AKHTAR - BAB 38✨

12.7K 470 7
                                    



BERKERUT muka Aira apabila pinggangnya seumpama dicucuk. Dibuka mata perlahan-lahan melihat jam ditepi katil.

Pukul 3.26 am.. Dia terus mengalihkan tangan kekar yang memeluk pinggangnya. Berat! Tangan macam gajah!

Dia bangun menyandar perlahan-lahan. Akhtar yang terasa seperti katilnya bergerak terus mencelikkan matanya perlahan-lahan. "Baby..." Suara serak basah Akhtar kedengaran.

Akhtar bangun juga duduk berhadapan dengan Aira. Dia melihat Aira yang sedang menahan sakit. Tangan halusnya memegang erat bahagian pinggang. Akhtar terus mengambil tangan Aira. Diusap perlahan tangan itu.

"Kenapa ni? Masih sakit lagi ke pinggang sayang?" Aira menggigit bibir. Dia hanya mengangguk.

Akhtar mengesat peluh didahi isterinya. "Dah makan ubat tahan sakit Doktor Amina bagi?" Aira hanya menggeleng.

Akhtar mengintai Aira yg menunduk. "Kenapa tak makan.. Nanti makin sakit." Perlahan sahaja suara itu memujuknya.

"Ai-aira tak biasa makan ubat tahan sakit. Biasanya Aira jarang senggugut macam ni. Kalau sa-sakit pun sikit je. Tapi kalini sakit sangat.." Bersusah payah Aira menuturkan perkataan.

Akhtar simpan keluh. Tak boleh mengeluh depan-depan.. Tak pasal-pasal merajuk pula pujaan hatinya ini. Sudahlah hal tadi belum habis..

"Kejap abang ambik minyak.." Akhtar langsung bangun dan pergi kearah laci. Dia mengambil minyak dan hot water bag.

"Baring. Abang sapu minyak." Aira terus akur. Akhtar menyingkap baju Aira dan menurunkan sedikit seluar tidur Aira. Aira hanya biarkan. Suami dia. Suka hati dialahh.

Sedikit reda sakit Aira apabila tangan kekar itu mengurut perlahan bawah perutnya. Aira terus mencelikkan mata apabila terasa panas hangat di bawah perutnya.

"Abang letak apa tu?" Akhtar mendongak kearah Aira. "Ni? Ni hot water bag. Nak lega sayang punya sakit la.."

Aira mengangguk dan 'ooo' sahaja. Dia tahu cuma dia saja nak bertanya. Nak menggedik sikit hikhik.

Akhtar mengetap bibirnya dan menelan air liur kesat. "Sayang.. Abang nak minta maaf pasal tadi. Abang tak sangka yang abang hiraukan sayang 5 hari ni. I'm really sorry.."

Aira senyum nipis. Sempat dia mengelus rambut kusut suaminya. "Aira pun minta maaf sebab termarah abang.. Mood Aira tak okey sebab tu Aira termarah. Sorry abang."

Akhtar terus menggenggam tangan Aira. Dia mencium bertalu-talu. Isterinya.. Sangat mudah untuk meminta maaf.. Kerana itu dia makin sayang.

"Dah. Lega dah?" Aira senyum dan mengangguk. "Tq abang." Sempat dia mencium sekilas pipi kanan Akhtar. Akhtar tersengih. Dia mencuit hidung Aira. "Nakal.."

"Abang! Habis terlekat minyak kat hidung Aira.." Aira memuncung. Melekit tau?

"Oh ea? Baguslah tu. Balasan sebab marah abang tadi." Akhtar menjungkit keningnya. Aira menjeling dan tampar perlahan dada suaminya. Akhtar terkekeh ketawa.

Akhtar bangun dan menyimpan senula semua barangan tadi. "Ehh abang. Kenapa simpan juga water bag tu? Aira nak haba.."

Akhtar terus berbaring ditepi Aira. Dia menarik Aira kepelukannya. "Alahh tangan abang ada. Tangan abang pun hot.." Dia terus lekapkan tangannya kebawah perut Aira. Aira menjeling. Nak ambil kesempatan lah tu.

Aira terus sembamkan mukanya kedada Akhtar. Hmm hangatt. Suka!

Akhtar mengeratkan lagi pelukan. Dia memejam mata. Masih memikirkan masalah yang tak berkesudahan..

Dato Ramli dan Farhan.. tiada tanda-tanda untuk mengacau mereka namun dia harus lebih berhati-hati..

*:・゚✧*:・゚✧


AKHTAR [C]Where stories live. Discover now