L'amore e'oro: 66

6.9K 346 52
                                    

       Buk! Buk!

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

       Buk! Buk!

    Buk! Buk!

   Punching bag dihadapan menjadi tumpuan. Naik penyek punching bag dihadapannya itu dia kerjakan.

          Tangannya mula terasa sakit. Kesan kesah merah juga sudah mula kelihatan.

        Sudah hampir setengah hari sejak subuh tadi, dia kerjakan punching itu.

         Tanpa sarung tangan pula tu. Saja melepaskan segala tekanan yang mula menyelubungi jiwanya.

       Sudah seminggu berlalu, keadaan dia dan Qiura tidak berubah. Qiura masih terlalu dingin dan beku melayan dia.

    Anak anak pula? Kedua Daisy dan Dhafiqi kini sudah tinggal bersama Qiura di apartment milik Daren.

        Mereka berkeras juga ingin pulang bersama Qiura sejak Dhafiqi dibenarkan keluar dari hospital tempoh hari.

        Cumanya, apa yang menyebabkan dia mengerjakan punching bag di bilik boxing rumah papanya ini adalah kerana apa yang disiarkan Qiura di Instagram nya pagi tadi.

     Sudah tentu. Gambar Qiura keluar bersama Daren serta anak-anaknya. Pergi ke Pavilion.

     Panas benar hati melihat gambar mesra diantara mereka. Kalau yang tidak kenal, sudah sedia aggap yang Daren suami Qiura dan Daisy serta Dhafiqi anak-anak mereka.

      Buk!

        "Ahh!" Tumbukan terakhir yang menyebabkan jatuhnya punching bag itu ke lantai menyebabkan Edwis menjerit kuat.

      Terasa seperti pergelangan tangannya sudah terseliuh.

        Plak!

      "Tuan?" Panggil Alexo apabila mendengar jeritan dari tuannya.

               Terkejut dia melihat Edwis.

      Buku lima tangannya sudah merah padam. Tubuh kekar yang tiada seurat benang itu sudah lenjun dengan titisan peluh.

        Edwis sudah terduduk di kerusi rehat yang ada di bilik boxing itu.

            Pergelangan tangan kanannya dipegangnya menunjukkan yang dia sedang dalam kesakitan.

          "Jesus, tuan? What have you done?" Soal Alexo. Cemas apabila melihat Edwis ketika ini.

          Namun Edwis tetap diam. Dia mengetap rahang tajamnya sekuat hati. Sesakit pergelangan tangannya ketika ini, sakit lagi hatinya melihat Daren sesenang itu mendekati isterinya.

      Dia nak dekat dengan Qiura, sikit pun tidak berkesempatan. Ada juga dia datang ke apartment milik Daren dua hari lepas, namun, dia siap disimbah dengan air paip oleh Qiura kerana enggan pergi.

L'AMORE E'ORO ✓Where stories live. Discover now