AKHTAR - BAB 45✨

13.5K 467 5
                                    




AIRA mengintai kiri dan kanannya. Agak bersepah rumah mertuanya dengan bunga-bunga kerana mereka sedang menggubah bunga hantaran. Esok adalah hari bahagia untuk Raqif dan Akira. Mereka akan diijabkabulkan esok.. Alhamdulillah .

Aira menjingkit kakinya. Perlahan sahaja cara dia berjalan sekarang. Kerana apa? Kerana dia ingin makan kek coklat yang dibuat oleh ibu mertuanya.

Dia teringin makan banyak tapi suaminya itu melarang. Cis suami yang jaga pemakanan tapi isteri pula yang kena sekat makan.

Dia membuka pintu peti sejuk perlahan-lahan.. Dia mengambil bekas kek coklat itu. Sempat dihidu. Hmm shedappnyaaa. Meleleh air liur!

Dia terus menutup pintu peti namun dia menjerit apabila melihat suaminya yang berpeluk tubuh di belakang peti itu. Aira mengusap dadanya. Fuh nasib baik kek tak jatuh..

"Degil kan sayang ni? Abang dah kata yang pagi tadi last. Tapi sayang nak makan pula sekarang?"

Aira melihat panahan mata itu. Huwaa garangnyaa. Orang nak makan je pun..

"Abang.. bagi la Aira makan. Aira lapar sngat.." Akhtar menggeleng serta jari telunjuk isyaratkan 'no no no'. Dia mengambil bekas kek itu dan masukkan semula ke dalam peti.

Dia menatap isterinya kembali. Kali ini dia kena tegas kerana isterinya tak dengar kata dah skrang..

"Makanan tu manis yang. Tak elok makan banyak-banyak.. Nanti berpenyakit macam mana? Tak takut?" Aira tersebik menunduk.

"Tapi Aira nak.. Aira teringin nak makan.." Akhtar mengetap bibir. "No is no Nur Aira Armanda.." Meleret sahaja ayat yang dituturkan..

Aira makin mencebik. Air mata sudah bergelinangan. Dia kempunan kek coklat sekarang tapi cik suami taknak bagi pula..

"Bagi jelah menantu umi makan.. Along ni garang sangat kenapa?" Umi yang baru memasuki ruang dapur merangkul bahu Aira dan mengusap perlahan-lahan. Alahai menantunya ni. Makin manja skarang..

"No umi. Keputusan along muktamad. Along nak jaga kesihatan Aira sebab tu along kena tegas. So no is no!"

Akhtar tertinggikan suaranya kerana sngat geram dengan umi serta isteri degilnya.

Pukk!

"Aduh abi! Kenapa hempuk kepala along?" Desis Akhtar sambil menggosok kepalanya. Abi mncerlung.

"Yang along marah kesayangan abi kenapa?" Umi kulum senyum. Hihi saya la tu..

"Along tak marah umi.. Along marah isteri along bi.." Katanya namun tangan masih menggosok kepala. Pedih juga kena hempukan abi!

"Tu menantu abi. Kalau nak marah dia, berhadapan dengan abi dulu." Kata abi sambil mencekak pinggang dihadapan Akhtar. Aira sembunyi senyum. Yeayy umi dan abi backup..

Akhtar berdecit. "Yelah yelah. Bagi la dia makan. Nanti kalau kencing manis baru tahu." Kata Akhtar lalu berlalu pergi. Tak boleh lawan mulut dengan abi sebab abi lagi power berkata-kata.

"Ada ke orang makan kek coklat tak sampai sebekas dpat kencing manis?" Abi bertanya kepada umi. Umi menggeleng. Aih macam-macam abi dengan anak pun..


*:・゚*:・゚


"AKHMAL.." Akhmal yang sedang rehat terus mencelikkan mata apabila mendengar suara halus itu. Dia badu siap kemaskan rumah.

