AKHTAR - BAB 17✨

13.9K 570 50
                                    




AIRA berhenti mendadak. Akhtar mengerutkan dahinya. "Kenapa kau berhenti berjalan ni Aira?" Mereka sedang menuju ke rumah Wani.

Tapi terbantut perjalanannya apabila ternampak kelibat kereta Honda Stepwagon milik papanya. Aira mengetap bibir. Apa yang papa dia buat kat sini?

Aira terus melajukan langkah dia. Akhtar tak faham situasi tersebut tapi dia juga melajukan langkahnya mengikut Aira.

Aira terus masuk ke dalam rumah tanpa memberi salam. Wani, Tuan Arman dan Puan Ariana terkejut dengan kehadiran Aira.

Aira memerhati sahaja papa dan mamanya. "Kenapa datang sini?" Pertanyaan Aira mengundang sebak mamanya. Aira memerhati mama dan papanya sambil memeluk tubuh.

"Ooh. Papa datang sini nk marah Manda disebabkan Manda mama menangis haritu kan? Teruskan. Manda dah biasa dengan tengkingan papa. Perkara tu dah jadi biasa apabila setiap hari Manda menghadapnya. Situasi yang sama cuma waktu sahaja yang berbeza." Tenang sahaja suara Aira ketika ini. Dia dah penat! Lelah! Semua dia buat semua salah!

Haa ambiklah. Salahkan dia dalam senua aspek. Dia dah malas nak bergaduh.

Tuan Arman menapak kearah Aira. Aira menutup mata. Bersedia dengan smua kemungkinan bahawa papanya akan memukulnya.

Aira terkesima sekejap. Papanya mengelus kepalanya? Dia langsung mendongak kearah papanya. Papanya hanya senyum.

"Kita balik ye sayang? Kesian mama hari-hari menangis terkenangkan Manda." Tuan Arman mengerling ke arah Wani sekilas. Kemudian kembali menatap anaknya.

"Kesian Wani nak jaga Armanda. Jangan la susahkan orang lain. Manda ada rumah kan? Kita balik ok?" Aira masih merenung papanya. Kenapa macam ada sesuatu sahaja?

Mamanya masih menunduk. Papanya menghela nafas. "Kita balik. Papa nak uruskan perkahwinan kamu dengan anak kawan papa. Anak kawan papa seorang yang bekerjaya. Kalau Manda taknak bekerja tentang bisnes it's okay. Papa tak paksa dah. Tapi papa harap Manda terima keputusan papa yang satu ini ya. Ini untuk kebaikan Armanda jugak.."

Aira menepis kasar tangan papanya. Terkejut dia akan tingkah laku papanya. Dia tersenyum sinis. "Dah agak. Mesti ada sesuatu sebab itulah papa tiba-tiba cari Manda kan? Kenapa? Perniagaan papa dah nak jatuh ke? Sebab tulah kan pakse Manda kawin dengan anak kawan papa?"

"No! Ini untuk Armanda. Manda mesti nak hidup senang kan? Jadi papa cari jalan mudah untuk Manda hidup senang. Ini untuk Armanda.."

Tipu. Itu untuk kesenangan papanya. Kawan papanya sudah lama berkenang dengan Aira. Cuma Aira sahaja yang tak berapa layan anak-anak kawan papanya.

Tuan Arman ingin mengeratkan hubungan dengan kawannya hanya kerana urusan bisnes semata- mata. Katakan dia seorang yang selfish. Dari dulu lagi dia selfish. Kerana itulah Aira menjauh dari papanya.

Aira menggenggam erat tangannya. Akhtar masih lagi setia mendengar. Dia ada disebalik pintu. Dia mendengar dari awal hingga akhir. Luluh hatinya.

Tergamak ayah menjual anak semata-mata untuk urusan bisnes. Akhtar dah tak tahan. Dia harus pertahankan Aira kali ini. Dia sudah tak mahu kehilangan Aira untuk kali kedua.

"Manda taknak! Manda takkan ikut cakap papa kalini! Manda penat kena ikut smua kata-kata papa!"

"ARMANDA!!" Belum sempat Tuan Arman ingin menampar anaknya, muncul satu tangan kekar menggenggam erat tangannya.

Tuan Arman terus berpaling kearah Akhtar dengan wajah bengisnya. Puan Ariana masih statik menangis. Wani dah pening. Aduh apahal aku duk kat sini ni?

"Rasanya dalam perbincangan tak perlu kot melibatkan kekasaran." Tuan Arman mengerut. Dia menepis kasar tangannya.

AKHTAR [C]Où les histoires vivent. Découvrez maintenant