AKHTAR - BAB 42✨

13K 475 4
                                    




TERSENYUM Akhtar apabil mendengar bunyi hingus yang disedut. Dia mengerling kearah bunyi itu. Tersebik-sebik wajah isterinya sekarang.

"Ok siap. Jangan banyak gerak lah weh. Asal sakit je kau. Asal kau sakit je aku yang kena rawat. Menyakitkan hati betul tengok muka kau."

Kata Doktor Amina setelah selesai membalut bahu kiri Akhtar. Baru tadi dia membuang peluru. Aira dah awal-awal larikan diri kerana ngilu. Taknak tengok!

Akhtar menjeling. Tak guna punya kawan. "Thanks Mina.." Agak tidak ikhlas kedengarannya. Doktor Amina mengangguk dan mengumam sahaja.

Dia tersenyum manis apabila mata beralih ke wajah sebik Aira. Olololo ni bini orang ke? Dah macam adik aku je..

"Aira.. Jaga lelaki degil ni baik-baik okay? Dia tu buas. Aira tolong la jaga bahu dia tu sikit. Bukan apa, nanti dia sakit saya juga yang kena rawat. Dah banyak kali muka dia terpapar di hospital ni." Aira menarik hingus dan mengangguk.

Doktor Amina sembunyi senyum. Aih selamba sahaja dia tarik hingus depan orang..

"Terima kasih doktor.." Doktor Amina senyum dan mengangguk. Dia terus keluar dari bilik itu.

Aira yang memandang Doktor Amina tadi terus alihkan pandangannya kearah pujaan hati pengerang jantung yang sedang bertenggek atas katil hospital.

Akhtar senyum manis apabila melihat mata berkaca isterinya. Tahulah dia isterinya ingin menangis kembali. Dia mendepakan tangan.

"Come peluk abang. Abang rinduu nak peluk baby abang ni.." Aira sebik dan menggeleng.

"Taknak.. Nanti abang sakit kalau Aira peluk."

Akhtar berkerut. "Takdelah. Come la abang rindu ni. Hampir sehari tak jumpa. Sayang tak rindu abang ke?" Aira terus menghampiri suaminya.

"Rindu la.." Kemudian dia terus memeluk erat suaminya. Namun dia berjaga-jaga agar tidak tersentuh bahu kiri suaminya.

Akhtar mencium sekilas kepala Aira. Hmm wanginya. Tenang je rasa.. Aira mendongak. Akhtar yang perasan seperti diperhati terus menunduk. Dia senyum melihat mata bening itu terkedip-kedip melihatnya. Comel! Macam mata kucing.

"Kenapa sayang tengok abang mcm tu?" Dia usap perlahan belakang badan isterinya. Aira sengih dan terus memuncungkan bibirnya.

Akhtar gelak. "Hmm nakal eh baru jumpa terus nak kiss. Meh sini abang gomol-gomol bibir gebu tu.." Akhtar menekup pipi Aira dan mencium bertalu-talu bibir lembap basah itu. Aira senyum dalam ciuman. Yippieee.

Akhtar terus melekapkan lama bibirnya. Lama.. Aira pun terbuai.. Aira membalas ciuman itu tanpa ragu-ragu..

"Weh Akhtar ni aku ba-- Astaghfirullahalhazim! Maksiat!" Aira tersentak dan menolak perlahan muka suaminya kemudian dia sembamkan muka ke dada Akhtar. Malu!

"Ish awak ni merepek! Tu Aira lah. Maksiat apanya ish!" Marah Wani sambil menolak badan Zarif ketepi. Sibuk halang laluan orang.

Akhtar menjeling. "Kau ni Rif bagi la salam dlu. Kau mengganggu tau?"

Zarif sengih. "Kau kalau nak beromen pun tunggu la sembuh dulu bahu tu. Tak menyabar.. Gelojoh!"

Akhtar menjeling padu. "Kau tak kahwin lagi boleh la cakap macam tu. Cuba kahwin. Haa tak keluar bilik la kau!" Aira menyodokkan lagi muka kearah perut Akhtar. Malu lah! Akhtar ni tak makan saman!

"Abang..malu la Aira.." Gumamnya perlahan. Akhtar menunduk melihat budak tecik ni melekat erat dengannya. Dia gelak perlahan.

"Olololo comelnya si cenonet ni malu.." Dia mengusap kepala Aira.

Zarif menunjukkan reaksi menyampah manakala Wani duk sengih-sengih melihat Aira yang manja. Tapi dia pelik, kenapa Aira manja lain macam sangat? Asyik nak melekat dengan suaminya dari tadi..

Wani menjungkit bahu. Mungkin rindu suami sngat kot.

