[16] Forever With You

Start from the beginning
                                    

"Kai.. Kau ok?" Tanya Damian risau. Kaisara cuba untuk menenangkan dirinya.

"Kenapa awak kahwin dengan saya?" Tanya Kaisara setelah lama mendiamkan diri. Pandangan tajam Kaisara membuatkan Damian tidak tau ingin berkata apa.

"Sebab awak tau saya tak boleh bayar ganti rugi kereta awak, sebab tu awak pergunakan saya kan?" Tanya Kaisara.

"Sebab aku tak nak kahwin dengan pilihan mama." Jawab Damian.

"Kenapa awak tak nak kahwin dengan dia? Mesti dia kaya, cantik dan serasi dengan awak kan Damian?" Tanya Kaisara lagi. Damian hanya mendiamkan diri, dia tidak tau bagaimana sikap Kaisara boleh berubah dalam masa yang singkat. Adakah Kaisara lupa yang dia sedang duduk di katil bersama dengan Damian?

"Sebab dia tak cantik." Jawab Damian. Kaisara mengerutkan dahinya. Jawapan Damian tidak dapat memuaskan hatinya.

"Saya pun tak cantik, dengan rambut saya yang dah serupa maggi ni." Kaisara memegang rambutnya yang keriting. Damian tergelak kecil. Sikap Kaisara tidak pernah gagal membuatnya tertawa.

"Kau cantik.." Puji Damian. Kaisara terkedu. Dia tidak pernah dipuji cantik sebelum ini. Dia merasa ada yang tidak kena dengan mata Damian. Damian kaya, pasti Damian sudah biasa keluar bersama dengan wanita-wanita cantik sebelum ini.

Kaisara menggeleng, dia tidak akan tertipu dengan kata-kata Damian.

"Kau sendiri yang cakap yang aku layak untuk bahagia dengan pilihan aku sendiri." Damian masih ingat dengan jelas kata-kata Kaisara tempoh hari.

"Maksud saya dengan orang yang awak suka." Kaisara mengeluh kecil.

"Aku suka kau." Kata Damian. Dia memandang Kaisara dengan pandangan lembut, senyuman tipis terbit di bibir Damian.

Kaisara tertunduk, pandangan Damian sangat berbeza dari sebelum ini. Kaisara keliru, adakah Damian benar-benar mencintainya atau hanya mempergunakannya?

Kaisara tiba-tiba teringat dengan kedua orang tuanya. Kemalangan dasyat itu membuatkan Kaisara kehilangan dua insan yang paling dia sayangi di dunia ini. Dia juga kehilangan memorynya. Dia hanya mampu mengingati sedikit memory bersama kedua orang tuanya.

"Awak cuma pergunakan saya demi kepentingan diri awak sendiri.." Kelihatan cecair jernih mengalir di pipi Kaisara.

Damian terkejut saat melihat air mata Kaisara. Damian mendekati Kaisara lalu duduk di hadapan Kaisara. Kaisara masih tertunduk merenung jari jemarinya.

"Aku tak pergunakan kau.." Damian memegang lengan Kaisara.

"Aku minta maaf dah buat kau nangis.." Damian mengesat air mata Kaisara menggunakan ibu jarinya. Tangan Damian terasa hangat, entah kenapa Kaisara tidak menolak atau memarahi Damian.

"Saya nangis sebab saya teringat arwah ibu dan ayah saya.." Kaisara tidak dapat menahan air mata matanya dari mengalir.

Damian menarik kaisara ke dalam pelukannya. Mata Kaisara membulat kerana terkejut. Dia tidak menyangka Damian akan melakukan hal itu. Kini kepalanya berada di dada Damian. Dia dapat merasakan tangan Damian mengusap pelan belakangnya dengan lembut.

Kaisara menutup matanya, Damian membuatkan dia ingat dengan arwah ibunya. Dulu ibunya selalu memeluk dan mengusap belakangnya saat dia sedih. Tanpa sedar Kaisara membalas pelukan Damian.

"Ibu.." Panggil Kaisara pelan, air matanya masih mengalir di pipi. Merindui orang yang sudah tiada itu sangat sakit, kenyataan bahawa Kaisara tidak akan pernah dapat memegang tangan mereka lagi benar-benar membuat hatinya terluka... Namun Kaisara harus tetap kuat untuk meneruskan hidup kerana ibunya selalu berpesan untuk Kaisara menjadi orang yang kuat. Semenjak pemergian kedua orang tuanya, setiap hari terasa seperti tiada makna bagi Kaisara. Hangat kasi sayang dari seorang ibu tidak akan pernah dapat dia rasai lagi. Dia harus menerima semua itu dengan hati yang ikhlas. Namun keikhlasan itu tidak mampu untuk menahan air matanya dari mengalir. Dia sangat rindu dengan semua kenangan yang tidak akan pernah dia rasai lagi.

"Kai tak kuat.." Kaisara memeluk tubuh Damian dengan erat seolah-olah memeluk tubuh arwah ibunya.

"Kai.." Suara garau Damian membuatkan Kaisara tersedar. Dia tidak menyangka bahawa dia sedang memeluk erat pinggang Damian. Kaisara terus meleraikan pelukannya lalu melihat tepat ke mata Damian. Kaisara mengesat air matanya yang masih mengalir di pipi.

"Aku ada.." Damian menyentuh pipi Kaisara.

"Ma.. Maksud awak?" Kaisara gugup, jantungnya berdegup kencang.

"Aku akan jaga kau.." Kaisara terkedu, dia tidak menyangka Damian akan mengatakan hal itu. Pipi Kaisara tiba-tiba terasa panas.

Mata Kaisara membulat saat Damian tiba-tiba mencium pipinya lama. Mulut kaisara bagaikan terkunci, jantungnya seperti ingin meletup.

Damian menarik Kaisara ke dalam pelukannya sekali lagi.

"Aku tak akan tinggalkan kau."

𝓗𝓮𝓵𝓹 𝓶𝓮 𝓽𝓸 𝓶𝓪𝓴𝓮 𝓲𝓽 𝓼𝓱𝓲𝓷𝓮 ⭐
|🌹THANK YOU🌹|

🅲 𝗗𝗘𝗔𝗥 𝗗𝗔𝗠𝗜𝗔𝗡Where stories live. Discover now