AKHTAR - BAB 41✨

12.2K 466 7
                                    




"A..Abang.." Mengalir airmatanya melihat kesayangannya. Akhtar melihat sekejap wajah isterinya. Dia menggenggam tangannya apabila melihat wajah isterinya yang merah dan berdarah.

Dato Ramli tersenyum sinis. "Wow? Hero datang? Tapi malangnya isteri kau dah banyak luka.. Tch tch. Kesiannya.." Dato Ramli terus mencekik leher Aira.

Aira terbatuk-batuk. Terbeliak mata Akhtar melihat situasi itu. "Kau lepaskan bini aku la sial!" Berombak dadanya sekarang. Aura hitamnya sudah kembali.

Dato Ramli melepaskan kuat leher Aira. Aira hampir terjelumpuk. Dato Ramli ketawa mengejek.

"Well well Muhammad Akhtar.. Tch tch. Sampai hati kau tak tunjukkan kekuatan kau kan?"

Zarif terkejut. Dia.. tahu ke? Dato Ramli menepuk kuat tangannya. "Akhtar.. Aku tahu kau join latihan menembak.. latihan memanah.. latihan menumbuk.. dan latihan untuk menggunakan pisau.."

Akhtar terkejut namun dia mengawal reaksinya.. Dato Ramli melepaskan senjata dibadannya. Dia mendepa tangan.

"Come. Lawan dengan aku. Nak tengok juga siapa yang lagi bertenaga kan?" Akhtar maju ke arah Dato Ramli.

"Jangan abang! Dia penagih dadah! Tenaga dia lagi kuat dari abang!"

"DIAM!"

PANGG! Sekali lagi tamparan mengenai kulit pipinya. Sakit..

"Celaka!" Bukk! Akhtar menumbuk rahang Dato Ramli. Terjelumpuk Dato Ramli.

"Eh orang tua. Aku tak kisah kalau kau nak ajak aku bertumbuk tapi kau jangan sesekali sentuh hak aku!" Dia menyepak kaki Dato Ramli. Tapi lelaki tua itu hanya ketawa.

"HHAHAHAH! Aku suka! Aku suka baran kau. Kalau aku tahu kau punya baran macam ni, dah lama aku ambik kau jadi bawahan aku. Bukannya jantan yang lemah tu!" Katanya sambil menjeling kearah Farhan.

Farhan mengetap bibirnya. Berpeluh dahinya menahan sakit di bahu akibat peluru dari Akhtar tadi.

Akhtar berpeluk tubuh. "Aku? Bekerja dengan orang tak guna macam kau? Tch. Jangan cakap realiti, dalam mimpi pun kau tak dpat la!"

Dato Ramli bangun dari lantai. Dia senyum sinis. Dia mencekak kolar Akhtar. Raqif, Akhmal dan Zarif hanya memerhati. Mereka ingin merapat ke arah Aira namun Farhan sedang memicu pistol kearah kepala Aira.

Jadi mereka hanya mengambil langkah berjaga-jaga sekarang.

"Fight with me." Dato Ramli tersengih apabila mendengar ayat itu dari Akhtar. Aira menggeleng perlahan. Dia tak nak Akhtar sakit atau luka!

Dato Ramli tersengih. Akhtar masih tidak faham maksud senyuman itu. Kelihatan Dato Ramli mengangguk. Kemudian dia mengalih kepala ke kiri. Akhtar faham akan itu kerana pistol yang dipegang Farhan diacu kepadanya.

BANG BANG!

Terbeliak mata Aira apabila bahu sebelah kanan Akhtar ditembak. "Abang!!!" Dia bergelut ingin lepaskan diri dari kerusi. Farhan tersenyum sinis.

"Finally! Aku boleh tembak kau Akhtar. Rasa macam nak tembak lagi pula hahaha." Dia memicu pistol kearah Akhtar namun dia turunkan pistol perlahan-lahan apabila melihat Raqif, Akhmal dan Zarif yang sedang memicu pistol kearahnya.

Ketiga-tiga mereka berada dibelakang Akhtar. Dia meneguk liur kesat. Satu lawan tiga konfem dia kalah!

Dia menurunkan pistol.. Akhtar mengangguk sedikit kearah kawan-kawannya supaya menurunkan pistol.

Dato Ramli berdecit. "Argh! Pengecut la kau ni Farhan!" Dia mengambil pistol itu dan diacu kearah Aira. Automatik pistol mereka bertiga tadi diacu kearah Dato Ramli.

Dato Ramli tersengih. Well dia memang gila. Asyik sengih saja kerja dia.

Dia menarik picu. Aira menggigit bibir menahan ketakutan. "Before you kill me, i will killed your wife first." Dia tersenyum mengejek.

