L'amore e'oro: 43

4.9K 311 29
                                    

     Sudah berminggu-minggu berlalu

Oops! Ang larawang ito ay hindi sumusunod sa aming mga alituntunin sa nilalaman. Upang magpatuloy sa pag-publish, subukan itong alisin o mag-upload ng bago.

     Sudah berminggu-minggu berlalu.. namun Edwis tetap sama.. di mengurung Qiura, juga tidak mahu mengambil tahu hal isterinya itu.

     Qiura pula tidak habis habis dengan perangai kebudak-budakannya.

        Tidak boleh dikawal. Dia sendiri mengaku dia penat hendak jadi hati tisu serta mengamuk tidak tentu pasal. Habis bodyguard serta pekerja suaminya menjadi mangsa.

           Dia merajuk dengan Edwis. Semuanya kerana Edwis kurung dia. Lama dia tidak bersemuka atau bercakap dengan suaminya itu.

       Perut mula terasa lapar.. dia betul-betul ingin makan sup daging. Sejak semalam. Tetapi tiada seorang pun yang hendak menuruti katanya.

         Alih alih dia diamkan saja.

      Dia nak makan.. tetapi pada waktu begini, memang tidak akan ada sesiapa pun yang menghantar makanan.

         Cuma sekali saja sehari. Kalau dulu yelah cukup.. tapi sekarang, kalau boleh setiap masa dia ingin makan. Dia pun tidak tahu kenapa.

          Qiura bangun..

     Pintu cuba dibuka... Tetapi gagal. Memang Edwis betul betul tak nak bagi dia keluar kali ini..

       Baru dia hendak kembali ke birai katil,

     Plak!

      Pintu dibuka oleh Alexo.

      Tersenyum dia melihat susuk tubuh tinggi lampai yang tegap milik jejaka itu.

          "Alex.." ujarnya dengan senyuman.

      "Pstt.. puan.. cepatlah keluar.. tuan tengah tak ada ni.." bisik Alexo.

         "Saya dah masak sup daging yang puan minta tu.. baik puan turun cepat pergi makan sebelum tuan balik.." ujarnya lagi.

      Tersenyum lebar Qiura.

      Terus dia keluar dari bilik itu.

  Sudah dua mangkuk sup itu dihabiskan.. suka betul dia.

        Alexo pula cuma memerhati. Kali pertama dia lihat puannya makan sebegitu banyak.

           "P..puan dah habis makan?" Soal Alexo.

      Qiura mengangguk dengan senyuman manisnya. Seronok betul dapat makan sup daging itu.

         Licin pinggan mangkuk nya.

     "Alex, saya nak kek strawberi..."

    Baru Alexo hendak mengutip semua pinggan dan mangkuk yang diguna Qiura, puannya itu meminta makanan lain.

            "Kek?" Soal Alexo pelik.

     Qiura mengangguk.

               "Yang perisa strawberi.. " mintanya.

L'AMORE E'ORO ✓Tahanan ng mga kuwento. Tumuklas ngayon