Aalya hanya mengangguk dan melentokkan kepalanya di atas bahu tua itu.

“ Boleh ke Naz terima diri Aalya Tok’ki? Kisah hidup lama Aalya. Dosa-dosa besar yang Aalya dah lakukan? “ tanya gadis itu lagi

“ Aalya, kita takkan boleh berharap seseorang itu untuk dilahirkan sempurna dari setiap sudut. Kita sendiri pun tak boleh mengharapkan diri kita terlalu sempurna. Kekurangan diri seseorang itu akan disempurnakan dengan datangnya orang yang tepat untuk menampal segala cacat-cela yang ada. “ jawab Encik Azri

Aalya mengangguk.

“ Apa kekurangan Tok Nek yang Tok’ki sempurnakan? “ tanya Aalya

Encik Azri tersenyum lebar.

“ Seburuk-buruk Tok Nek, satu benda yang membuatkan Tok’ki masih bersamanya. “

“ Contohnya? “ tanya Aalya dengan penuh teruja

“ Aalya pun tahu kan Tok Nek macam mana. Dengan keras kepalanya, dengan egonya, dengan kuat membebelnya. Tapi… Tok Nek tak pernah lupa akan darjat dia yang mengutamakan suami lebih dari sesiapa. Makan, pakai, keperluan, semua Tok Nek sediakan dan sempurnakan walaupun itu sepatutnya tugas seorang suami, bukan isteri. “ jawab Encik Azri

“ Kami saling melengkapi. Tok Nek seorang yang kuat dan cekal hatinya. Bila Tok’ki keluar berperang mempertahankan negara, Tok Nek sanggup tunggu berbulan-bulan. Bila Tok’ki sakit, dialah yang jaga tanpa beri sebarang alasan. Dan Tok’ki? Tok’ki hanya mampu bersabar dan menegur apa yang patut dengan perangai Tok Nek yang sebegitu.  Tak ada yang sempurna. Ada baik dan buruknya pada diri seseorang. “ sambungnya

“ Maafkan Tok Nek ya, sayang. Tok’ki tahu hati cucu Tok’ki ni selembut sutera, mudah terasa dan mudah memaafkan. “ kata Encik Azri lagi

“ Aalya bukan terasa. Aalya cuma terkilan bila Tok Nek terus bangkitkan nama Mikha sedangkan kami dah lama putus. Lagipun, trauma lama masih bertapa dalam fikiran. “ Aalya memberikan senyuman kelat

“ Tok’ki tahu cucu Tok’ki ni kuat. Semuanya akan baik-baik saja. “ kata Encik Azri lalu ubun-ubun cucunya itu dikucup perlahan












━━━━━━












“ Han… “

Amsyar duduk di atas sofa bertentangan dengan adik kembarnya, Farhan yang sibuk menghadap telefon pintarnya.

“ Han, Abi demam. “ kata Amsyar

“ Apa kau nak aku buat? “ jawab Farhan seperti tidak ingin ambil tahu

“ Abi cakap dia tak ada duit nak beli ubat. “ kata Amsyar lagi

“ Kau nak belikan untuk dia? Dia ada kaki tangan lah nak beli sendiri. “ kata Farhan

“ Nazrin Farhan, dia ayah kita. “ kata Amsyar. Marah benar dia tatkala Farhan berkata kasar seperti itu

“ Ayah? Kau masih mengaku dia ayah kau lepas apa yang dia dah buat? “ kata Farhan

Amsyar terdiam…

“ Naz, tolonglah. Aku dah penat membebel dekat kau benda yang sama. Aku tahu, kau sayang dia, kau masih anggap dia ayah kau. Tapi boleh tak kau fikir pasal diri kau jugak. “ kata Farhan

“ Kau sakit, ada dia kesah? Kau sakit, ada dia datang jenguk? Dia tanya pun tak pernah. Dia setakat sakit sikit kau dah gelabah macam ni? Kalau kau nak lebihkan orang, tolonglah lebihkan diri sendiri dulu. “ marah Farhan

“ Kalau kau pergi sana, apa yang akan kau dapat? Senyuman? Kebahagiaan? Jangan jadi bodoh, Naz. Jangan taruh harapan dekat perkara yang tak boleh nak diharapkan. “ sambungnya 

Amsyar menundukkan mukanya. Matanya terarah ke lantai.

I’m Warning you. Kalau kau pergi jumpa dia, aku sekat segala keperluan kau. Walaupun kau abang, aku ni masih ada hak nak tentukan mana baik, mana buruk untuk kau. “ kata Farhan lagi

Amsyar hanya diam. Farhan pula memandang wajah abang kembarnya itu yang tertunduk ke lantai. Keluhan dilepaskan.

“ Naz, aku cakap semua ni untuk kebaikan kau. Umi sampai dah tak tahu nak kata apa dengan kedegilan kau ni. Umi hanya boleh harapkan aku untuk jaga kau. Aku pulak nak harapkan siapa? Vic? Dia sendiri pun tak mampu nak nasihat kau sebab kau sendiri tak nak degar. Aalya? Dia sendiri tak tahu keadaan kau sekarang. Tolonglah Naz, jangan keruhkan keadaan yang memang dah keruh. “ kata Farhan lagi lalu beredar, meninggalkan abang kembarnya itu











-ℕ 𝔸 ℤ ℝ 𝕀 ℕ 𝔸 𝕄 𝕊 𝕐 𝔸 ℝ-

━━━━━━ ❝ Macam-macam tanda-tanya. Macam-macam konflik. Tunggu sajalah ya sampai semuanya terjawab. Peace~ ❞

p/s : new update every Saturday and Sunday . Save the date anak² ❤️

nazrin amsyar : his another half ꒰ H ꒱Where stories live. Discover now