L'amore e'oro: 60

7.5K 359 40
                                    

    Plak!

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

    Plak!

    Laju pintu wad VVIP kanak kanak itu dibuka.

    Apabila Eric menelefonnya menyatakan yang mereka berada di hospital kerana Dhafiqi terkena tembakan di kaki kirinya, laju Edwis menuju ke wad kanak kanak.

         Cukuplah dengan Qiura, dia tidak sanggup mendengar yang anaknya juga cedera akibat serangan tadi.

        "Dhafiqi!" Panggil Edwis cemas. Kelihatan tubuh kecil anaknya itu terbaring di atas katil hospital itu.

        Eric di sisi kiri sedang duduk di kerusi pelawat.

          Manakala Airis dan Alma, anak mereka, sedang duduk di sofa yang tersedia di bilik itu.

        Daisy juga di situ.
    
      Melihat papanya, Daisy laju memeluk lengan Airis. Dia seolah takut akan papanya.

      Semuanya sejak kejadian Edwis nyaris melayangkan penampar di wajahnya.

      Dia tidak mahu dekat pun dengan papanya itu.

        "Ed.." perlahan suara Eric.

    Edwis pula mula mendekati anak lelakinya yang masih lemah terbaring di atas katil putih itu.

      Dia melabuhkan duduknya di birai katil.

      Rambut coklat milik anaknya itu diusap lembut..

      Keluhan dia lepaskan.

      "Papa minta maaf sayang.." bisik Edwis di telinga kiri Dhafiqi.

          Wajah pucat anaknya itu ditilik lama.

      "Sorry aku lambat perasan, bila Dhafiqi kata kaki dia sakit, aku check, bila aku tengok ada luka tembakan, terus aku bawa dia datang sini." Jelas Eric.

        "Doktor kata apa?" Soal Edwis.

     "Doktor kata Dhafiqi dah stabil. Syukurlah yang kena cuma kaki dia.. kalau dekat bahagian perut, mungkin boleh rosakkan organ dia." Airis yang menjawab.

          "Doktor kata peluru tu.."

    "Ada racun?" Belum sempat Eric berkata, Edwis membahas terlebih dahulu.

          Eric dan Airis mengangguk.

      Edwis memejamkan matanya sekali sekala apabila rasa serabut muncul menyelubungi jiwanya.

            "Kak Qiura macam mana?" Dalam tidak sedar soalan itu dikemukakan oleh Airis.

        Eric diam tidak menyapa. Daisy pula masih silih berganti memandang wajah Airis dan Edwis.

        Dia yakin yang mereka sedang bercakap mengenai mamanya.

          Edwis masih diam.. cuba mengumpul kekuatan sebelum menjawab soalan tentang isterinya itu.
     
          "Mana mama?" Keadaan yang tadinya sunyi, bertukar kepada tangisan Daisy yang bergema di ruangan wad Dhafiqi itu.

L'AMORE E'ORO ✓Where stories live. Discover now