Akira jadi princess sekarang sbb tu Akhtar dan Akhmal sahaja yang sibuk. Ni kakak ipar kecik dia ni pun princess jugak. Umi larang dia buat kerja.

Umi cakap biar jantan je buat kerja. Ceh umi tu. Backup sangat geng sejantina dia..

"Ada ape kak ipar?" Aira tersengih.

"Saya nak tanya pasal.. Lydia." Akhmal mengangguk. Memang Aira bahasakan diri saya kerana agak pelik kalau panggil kakak. Kerana Akhmal tua setahun dari Aira.

"Nak tanya ape? Kenapa tak tanya along? Sebab Lydia tu kawan along dekat U.." Aira tersengih janggal.

"Hehe along awak merajuk dengan saya. Dari tadi saya pujuk tapi dia asyik memuncung je. Sebab tu saya cari Akhmal je.."

Akhmal gelak perlahan. Elehh merajuk. Malam ni cari isteri juga..

"Lydia kawan Farhan dan Akhtar dekat U. Tapi tak rapat sangat pun. Member biasa-biasa je"

Aira angguk sahaja. Ok dah faham dh kat situ..

"Lydia punca Farhan dan Akhtar bergaduh besar.." Dan Akhmal menceritakan segalanya yang berlaku..

"Kenapa kak ipar tanya pasal Lydia?"

Aira garu kepala sedikit. "Lydia tu sepupu saya.." Akhmal mengangguk. Dia tahu itu kerana Dato Ramli merangkap paklong Aira adalah bapa kepada Lydia.

"Err saya pernah bergaduh dengan dia sebab lelaki hehe." Terbeliak mata Akhmal. "Serius lah? Habis tu macam mana? Cite la cite.." Akhmal memang suka bergosip. Noted that.

"Cerita pasal apa ni?" Akhtar datang dengan riak cemberutnya. Cemburu jugak la tengok isteri dan adiknya macam rapat semacam. Takboleh!

Aira senyum lebar kearah Akhtar dan terus bangun menerpa ke arah suaminya. Dia memeluk erat badan cik suami. Akhmal dah tutup mata dah. Sendu hmmmm.

"Abanggg. Marah lagi?" Akhtar menjulingkan mata. Saje je dia nak bermanja dengan budak ketot dia ni..

"Olooo omeynya dia julingkan mata. Rasa nak geget." Akhmal menutup telinganya.

"Aahh taknak dengar! 18sx!" Terus dia melarikan diri kearah lain. Aira tergelak. Ciss buat-buat suci murni pula dia tu..

"Dah. Lepaskan abang. Tak payah nk berkepit dengan abang. Taknak dengar cakap abang sangat kan? Haa pergi lah duk jauh. Abang dah majuk." Terus Akhtar berpaling kearah lain.

Aira kulum senyum melihat badan suaminya yang membelakanginya. Dia mengambil lajak untuk bergayut belakang suaminya. Dan..

"Umph! Sayang! Kalau jatuh macam mana?" Cepat-cepat Akhtar menampung punggung Aira. Aira menggerakkan kakinya yang tergantung ke depan dan kebelakang sambil terkekeh suka.

"Hehee yeayy abang sambut Aira.. Ingat ke dah tak sayang isteri tadi.." Aira cium pipi kanan Akhtar bertalu-talu. Hehe bestnya bibir kena kumis dia! Tajam-tajam halus!

"Sayang laa. Gile ke tak sayang budak ketot ni.. Bukan main susah abang ngorat awak dulu. Takkan lah tak sayang.."

Aira gelekek ketawa. "Hehe sayang abang muah muahhh!" Dia mencium bertalu-talu pipi kanan Akhtar. Akhtar hanya pasrah.

"Ye sayang ye. Buatlah ape pun asalkan bahagia."

TBC🤍
Time garang, garang sangat. Time sweet, sweet namati.👀

Vote and comment❤️

AKHTAR [C]Where stories live. Discover now