AKHTAR - BAB 16✨

13.3K 581 44
                                    



TERGOPOH-gopah Akhtar keluar dari private jet milik daddy Zarif. Zarif mengaduh sakit apabila dengan selambanya Akhtar melanggar bahunya.

Akhmal yang memapah Raqif itu hanya menggeleng kepala sahaja. Dari tadi lagi tak senang duduk abangnya tu. Tak sabar sangat nak jumpa kekasih hati dia tu.

"Kau ok ke Qif? Kau rehat rumah aku dulu lah.." Dari tadi lagi dia memujuk Raqif agar duduk sementara dirumah abinya.

"Taknak la aku. Segan la. Ada umi dan adik perempuan kau. Mesti diorang tak selesa nanti kena pakai tudung 24jam. Aku taknak susahkan korang." Akhmal menyekeh kepala Raqif.

Raqif berdecit sambil melihat Akhmal dengan pandangan tidak percaya. Eh? Suka suki kau sahaja sekeh kepala cerdik aku ni?

"Kau ni kan. Degil. Duduk jelah. Adik aku tu asyik terperap je dalam bilik layan korea dia. Takde maknanya dia nak duk dekat ruang tamu perhatikan kau. Rumah aku besar apa. Duduk jelah. Banyak songeh lah! Huh!" Akhmal mendengus lalu pergi tinggalkan Raqif yg keseorangan.

Raqif tergelak. "Woi habistu siapa nak papah aku ni?"

"Hah takde! Jalan la sorang diri. Acah kuat sangat tadi kan?" Jerit Akhmal yang sudah berada beberapa meter dihadapannya. Raqif menggeleng kepala. Akhmal Akhmal.. Tak pernah berubah..

*:・゚*:・゚

"AKU kira sampai tiga je Aira. Bukak pintu ni atau aku terajang je sampai pecah". Aira gelisah. Dia menyandar badannya dibelakang pintu rumah Wani.

Aduh time macam ni lah Wani takde kat rumah. Aira dah sesak nafas dah ni. Takut lain macam apabila Akhtar mengetuk pintunya sampai hampir roboh.

"Aira..." Panggil Akhtar meleret. "Kau cabar aku kan. Takpe. Aku terajang je. Serius tak tipu. Satu.." Aira memejam matanya. Macam mana ni?

"Dua..." Aira menggigit bibirnya. Gementar.

"Ti..." Aira terus membuka pintunya. Baru sahaja dia ingin menghambur kemarahan tetapi ape yang terpapar dihadapan matanya ketika ini membuatkan matanya terbeliak luas.

"Akhtar! Kenapa muka awak lebam ni?" Aira langsung menekup kedua-dua pipi Akhtar. Akhtar mendesis sakit.

"Alamak. Maaf saya tak sengaja." Dia mengusap kembali pipi kiri Akhtar. Akhtar merenung sahaja wajah yang dirinduinya ini. Akhtar langsung menarik perlahan pergelangan tangan Aira. Terkejut sekejap Aira.

"Eh Akhtar awak nk bawa sye kemana ni?" Aira bergelut ingin melepaskan genggaman Akhtar di pergelangan tangannya tapi tenaga dia tidak sekuat tenaga Akhtar.

Laju sahaja dia berlari mengikut langkah Akhtar. Aira melepaskan nafas lega apabila Akhtar membawanya ke taman perumahan kawasan ini. Nasib baik dibawa kesini.

Kalau dibawa ke hotel atau rumah memang aku sepak je kelangkang dia. Huh!

Akhtar melepaskan genggamannya. Dia kembali mengadap Aira. Dia mengelus lembut pipi kiri Aira. Aira memandang wajah tampan Akhtar yang rapat dengan wajahnya sekarang.

"Sakit?" Aira terpinga-pinga. "Hah?" Akhtar senyum segaris.

"Pipi kau agak kemerahan. Macam kesan kena tampar. Kau taknak cerita apa-apa dekat aku ke?" Aira menggigit bibirnya. Macam mana ni? Akhtar mengeluh.

"Come duduk dulu dekat bangku ni." Dengan selambanya Akhtar menarik tangan Aira untuk duduk di bangku. Ehh anak Encik Akhram ni? Asyik sentuh anak dara orang je.. Gataii..

AKHTAR [C]Where stories live. Discover now