terasa hati dengan orang tersebut.


*:・゚*:・゚



"KALAU kau suruh aku trace location orang, aku boleh tolong. Tapi ni? Kau suruh aku cek hubungan antara orang A dngan orang B. The heck? Kau ingat aku ahli nujum ke Tar?"

Tak faham! Tiba-tiba sahaja Akhtar datang kerumahnya hanya untuk menyuruhnya memeriksa apakah hubungan Farhan dan bapa mertua lelaki iu. Gila agaknya laki orang ni.

Akhtar menjeling. "Kau kan boleh jejak telefon orang. Kau trace la suara diorang bercakap. Alah tu pun nak suruh aku ajar ke?" Zarif menjeling. Ape dia ingat mudah macam tu ke?

"Untuk trace yang tu kena ambik masa seminggu jugak tau?"

"Tipu ah kau. Habistu aku tengok orang lain senang je dapat informasi.."

Zarif terus menjentik dahi Akhtar. "Sakit bodoh!"

"Kau kena tengok orang jugak. Yang trace tu pihak atasan. Pihak polis dan penyiasat. Diorang ada alatan canggih yang orang lain tak ada. Aku ni stakat masyarakat biasa tak mampu nak dapatkan peralatan-peralatan tu tau?"

"Gila la dia ni. Kena tunggu 7 hari gak ah untuk dapat result. Tu pun tak pasti. Kemungkinan seminggu dua jugak untuk access telefon diorang."

Akhtar berdecit perlahan. Sakit kepala. Selagi tak dapat jawapan selagi itulah dia was-was.

Akhtar belum mengenali Farhan dengan lebih teliti. Dan dia belim mngetahui aktiviti haram Farhan. Hanya Akhmal dan Raqif sahaja yang tahu tapi diorang belum smpat untuk menceritakan kepada Akhtar.

*:・゚*:・゚



"ABANGQIF , kita nak beli apa kat sini?" Tanya Akira sambil kepalanya melihat Raqif yang masih menaip telefonnya.

Akira mencebik. Cis dia buat tak layan pula. Akira terus melihat sekeliling. Terus dia mengecilkan mata apabila ternampak seseorang yang berada dipenjuru pasaraya itu. Tu macam..

"Ape dia buat kat sini? Bukan ke dah lama menghilang ke?" Bisik Akira lalu menggaru kepalanya. Ya. Dia sangat mengenali perempuan itu.

Raqif berdehem. "Jom kita pergi kat kawan abang. Dia cakap nak jumpa abang kejap. Akira ok kan?" Akira tersentak.

AKHTAR [C]Where stories live. Discover now