L'amore e'oro: 74

6.9K 370 33
                                    

  The E's Hospital

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

  The E's Hospital...

        Plak!

       Qiura yang baru keluar dari bilik pemeriksaan itu, mengeluh kecil apabila susuk tubuh bekas suaminya jelas kelihatan sedang duduk di kerusi yang ada di ruangan itu.

          Edwis kelihatan gelisah... Dia tidak henti meramas ramas rambut coklatnya.

        Sehinggalah Qiura keluar, barulah dia laju berdiri.. langkah galah diatur laju mendekati Qiura.

        Dia menarik lengan Qiura yang luka.. setelah itu, ditilik tiliknya.

          Tidak cukup itu, tangannya dialihkan pula ke dagu Qiura.. mata coklat kekuningan nya tidak henti berpusing melihat jikalau ada luka yang serius.

        Namun perlakuan itu terhenti apabila Qiura menepis kasar tangan kekarnya.

       "Awak dah gila ke? Sentuh sentuh saya macam ni kenapa? Kita bukan suami isteri lagi faham?"

      "Bukan suami isteri lagi.."

    Kata kata itu menyebabkan Edwis terus menjarakkan kedudukan mereka.

         Dia sendiri kadang kadang masih tidak mampu terima yang Qiura bukan lagi miliknya.

          Kerana dia masih lagi cintakan Qiura. Dan rasa cinta itu tidak akan pernah padam mahupun pudar.

       Jiwanya terseksa perlu menerima hakikat yang Qiura sudah tidak mahu menjadi miliknya, sudah tidak sudi menerima dia sebagai suami, dan sudah tidak sudi membenarkan dia menganggap dia ayah kepada Daisy dan Dhafiqi.
 
         Walau bagaimanapun, dia akur. Kesilapannya empat tahun lalu, lebih menyeksa Qiura berbanding dia ketika ini.

          Qiura kehilangan segala untuk empat tahun, dan itu semua terjadi kerana sikap pentingkan dirinya.

          "Sorry sayang.. abang.."

      "One more thing, saya tak suka awak panggil saya sayang. Saya benci. Awak juga tak ada hak nak bahasakan diri awak abang lagi. Saya bukan lagi sesiapa pada awak Edwis!"

       Jerkah Qiura penuh kemarahan.

        Edwis menghembus nafas dengan resah.

        "Abang tahu Qiu.. tapi sekurang-kurangnya, janganlah dingin macam ni dengan abang.. abang risaukan Qiu separuh mati bila Qiu tak ada depan mata abang. Qiu tak tahu bertapa terseksanya abang.."

        Kata kata itu sikit pun tidak meluluhkan hati batu Qiura. Sebaliknya jelingan benci dilemparkan.
   
          "Baguslah kalau awak terseksa. Sekurang-kurangnya bukan saya seorang yang terseksa sejak empat tahun lepas. Tapi awak kena ingat. Terseksanya awak sekarang, tetap tak akan boleh lawan bertapa terseksanya saya." Lantang suaranya.

L'AMORE E'ORO ✓Where stories live. Discover now