*:・゚*:・゚


AIRA memeluk erat lengan kanan suaminya. Akhtar senyum dan mengelus perlahan kepala yang berlapik tudung itu. Mereka masih berada di hospital. Balutan tangan Akhtar terbuka dan ia membuatkan darah mengalir keluar.

Tak duk diam sangat! Duk bergerak kesana sini sehinggakan balutan tercabut. Nasib baik jururawat lain yang datang. Kalau Doktor Amina yang datang konfirm kena dengar leteran dia 3 hari 2 malam..

"Sayang.. Kenapa manja sangat ni hmm? Dari tadi lagi pegang abang tak lepas." Aira mencebik sedikit. Dia makin memeluk erat lengan suaminya.

"Saja.. Aira taknak abang jauh dari Aira. Nanti ada orang culik Aira lagi.." Akhtar senyum kelat. Ooh pasal tu. Dia masih trauma..

Akhtar cium sekilas kepala Aira. "Baby.. Farhan dah kena tangkap lokap. Dato Ramli pun dah masuk lokap. Dah takde apa yang sayang nak takut skarang. Semua dah okay.." Dia mencium ubun-ubun Aira.

Aira mengerut dahinya. Dia melepaskan pelukan di lengan suaminya. Cemberut sahaja wajahnya ketika ini. Akhtar menjungkit kening. Dah kenapa garang sangat muka tu?

"Jadi abang taknak Aira peluk la ni? Kalau macam tu cakap jelah yang abang rimas dengan Aira. Tak perlu berkias-kias macam tu! Hmph!"

Aira menyilang tangan didadanya dan kepala dialihkan kearah lain dengan wajah yang cemberut.

Mencilah! Orang nak manja pun dia taknak! Tak suka cakap la tak suka. Ni duk berkias macam tu.

Akhtar menggaru kepalanya. Cepatnya budak tecik ni terasa? Cakap sikit dah nak marah..

Baru sahaja Akhtar ingin memujuk namun terbantut apabila mndengar ketukan pintunya. Kemudian dia tersenyum tipis kearah ibubapa mertuanya yang berada dihadapan pintu..

"Boleh kami masuk?" Aira tersentak mendengar suara itu. Dia menunduk. Matanya berkaca dan bila-bila masa sahaja akan bergelinang..

"Masuklah mama dan Tuan Ar--""

"Panggil papa la Tar.. Kenapa panggil Tuan Arman pula?" Tuan Arman gelak perlahan. Apo la panggil formal sangat. Tapi dia tahu Akhtar tak selesa. Kerana hubungan mereka dingin semenjak dulu lagi..

Akhtar senyum dan mengangguk. "Baik papa.." Dia mengalih pandangan kearah Aira yang sedang menunduk.. Aira mata berciciran jatuh keriba. Alahai sayang.. Papa baru cakap sepatah awak dah nangis ye?

Puan Ariana mendekati anak tunggalnya.. Dia mengusap kepala Aira. Aira menggigit bibir. Nak peluk mama! Tapi takut..

"Armanda sayang.. Dah tak sudi tengok muka mama ye?" Aira terhinjut-hinjut. Dia bangun dan terus memeluk erat mamanya.

"Ma..ma.." Bergetar suaranya. Dia rindukan pelukan hangat mamanya. Dah lama dia inginkan pelukan dan kasih sayang ibu. Dan harini barulah dia merasai akan itu.

Menitis air mata Puan Ariana. membalas pelukan itu. Sungguh dia rindukan anaknya. Dia sanggup mengambil cuti hari ini kerana ingin bertemu anaknya.

Ingin memujuk dan ambil hati Aira kembali. Dan jika Aira memerlikan kasih sayangnya yang banyak, dia sanggup berhenti kerja semata-mata untuk meluangkan masa bersama anak tercinta..

Aira melepaskan pelukan dan terus meluru kearah papanya. Dia memeluk erat papanya. "Pa..pa maafkan Armanda.." Tuan Arman menggeleng dalam senyuman.

"No. Manda tak pernah salah. Kami yang salah selama ni. Papa minta maaf sayang.." Dia mengelus kepala anaknya. Ya Allah.

Betapa dia takut melihat anaknya diacu pistol tadi. Itulah yang dia takuti selama ini. Kerana itu dia selalu mengekori anaknya dimana sahaja anaknya berada.

Persetankan hal bisnesnya! Anak lebih penting dari semua itu.. Dia akan ceritakan satu persatu kepada Aira supaya Aira tak salah faham lagi..

Akhtar senyum. Alhamdulillah. Tapi erk. Agak terkesima melihat jelingan daripada Aira. Aik?

Dengan mama papa bukan main manjanya. Sampai menangis keluar hingus. Dengan dia kemain jeling tu. Haih nakal. Nak kena gomol ke?

TBC🤍

Vote and comment❤️

AKHTAR [C]حيث تعيش القصص. اكتشف الآن