AKHTAR - BAB 27✨

13.9K 526 47
                                    



SUNYI sahaja suasana pagi hujung minggu ini. Abi sudah ke masjid. Umi dan Cikdah pula pergi ke pasaraya. Akhmal pula keluar mendaki bersama Raqif. Akira pula pergi ke kelas. Hujung minggu pun ada kelas. Haih.

Termenung sahaja Akhtar di ruang tamu. Dia mengetap bibirnya. Isterinya sudah kurang bercakap sejak semalam.

Kebiasaannya ada sahaja mulut becok itu ajak bercakap dan menggesel manja inginkan perhatiannya. Tapi harini diam saja wanita itu. Terasa kah dia?

"Abang jom la makan. Nanti sejuk pula makanan ni." Akhtar terkalih kearah isterinya. Akhtar senyum nipis kemudian terus ke ruangan dapur.

Terus dia memeluk pinggang Aira dari belakang. Dagu diletakkan dibahu Aira.

"Kenapa sayang tak manja dengan abang pagi ni?" Aira senyum tipis sambil mengelus perlahan tangan kekar suaminya.

"Saje.. Aira tak nak abang bosan kalau Aira asyik melekat dengan abang. Sebab tu Aira nak kurangkan sikit. Takut nanti abang rimas..macam semalam."

Akhtar memejam mata. Ya Allah. Isterinya sangat terasa dengan kelakuannya. Akhtar memeluk erat isterinya.

"Takdelahh.. Mana ada abang rimas. Abang suka isteri abang ni manja. Jangan lah ubah perangai sayang tu. Abang rinduuuu.." Aira tergelak nipis sambil tergeleng.

Sunyi seketika keadaan. Hanya bunyi sudip berlaga sahaja.

"Tengok la tu. Diam pula. Abang tak suka lah suasana senyap macam ni. Mana bini abang yang kepoh macam sebelum ni hm?" Aira mengemam bibir.

Aira memusing tubuhnya lalu menepuk perlahan kedua-dua pipi suaminya. Dia senyum. "Aira belum mandi lagi.." Akhtar menjungkit kening. "Okay. Lepastu? Kenapa tak mandi lagi ni?"

Aira menjinjing sedikit ingin berbisik di tepi telinga Akhtar. "Teman Aira mandi nak?" Terbeliak mata Akhtar mendengar bisikan itu.

Aira senyum malu-malu. Aih dah lama nak minta. Harini jelas tiada sesiapa kerana itulaj dia berani meminta tu.

Akhtar menggigit bibir. "Ok jom." Terjerit Aira apabila Akhtar tiba-tiba mendukungnya gaya bride.

Aira memukul perlahan lengan Akhtar. "Abang ni! Gelojoh!" Akhtar ketawa kuat dan terus menaiki tangga. Bye. Nak teman bini mandi. Uhuuuuuuu.

*:・゚*:・゚

"KAU gila?!" Farhan berdecit. "Apa yang gilanya? Tak salah kan nak masukkan dadah dalam Malaysia? Alah kita buat perlahan-lahan. Takda org tau punya.."

Lelaki tersebut memicit kepalanya. "Kalau kau nak buat taik kat luar negara aku tak kisah. Tapi sekarang ni kau nak buat taik kat Malaysia memang aku tak setuju langsung!"

Bergegar meja apabila lelaki tadi menghentak. Farhan mengetap bibir.

"Habistu? Kau nak buat ape?! Aku dah takde duit. Kau pun hampir bankrap! Huh!" Serabut! Habis huru-hara! Lelaki tadi menghela nafas.

"Bapak saudara kau kan kaya. Apahal tak minta tolong dia je?" Farhan menjeling.

"Kau gila? Anak-anak lelaki dia tu kaki sibuk! Segala pengeluaran duit bapak diorang akan didetect oleh diorang. Kau nak aku masuk dalam penjara ke ape?!"

"Diorang ada adik perempuan kan?" Farhan panggung kepala sambil mengangguk.

"So? Guna-gunakanlah perempuan tu hingga bapak dia bagi seluruh harta dia pada kau. Kau buat la apa-apa pun. Pura-pura bercinta dengan dia pun bleh. Nak rogol ke kan?" Lelaki itu menjungkit kening. Farhan mengetap bibir.

AKHTAR [C]Where stories live. Discover now