AKHTAR - BAB 10✨

15.6K 673 29
                                    



AIRA setia menunggu. Dia masih menunggu di persisiran pantai. Sengaja dia memilih tempat ini untuk menenangkan hatinya.

Dia berdiri dan matanya berkedip lambat melihat ombak yang menenggelamkan kakinya. Matanya kuyu. Kaki makin kehadapan menghampiri ombak. Dia tidak tahu. Apa yang pasti dia nak tenangkan jiwanya sahaja. Paras air dah hampir pada lututnya tapi dia masih tidak sedar akan itu.

"AIRA!" . Tersentak sekejap Aira. Terus terhenti langkahnya. Dia terus menoleh kebelakang. Ada dua jejaka yang berlari kearahnya. Akhtar dan .. Seorang lagi dia tak pasti siapa.

Aira kembali menangis apabila melihat wajah Akhtar yang makin mendekat. Tidak semena-mena dia berlari menerpa kearah Akhtar dan memeluk erat badan Akhtar. Mukanya tersembam didada Akhtar.

Dia menangis semahunya sehingga basah baju kemeja putih lelaki tersebut. Sangat erat pelukannya sehingga Akhtar dapat merasa seluruh lekuk tubuh hadapan Aira yang melekat dengan badannya.

Akhtar mengangkat tinggi tangannya untuk mengelak daripada tersentuh anggota badan Aira. Dia menelan liur kesat. Terkejut dengan apa yang terjadi. Dia mengerling kearah Akhmal. Akhmal juga tidak kalah reaksinya. Terlopong dia melihat aksi panas abangnya skarang.

"Along.. Tak sangka.." Akhtar menggeleng laju kepalanya untuk menidakkan apa yang difikir adiknya. "Angah tak sangka long kau lagi extreme daripada angah! Pandai eh kau skarang!" Akhmal mengangkat kedua kening berulang kali sambil tersengih miang.

Akhtar mendengus. Cis. Itu yang difikirnya. Akhtar kembali melihat kebawah. Eh budak kecik ni sedar ke tak apa yang dia buat ni?

Akhtar memandang sekelilingnya. Fuhh.. Nasib baik tiada orang. Memang la takde orang. Sekarang baru pukul 12 tengah hari. Siapa je yang datang ke pantai waktu macam ni? Ha yelah. Sikecik yang tengah peluk dia ni je yg pelik.

Akhtar pulak bergegas datang tanpa berfikir tempat strategik tadi. Nasib baik Akhmal pun ada. Kalau tak, tak pasal-pasal kena tangkap basah.

Lama betul Aira memeluknya. Akhtar dapat rasai badan Aira yang masih menggigil kerana dia masih menangis teresak-esak. Akhtar mula menekup kedua pipi Aira dan menarik rapat kearah wajahnya.

Aira mendongak. Wajahnya merah. Matanya berkaca. Airmatanya mengalir laju. Bibir merah tersebik-sebik menahan tangisannya.

Akhtar tersenyum kelat. "Heyy. Kenapa ni hmm? Siapa buat kau nangis macam ni?" Akhtar mengesat airmata Aira dengan jari kasarnya. Aira rasa hangat ibu jari kasar itu. Tertutup sekejap matanya. Hangat yang menyenangkan.

"Come. Kita bercakap dekat bangku sana. Panas ni kat sini nanti kau demam. Jom ikut aku." Lembut sahaja pertuturan Akhtar ketika ini. Akhtar merungkaikan pelukan tersebut dan menyisipkan jari jemarinya dengan jemari kecik molek itu.

Aira hanya mengikut sambil matanya terarah ke tangan kecilnya yang hilang dalam genggaman tangan kasar berurat tersebut. Dia tersenyum tipis.

Akhmal masih lagi terkejut. Dia masih terpinga-pinga di tempat yang sama. "Weh serius lah along aku bercakap lembut mcm tu? Lemah gemalai macam tu? Siap pegang tangan perempuan pulak tu! Weh haram lah weh!" Akhmal menjerit tapi hanya perlahan sahaja. Hanya dia saja mendengar.

Kemudian dia mengeluarkan gadjet nipisnya dari poket. Terus dia buka aplikasi camera. Dia snap beberapa keping gambar Alongnya yg masih memegang erat tangan gadis tersebut. Nak tunjuk pada umi.

Biar dia rasa! Haa membujang la lama lagi kan dah menggatal tak bertempat! Siap lah nnti dia kena marah muehehehe. Akhmal tersenyum jahat lalu sambung mengekori abang dan 'bakal kakak iparnya' itu.

AKHTAR [C]Where stories live. Discover now