"Daddy stop!" Mati senyumannya apabila mendengar suara itu. Akhtar menarik nafas lega. Hanya pemilik suara itu sahaja yang boleh selamatkan keadaan..

Aira panggung kepala. Dia tersenyum melihat sepupunya itu.. "Lydia.." Gumamnya.

"What are you doing here Lydia?!" Lydia terus pergi kearah bapanya dan merampas pistol. Dia melempar kan pistol kearah bertentangan.

"Cukuplah daddy! Daddy tak kesian pada Lydia ke? Lydia malu! Malu sangat bila daddy buat macam ni! Sedikit pun Lydia taknak harta daddy kalau hasil harta itu dari duit haram! Lydia taknak dy.. please lah!" Dia menangis teresak-esak.

Sungguh dia pilu dengan keadaan bapanya sekarang.. Farhan tercengang. Lydia anak kepada Dato Ramli?

Lydia mengambil pistol tadi dan dia berikan kepada bapanya. Sejurus itu dia acukan pistol ke kepalanya.

"Lydia!" Aira menjerit sambil menggeleng.

"Kalau daddy nak bunuh orang untuk puas hati, bunuh je Lydia! Lydia tak nak hidup dalam neraka dunia ni! Lydia penat dengan smua ni! Lydia nak mummy! Lydia nak duduk dengan mummy.." Dia menangis sehinggakan dia melutut depan bapanya.

Dato Ramli tersentak.. Matanya berkaca. Farhan memandang kearah lain. Ya! Dia masih cintakan gadis itu. Kerana itulah dia tidak sanggup melihat gadis itu melutut..

"Lydia.." Dato Ramli merangkul badan Lydia. Lydia menekup kedua pipi daddynya. "Lydia mintak maaf dy.."

"POLIS! LETAKKAN SENJATA ANDA!" Polis terus memasuki gudang itu. Berpuluh-puluh polis datang menyerbu diikuti Tuan Arman dan Puan Ariana.. Aira yang melihat ibubapanya datang terus menangis menunduk.

Papa..Mama.. Manda nak mama papa. Aira nak peluk.. Aira tidak tahu. Dia hanya ingin mama papanya. Dia ingin memeluk dan ingin mengadu. Dia cemburu melihat Lydia yang rapat dengan bapanya.

Dia.. nak kasih sayang juga.. Tolong.. Tolong bagi Armanda kasih sayang.. Tolong.

"Armanda!" Jeriy Puan Aryana lalu memeluk erat badan anaknya. Aira menangis teresak-esak.. "Mama..."

Puan Ariana mengesat airmata anaknya. "Ye sayang.. Maaf mama lambat datang. Mama minta maaf sayang.." Puan Ariana memeluk erat anaknya. Syukur anaknya tidak apa-apa.

Puan Ariana melepaskan pelukan untuk memberi ruang kepada Tuan Arman. Aira melihat papanya. "Papa.. Manda nak peluk.." Tuan Arman senyum dalam tangisan dan memeluk erat anaknya.

"Anak papa.." Dia mencium semahunya kepala anaknya.. Puan Ariana juga ikut memeluk mereka..

Akhtar senyum tipis melihat pemandangan itu. Alhamdulillah ..

"Kau okay tak Tar? Makin berpeluh je aku tengok?" Tanya Zarif tapi lebih kepada memerli. Cis setakat satu peluru Akhtar dah biasa la..

"Aku okay lah. Sebelum ni aku telan 3 peluru sekaligus. Hidup je lagi.." Akhtar menjungkit kening.

Zarif menjeling. "Cis."

Dato Ramli dan Farhan digari. Lydia mendekati daddynya dan memeluk erat daddynya. Dato Ramli senyum tipis. Dia mencium kejap rambut anaknya.

"Jaga diri Lydia baik-baik. Daddy minta maaf tak mampu nak jaga Lydia sepertimana bapa lain menjaga anaknya. Tapi daddy tahu Lydia seorang yang berdikari. Jadi daddy harap Lydia jaga diri untuk daddy ok?"

Lydia mengangguk dalam tangisan. Dia melepaskan pelukan dan tersenyum kearah bapanya. Sejurus itu dia memandang kearah Farhan. Farhan terus memandang kearah lain.

Kerana dia rasa sangat hina dimata Lydia sekarang. Dia malu.

"Farhan.. I tunggu you keluar penjara. And i akan kahwin dengan you." Terbeliak mata Farhan.

"Wh...what?" Lydia senyum. "Dah lama i cari you. I tunggu you okay?" Farhan senyum segaris. "Wait for me.. me lady.."

TBC🤍
Done! Saya tak reti scene bertumbuk huwaaa.

Vote and comment❤️

AKHTAR [C]Where stories live. Discover now