L'amore e'oro: 6

4.8K 292 19
                                    

     

     Ting!

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

     
Ting!

      Sebaik mereka keluar dari lift peribadi yang besar dan luas milik Edwis itu, suasana di tingkat 100 blok penthouse ini hampir menyebabkan Qiura terpukau.

               Rekaan bertemakan moden glass.. dinding di setiap kawasan digantikan dengan tingkap kaca yang lutsinar. Tingkap tingkap itu memaparkan permandangan mengikut sudut setiap bandar Turki.

               Terdapat ruangan seolah tempat berehat, mempunyai sofa berjenama Versace yang berwarna hitam disertai corak kotak garisan putih di tepinya.

              Segala hiasan bunga tersusun rapi di sekeliling jalan, dengan karpet bercorak silang pangkah berwarna hitam  menambahkan lagi perasaan mewah apabila masuk ke dalam ruangan ini.

              Bau haruman campuran flora begitu kuat terasa saat berjalan. Wangi, sangat sangat wangi.

            Tapi bau haruman flora itu mati apabila kaki mula melangkah masuk ke dalam sebuah bilik yang mempunyai pintu yang memerlukan password.

               Bau lain pula muncul, bau haruman minyak wangi la nuit de l'homme, Saint Laurent.

            Semerbak bau itu, wangian yang menusuk jiwa. Baunya menunjukkan bertapa seksinya seseorang itu.

               Entah kenapa jantung Qiura berdegup kencang, satu kerana takut akan apa yang bakal terjadi nanti,

        Satu lagi kerana bau wangian minyak wangi ini. Dia bagaikan terbayang wajah kacak milik Edwis Daniqi.

                    "Cik Qiura are you hear me?" Soal Alexo buat kali ketiga.

               "Aaa, yes, sorry.." kata Qiura sambil mempamerkan riak wajah seolah seseorang yang baru sedar dari mimpi.

             "Awak cakap apa?" Soal Qiura.

       "Saya cakap, Tuan Edwis suruh Cik masuk bilik office dia, pintu warna hitam yang ada cermin.. kat sana.." balas Alexo seraya jari menunjuk ke arah bilik yang dinyatakan.

                  "Ha, ok.." kata Qiura pula.

      Perlahan langkah yang penuh ketakutan diatur menuju ke bilik yang dinyatakan Alexo tadi.

          Tok! Tok! Tok!

       Tiga kali pintu diketuk...

        Sehinggalah kedengaran suara maskulin seksi memberi kebenaran untuknya masuk.

         Terus Qiura menolak pintu itu.

   Kelihatan Edwis sedang fokus terhadap laptopnya bersama dengan kertas kertas dan fail fail berterabur di atas meja.

L'AMORE E'ORO ✓Where stories live. Discover now